Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Wednesday, July 28, 2010

Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE)




Lagi bukti terbaru KSSB rembat duit!

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, hari ini, mendedahkan berlaku penyelewengan yang serius dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pembayaran royalti perlombongan pasir di Kambing Susu berdekatan Berjuntai Bestari.

Menurut Dr. Mohamad Khir, KSSB hanya membayar sebanyak RM 12, 000.00 (DUA BELAS RIBU) kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Hulu Selangor antara Mei - Disember 2009 bagi permit melombong pasir sungai sepanjang 10 KM Sungai Selangor di mukim Sungai Tinggi - Serendah. Menurut kiraan kasar jumlah sebenar yang sepatutnya diterima oleh PTG Hulu Selangor ialah lebih RM 700 ribu.

Pada Mei 2009, KSSB membayar sebanyak RM 5, 400.00 bagi kebenaran mengeluarkan hasil pasir berjumlah 1800 meter padu di kawasan 10 KM bagi bulan Jun - Ogos 2009. Pada Ogos 2009, KSSB membayar lagi RM 3, 000.00 bagi kawasan yang sama bagi menyambung permit mengeluarkan pasir untuk 1 ribu meter padu pasir. Pada Oktober 2009 KSSB membayar sebanyak 3, 600 lagi untuk mengeluarkan 1200 meter padu pasir sehingga Disember 2009.

Namun berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh Dr. Khir, salah sebuah syarikat yang mendapat permit di situ Jendela Teguh Sdn Bhd telah membayar KSSB sebanyak RM 171, 400.00. Berdasarkan pembahagian royalti sebanyak RM 4 kepada KSSB dan RM 3 kepada PTG bagi setiap meter padu yang dikeluarkan (171, 400.00/7 x 3), PTG sepatutnya menerima tidak kurang daripada RM 73, 457.00 bagi permit pengeluaran pasir kawasan tersebut dari Jun - Disember 2009.

Yang lebih mengejutkan ialah jumlah ini merupakan untuk kawasan sepanjang 1KM yang diberikan kepada Jendela Teguh ini. Dalam masa yang sama terdapat atau 6 lagi kontraktor yang mendapat kawasan antara 1 - 2KM setiap satu bagi permit yang sama.

Jika dibuat kiraan kasar 1KM boleh menghasilkan RM 73 ribu, maka 10 KM boleh menghasilkan sekitar RM 730 ribu kepada Pejabat Tanah dan Hulu Selangor. MALANGNYA hanya RM 12, 000 yang dibayar kepada PTG Hulu Selangor.

Menurut sumber lagi, pada tahun 2010 Jendela Teguh telah membayar sebanyak RM 910, 000 kepada KSSB. Namun jumlah yang dibayar kepada PTG hanyalah RM 213, 000.00. Berdasarkan nisbah pembahagian, PTG sepatutnya menerima RM 390, 000.00.

Jumlah bayaran KKSB kepada PTG sebanyak RM 213, 000.00 merupakan jumlah keseluruhan perlombongan pasir di Kambing Susu ini. Namun jumlay yang dibayar oleh Jendela Teguh hanyalah untuk 1KM kawasan pengeluaran pasir yang peruntukkan kepadanya. Bayangkan apa yang terjadi kepada kawasan seluas 9 KM lagi. Satu sen pun tidak masuk kepada PTG. Siapa yang membahamkannya?

Penyelewengan di Kambing Susu ini sahaja sudah membabitkan jutaan ringgit. Tinjauan media massa di kawasan tersebut juga mendapati KSSB telah menutup aliran sungai dan melencongkan ke dalam lombong pasir miliknya. Ini menyebabkan semua hasil pasir sungai masuk ke dalam lombongnya. Sungai terputus dua dikerjakan KSSB.

Dalam masa yang sama tempat timbang lori hanya dilaksanakan oleh pekerja KSSB tanpa membabitkan pegawai PTG. Terdapat lori yang tidak melalui kawasan timbang kerana wujud dua jalan yang seiring, satu dengan penimbang, satu tanpa penimbang.

