Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Thursday, January 27, 2011

BN Selangor Akan Jelajah Negeri Jelaskan Isu Pindaan Kepada Rakyat – Noh Omar

Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negeri bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai isu pindaan undang-undang tubuh negeri itu yang cuba dilakukan kerajaan Selangor semalam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar berkata kesemua wakil rakyat BN Selangor akan melawat 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menceritakan kepada rakyat perkara sebenar yang berlaku.

“Rakyat harus menilai semula keupayaan kerajaan Selangor dalam mentadbir negeri berbanding keupayaan mereka berpolitik,” katanya pada sidang media, Selasa.

Ini kerana katanya, walaupun tahu tidak akan dapat meminda perlembagaan negeri kerana ketiadaan undi majoriti dua pertiga, kerajaan Selangor tetap mengadakan sidang khas DUN semalam demi agenda politik mereka.

“Sekarang khabarnya mereka akan mengadakan ceramah untuk mengaburi mata rakyat mengenai isu itu dan BN akan memastikan rakyat tahu tujuan sebenar mereka,” kata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

No comments:

Post a Comment