Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Sunday, January 16, 2011

Larangan orang Islam bekerja di premis jual arak tidak sependapat



Ikrar Pas untuk bekerjasama dengan DAP dilihat bersifat retorik semata-mata apabila kedua-duanya tidak sependapat dalam isu larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak di Subang Jaya.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, ketika Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menyokong langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang membenarkan orang Islam bekerja di premis seumpama itu, dua anggota Exco daripada DAP pula tidak bersetuju.

Menurutnya, Exco kerajaan negeri daripada DAP iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu dilaporkan telah meminta MPSJ menarik balik larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak.

''Kita lihat wujudnya konflik antara Pas dan DAP di negeri ini. Soalnya, Pas sebelum ini menyatakan mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam selain mengumumkan akan tetap bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah satu pakatan.

''Apakah jenis kerjasama ini. Apakah Pas sanggup bersama-sama DAP yang jelasnya menolak Islam itu sendiri melalui bantahan pelaksanaan larangan berkenaan. Oleh itu, Pas harus menyatakan pendiriannya dalam hubungan mereka dengan DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada 10 Januari lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang akhbar selepas Program Solat Hajat dan Ceramah Perdana di Stadium Malawati di sini mengumumkan pendirian parti itu untuk tetap bersama-sama dengan DAP dan PKR.

Menurut Abdul Hadi, ketiga-tiga parti pembangkang itu akan terus bekerjasama selain menyatakan kedudukan mereka ketika ini berada dalam keadaan kukuh dan tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang turut mempersoalkan pimpinan Pas sama ada akan mengenepikan hukum Islam semata-mata hanya mahu mengadakan hubungan politik dengan DAP yang jelas dilihat menolak hukum agama itu sama sekali.

"Jika Pas mengatakan mereka bersama-sama DAP, kenapa dalam soal ini mereka tidak sepakat. Jika isu larangan ini Pas dan DAP tidak sependapat, bagaimana pula dengan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran negeri ini, sudah tentu timbul banyak masalah," ujarnya.

No comments:

Post a Comment