Ini merakyat ekonomi selangor atau merompak ekonomi selangor?

Tuesday, July 27, 2010

GEMPAR : KENYATAAN MEDIA ANUAR SHARI!



1. Saya merujuk kepada laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Nallakarupan pada 24 Julai 2010 di Balai Polis Brickfields berhubung ugutan peguam Manjeet Singh Dhillon "yang mahu memotong kepala saya dan berjalan di jalan raya". Laporan polis tersebut telah mendapat liputan media cetak dan elektronik di dalam negara.

2. Semua rakyat Malaysia dijamin hak mereka dalam perlembagaan termasuklah dalam hal kebebasan bersuara. Namun semua rakyat Malaysia juga tertakluk kepada undang-undang negara termasuklah Ketua Pembangkang dan pengamal undang-undang yang saya pasti lebih tahu kesan dari perbuatan dan percakapan mereka.

3. Saya menegaskan bahawa tidak gentar samasekali dengan ugutan tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menangani isu ugutan ini. Ini kerana saya berkeyakinan penuh terhadap sistem keselamatan dan keadilan negara memberi keadilan kepada rakyatnya.

4. Perlu saya tegaskan di sini bahawa saya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan yang telah saya buat meminta Manjeet, Amarjit dan Americk Singh membuat penjelasan tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya akan tetap kekal berada di dalam negara dan tidak akan lari ke luar negara atau berlindung di mana-mana kedutaan asing walaupun telah mendapat ugutan bunuh dari Manjeet Singh Dhillon.

5. Saya juga amat hairan dengan sikap Manjeet yang beria-ia tidak mahu dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar. Apakah ini kerana beliau takut dengan pendedahan ini, masyarakat Malaysia akan dapat melihat kaitan Datuk Seri Anwar dengan Raja Petra Kamarudin dan P. Balasubramaniam. Jika ini dapat dikaitkan, maka akan terbongkarlah siapa penaja sebenar Raja Petra dan Balasubramaniam di luar negara.

6. Namun saya kira penafian Manjeet ini sudah terlambat. Ini kerana rakyat Malaysia sudah matang menilai serta boleh melihat kaitan di antara Datuk Seri Anwar serta PKR dengan Raja Petra dan Balasubramaniam dalam misi mereka memburuk-burukkan imej Malaysia dari luar negara.

7. Episod ugut ini juga mendedahkan 'Harapan Baru Buat Malaysia' anjuran Datuk Seri Anwar iaitu politik ugut dan saman serta politik bermuka-muka. Ini kerana disebalik kempen beliau untuk kebebasan bersuara, beliau menggunakan cara yang amat tidak beretika untuk menutup mulut mereka yang membicarakan segala kepincangannya.

8. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak gentar dengan ugutan ini dan akan terus bersuara untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.


Sekian, Terima Kasih.


ANUAR SHAARI

Apa dah jadi di Selangor - Guna RM15 juta sebar propaganda

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira penggunaan wang tersebut akan membolehkan program serta keputusan pentadbiran pakatan pembangkang di negeri ini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada rakyat.

Katanya, peruntukan berkenaan yang akan dimasukkan dalam bajet negeri pada tahun depan turut memberi penumpuan kepada penyebaran maklumat melalui penerbitan akhbar serta portal berita Selangor Kini mengenai aktiviti kerajaan negeri.

Selain itu tambah beliau, peruntukan itu untuk penyiaran televisyen Internet dikenali sebagai TV Selangor bagi melaporkan program serta aktiviti kerajaan negeri termasuk rancangan mewujudkan stesen radio di setiap pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kita jangkakan pendapatan Selangor pada 2011 akan mencecah RM1.5 bilion. Daripada jumlah itu, kita akan memperuntukkan RM15 juta dalam Bajet Selangor 2011 untuk memberi maklumat dan mesej kepada orang ramai.

