Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, January 11, 2011

'Jangan menang sorak, kampung tergadai'

TEPAT pukul 8.10 pagi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengimbau pencapaian-pencapaian utama negara sepanjang tahun lepas, akhirnya 'melepaskan pelurunya' .

Intipati keseluruhan ucapan sulung perhimpunan bulanan para penjawat awam barisan depan negara itu jika dirumuskan hanyalah satu - jangan kita menang sorak kampung tergadai.

Mengotakan janji beliau pada 21 Disember lalu untuk menjawab 'Pelan 100 hari' pembangkang yang 'berjanji sakan untuk membuat itu ini' termasuk mahu menyediakan lebuh raya percuma jika dapat memerintah, Perdana Menteri seakan-akan mengimbas kisah cerita penglipur lara, Pak Kaduk.

Kesimpulannya, kisah ini harus diteliti secara menyeluruh, baik oleh rakyat mahu pun pihak yang menjanjikan 'pelan' itu, yakni pakatan pembangkang.

Kisah Pak Kaduk mencapai klimaks apabila dia melonjak-lonjak bersorak kerana ayamnya menang dalam perlagaan. Tetapi dia terlupa bahawa ayam itu bukan lagi kepunyaannya.

Kisah sebelum dan sesudah menang sorak kampung tergadai ini perlu diperhalusi agar kesalahan tidak hanya diletakkan ke atas bahu rakyat (Pak Kaduk).

Dalam konteks ini, pakatan pembangkang yang menjanjikan 'bulan dan bintang' dalam 'Pelan 100 hari' harus melihat diri sendiri khususnya tentang peranan dan fungsi parti-parti mereka dalam usaha memperkukuh aspirasi rakyat yang juga menjadi aspirasi negara.

Justeru, kepentingan peribadi tidak seharusnya dijaja pembangkang yang kononnya dalam 'Pelan 100 hari' mengaku ingin menjaga hak dan kepentingan rakyat.

Sepatutnya, pembangkang mere nung kisah Pak Kaduk yang sebe narnya tidak berakhir di situ. Setelah hartanya ditebus kembali, Pak Kaduk dilantik sebagai salah seorang pem besar istana untuk membantu raja membawa balik Puteri Limau Purut.

Meskipun pelbagai interpretasi bo leh ditafsirkan namun kisah Pak Ka duk dan menang sorak kampung ter gadai tidak harus dilihat sebagai ha nya kealpaan rakyat.

Pada masa sama, kisah ini perlu ditafsirkan sebagai manifestasi kerakusan dan keegoan pembangkang untuk menjayakan misi pelan mereka yang dalam ru musan Perdana Menteri - amat po pulis dan hanya mengakibatkan anak cucu merana.

Seorang ahli kritikan sastera Amerika bernama Stanley Lee mengemukakan teori (1980) yang disebut Reader Response Theory. Menurut teori itu, pembaca boleh berbuat apa sahaja tafsiran terhadap sesebuah teks (termasuk cerita) tanpa merujuk atau mengindahkan makna atau mesej yang disampaikan oleh pencipta teks.

Teks itu dianggap bebas daripada penciptanya - seolah-olah pengarangnya sudah mati atau death of author, seperti kata Foucoeur, ahli falsafah Perancis.

Namun kisah Pak Kaduk tidak mati.

Jangan menang sorak, kampung tergadai kekal dalam memori selamanya - tanpa ada pihak yang dapat memberi tafsiran lain ikut sesuka hati.

No comments:

Post a Comment