"Ini bermakna, jumlah RM15 juta dan dikira mengikut bilangan penduduk di Selangor kira-kira 5.2 juta orang maka kerajaan negeri membelanjakan RM3 untuk setiap penduduk bagi tempoh setahun.

"RM3 bukanlah jumlah yang besar, bayar TV (siaran televisyen berbayar) pun lebih daripada itu. Kita akan gunakan duit (peruntukan) ini untuk disediakan kepada Selangor Kini, TV Selangor dan kalau boleh stesen radio di PBT," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet 2011 di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid, pihaknya juga akan melantik pegawai-pegawai penerangan bagi menjelaskan sebarang keputusan serta tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri kepada umum.

Pendekatan itu ujarnya, bagi menggantikan para pegawai penerangan daripada Kerajaan Persekutuan sedia ada yang didakwanya tidak menjalankan tugas serta tidak membantu kerajaan negeri ketika ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus ketika dihubungi menyifatkan kerajaan negeri sekali lagi cuba menyalahgunakan wang rakyat untuk disalurkan bagi propaganda kerajaan negeri.

Katanya, tindakan itu tidak masuk akal kerana jumlah sebanyak RM15 juta itu adalah besar dan sepatutnya disalurkan untuk tujuan kebajikan selaras dengan slogan kerajaan negeri, 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

Tegas Abdul Shukor, jika kerajaan negeri hari ini melaksanakan janji untuk kebajikan rakyat, mereka sebenarnya tidak perlu menggunakan wang rakyat bagi tujuan berkenaan kerana sudah pastinya rakyat Selangor telah merasai nikmat hasil pentadbiran pakatan pembangkang pada hari ini.

"Namun, rakyat tidak merasakan sedemikian, sebaliknya mereka tertekan dengan pentadbiran negeri. Malah, apa gunanya kerajaan negeri mempunyai pegawai-pegawai kerajaan, ketua kampung, ahli majlis dan sebagainya untuk menyebarkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, apa peranan mereka sebenarnya.

"Saya tidak nampak apa rasionalnya menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk tujuan ini. Apakah mungkin kerajaan negeri mahu menjaga kepentingan pihak tertentu?" soalnya.

Abdul Shukor tidak menolak kemungkinan keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu adalah untuk menutup kelemahan dalam pentadbiran mereka lebih-lebih lagi melibatkan skandal perlombongan pasir yang melanda Selangor sekarang.

Wednesday, July 21, 2010

Sejarah 1977 Mengapa PAS Disingkir Dari Barisan Nasional !

Ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

TUN HUSSEIN ONN.
PERDANA MENTERI MALAYSIA
19 DISEMBER 1977

Wednesday, July 14, 2010

Lagi Isu Pasir di Selangor..


PASIR DICURI SIANG HARI, 24JAM TANPA HENTI !NEGERI SELANGOR MAKIN RUGI,PAKATAN LUPA DIRI !HAK RAKYAT DICURI, KRONI PENCURI MAKIN BERANI !AYUH RAKYAT SELANGOR !PERTAHANKAN WANG RAKYAT DARIPADA DICURI PAKATAN SELANGOR !SEBARKAN !





Penstrukturan Jawatankuasa UMNO Bahagian Selayang




Kuang, Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Selayang ke-7 tahun 2010 malam tadi, menampakkan satu penstrukturan semula Biro-Biro bagi memantapkan dan mengemaskini supaya ia nampak lebih berkesan dalam menghadapi apa jua situasi politik masa kini.

Perlantikan Pn.Safrina Haiza Sanusi ke dalam Jawatankuasa Bahagian, memegang Pengerusi Biro NGO yang lebih memberi perhatian kepada golongan muda/mudi pendidikan tinggi diharap dapat membantu bagi memperkemaskan lagi UMNO Selayang. Semoga usaha serta pembaharuan yang dibuat ini benar-benar berkesan dalam menghadapi PRU ke-13. Apa-apapun semua AJK serta ahli UMNO perlu bertanggungjawab serta berkerjasama jika inginkan satu perubahan itu berjaya.

Tuesday, July 13, 2010

Bekerjasamalah Pas dan UMNO demi kepentingan ummah

KERJASAMA yang lebih erat di antara Pas dan UMNO dalam menangani isu-isu tertentu yang membabitkan kepentingan orang Melayu dan Islam di peringkat nasional dan antarabangsa sangat dialu-alukan. Meskipun mempunyai ideologi berbeza, Pas dan UMNO masih mempunyai titik pertemuan terutama dalam aspek yang bukan berkaitan politik. Kerjasama Pas dan UMNO dalam menangani isu Palestin misalnya membuktikan kedua-dua parti tersebut bukanlah bermusuh dalam erti kata sebenar. Kedua-dua parti orang Melayu ini hanya bertentangan pandangan dalam soal politik dan pentadbiran negara sahaja.

Sebab itu, banyak pihak ingin melihat Pas dan UMNO mengadakan lebih banyak kerjasama demi kepentingan umat Islam dan Melayu pada masa akan datang. Untuk itu, digesa lebih banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mengaturkan pertemuan-pertemuan antara Pas dan UMNO bagi membincangkan isu-isu yang bukan berkaitan politik. Selama ini kita lihat Pas dan UMNO terlalu mementingkan politik undi daripada politik ummah. Cukup-cukuplah perbalahan, hentam menghentam antara sesama pihak Islam. Pas dan UMNO mempunyai hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam, ia lebih mudah dicapai jika Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Hasrat murni itu sukar direalisasikan jika Pas bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hakikatnya kedua-dua parti pembangkang itu mempunyai perjuangan yang berbeza iaitu DAP menolak Islam manakala PKR asyik memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpinnya. Malah cita-cita Pas untuk melaksanakan hukum Islam tidak mungkin terlaksana. Untuk berjaya membentuk kerajaan dan menubuhkan negara Islam seperti diharapkan, Pas memerlukan kuasa dua pertiga di Parlimen.

Memang Pas pernah terluka tetapi demi agama dan bangsa, Pas dan UMNO perlu berbaik-baik dan melupakan peristiwa hitam pada 1970-an. Pas dan UMNO adalah parti Islam dan akidah mereka adalah akidah Islam. Jadi seperti kata bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin, kerjasama antara kedua-dua parti itu boleh dibuat menerusi penubuhan sebuah jawatankuasa khas supaya kedua-dua parti orang Melayu itu boleh bersama mengatasi isu-isu berkaitan dengan Islam serta kepentingan umatnya. Jika golongan pemikir Islam negara kita sendiri mengalu-alukan kerjasama ini sejajar dengan konsep ibadah dalam berpolitik untuk menyatukan ummah dan bukan memporak-perandakan masyarakat, maka apa yang ditunggu lagi oleh pemimpin tertinggi Pas dan UMNO.

Apakah kita mahu terus membiarkan usaha untuk menemukan Pas dan UMNO sejak lebih sedekad yang lalu itu masih gagal dilaksanakan? Ketepikanlah alasan dan kepentingan politik. Masalah perpaduan dan tekanan yang dihadapi oleh orang Melayu dan Islam perlu mendapat pembelaan daripada Pas dan UMNO. Banyak kerugian yang ditanggung oleh umat Islam negara ini apabila pemimpin politik Melayu berpecah.

Jadi, pemimpin Pas dan UMNO kena insaf. Mereka tidak harus terus bercakaran.

ADUN Kuang diarah keluar dewan



SHAH ALAM 12 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idros hari ini digantung daripada menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama sehari kerana enggan berhenti mempersoal mengapa usulnya mengenai isu pasir ditolak seperti yang diarahkan.

Arahan itu dikeluarkan Speaker, Teng Chang Khim yang berang dengan tindakan Abdul Shukor daripada Barisan Nasional (BN) yang enggan duduk dan berhenti bercakap walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian sehingga berlaku perang mulut antara mereka selama 10 minit. Antara isu yang dibangkitkan Chang Khim semasa perang mulut itu adalah peraturan mana yang digunakannya Abdul Shukor untuk berdiri dan berbahas.

Sebaik dikenakan tindakan berkenaan, Abdul Shukor keluar dari Dewan dengan turut disertai semua wakil rakyat BN. Abdul Shukor yang ditemui pemberita di lobi Dewan Annex berkata, tindakan Chang Khim menghalangnya berbahas merupakan satu usaha kotor kerajaan negeri menghentikan isu pasir dibentangkan dalam Dewan. Katanya, beliau meminta supaya isu pasir diberi masa yang sesuai untuk dibahaskan berikutan masalah kecurian pasir berleluasa di Selangor sedangkan kerajaan negeri tidak memaklumkan berapa banyak pasir yang sudah dikorek keluar dari negeri itu.

Menurut Abdul Shukor, beliau juga tidak berpuas hati apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan nilai royalti pasir yang berbeza-beza setiap kali ditanya. "Saya hantar usul pada 24 Jun lalu tetapi ditolak. Kemudian saya kemas kini dan hantar lagi pada 25 Jun, tiada balasan," katanya. Menurutnya, beliau melihat perkara itu satu penipuan berikutan Abdul Khalid sering memberi angka berbeza-beza membabitkan jumlah royalti yang boleh dipungut kerajaan negeri hasil perlombongan pasir di negeri itu.

Beliau juga kesal kerana diperolok-olokan oleh Chang Khim kerana Speaker itu berulang kali memintanya mengemukakan peraturan Dewan. "Peraturan pertama sudah cukup untuk mengizinkan saya untuk bertanya. Itu hak saya. Kenapa nak tanya lagi (peraturan Dewan). "Kalau Speaker ikhlas, beliau boleh terima soalan saya, (dan) tidak payah momokkan saya dengan peraturan Dewan. Beliau pun pernah baling buku peraturan Dewan," katanya.

Kata beliau, tidak wajar kalau isu ini ditolak daripada dibahaskan di Dewan kerana ia juga pernah dibangkitkan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam sehingga menyebabkan satu sesi pendengaran awam dijalankan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Cukai pintu: Kerajaan negeri dibidas tidak tunai janji

petikan UM:
Kerajaan negeri hari ini dibidas kerana masih gagal menunaikan janji untuk mengurangkan kadar cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus yang dibuat pada pilihan raya umum lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idros berkata, mereka juga berdolak dalih ketika ditanya mengenai janji mengurangkan cukai pintu dan tidak dapat memberi jaminan bila perkara itu akan dilaksanakan. "Apabila saya tanya (Ronnie Liu Tian Kiew DAP-Pandamaran) dalam sidang Dewan tadi, mereka kata memang dah buat janji tetapi tidak beritahu bila masanya.

"Mereka kata ia juga boleh dibatalkan kerana tiada tarikh yang ditetapkan dalam manifesto itu. "Inilah perangai mereka... Nanti pada pilihan raya akan datang mereka pun akan buat janji macam-macam lagi tetapi mereka tidak tulis situ bila dan masanya nak buat. Saya harap rakyat jangan tertipu lagi," kata beliau. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Annex di sini selepas diarahkan keluar dari persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Terdahulu, Ronnie pada persidangan itu berkata, kerajaan negeri masih mengkaji untuk menurunkan kadar cukai pintu dengan memberikan alasan kedudukan kewangan peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) belum kukuh.

Menurut beliau, berdasarkan Penyata Kewangan PBT sehingga 31 Disember 2009, hanya lima PBT mampu beroperasi sekiranya hasil cukai pintu tidak dikutip iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (5.94 bulan), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (3.21 bulan), Majlis Perbandaran Kajang (4.06 bulan) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (5.45 bulan). Sementara itu, tujuh PBT lain kata beliau, tidak dapat menampung operasi sekiranya tiada cukai dikutip dalam tempoh setahun.

"Kerajaan negeri sedang mengambil langkah memastikan kutipan cukai pintu semasa mencapai sasaran 90 peratus dan tunggakan cukai dikutip sehingga 70 peratus," kata beliau. Beliau menjawab soalan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang menurunkan kadar cukai pintu seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang Selangor.

Monday, July 12, 2010

Bila kebenaran ingin ditegakkan... (Isu Pasir)



YB Shukur yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Selangor dan Adun Kuang telah dihalau keluar dari dewan jam 12 tengahari tadi kerana telah bertanya kenapa soalan mengenai isu pasir tidak dijawab! Oleh kerana tak tahan dengan lontaran soalan dari YB Shukor ni maka Speaker dari DAP tu menghalau beliau keluar!
Pada mulanya isu ini telahpun dihantar kepada Dewan, malangnya ia ditolak. Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak nyenyak tidur kerana tembelang mereka kepada rakyat sudah pecah. Mereka lebih teruk mentadbir negeri sehingga isu pasir ini tidak dapat diselesaikan, malah berjuta-juta duit rakyat hilang angkara mereka dan kroni-kroninya.
Mereka lebih lagi merasa bimbang apabila UMNO di dalam roadshow akan menerangkan kepada rakyat sikap sebenar mereka serta kelemahan dan kegagalan mereka mentadbir Negeri Selangor. Hari ini rakyat Selangor perlu menolak PR dan kembali menyokong UMNO.

Usul Khir bahas isu pasir ditolak!...Kerajaan negeri cuba tutup isu ini ??????

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kesal apabila usulnya untuk membahaskan isu pasir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan bermula esok, ditolak. Beliau berkata, usul itu yang dikemukakan 14 hari lalu telah ditolak oleh pihak DUN atas alasan ia masih dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).''

Alasan ini tidak munasabah. Saya rasa kerajaan negeri cuba tutup isu ini daripada pengetahuan awam dan sebab itu ditolak dibahaskan di sidang dewan," kata beliau.Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor Mengenai Isu Pasir di sini, hari ini.Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Mohamad Khir turut mengumumkan tempoh penggantungannya dari menghadiri sidang DUN Selangor tamat pada 14 Julai dan bermakna akan menyertai persidangan itu pada Khamis ini.Dalam pada itu, kata beliau, ADUN BN Selangor mengambil ketetapan untuk mendesak kerajaan negeri menghentikan semua aktiviti perlombongan pasir di atas tanah milik kerajaan di negeri ini.Selain itu, kata beliau, pihaknya juga mahu satu jawatankuasa bertindak bagi mencari jalan memulihkan lombong-lombong pasir dengan segera.Ujarnya, mereka juga mendesak agar Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) ditutup dan kuasa pengendalian galian dan mineral di Selangor termasuk pasir dikembalikan kepada Pejabat Tanah dan Galian.

Menurut beliau, ini berikutan syarikat itu gagal menguruskan pasir dengan baik dan tidak meningkatkan hasil pendapatan kerajaan negeri.''Kita juga rasa hairan dan aneh dengan sikap membisu sebahagian badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis alam sekitar sedangkan banyak kawasan telah menjalankan perlombongan pasir secara besar-besaran dan membawa implikasi serius kepada rakyat pada masa akan datang.''Dulu semasa pemerintahan BN, kumpulan ini banyak mengadakan bantahan dan kritikan biar pun perlombongan dijalankan di atas tanah persendirian tetapi kini hanya memejam mata apabila tanah milik kerajaan dijadikan lombong pasir," katanya.

Siri Roadshow UMNO Selangor!

Nampaknya Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor sudah memula perang saraf terhadap roadshow UMNO Selangor yang diumumkan oleh DS Noh Omar baru-baru ini. Roadshow yang bertujuan untuk membongkar segala pembohongan kerajaan Selangor sekarang jelas membuat kerajaan Selangor sekarang didalam keadaan kelam kabut. Mereka sedar andai roadshow ini berjaya, ia akan memberi impak yang cukup besar keatas sokongan rakyat kepada pakatan haprak mereka.

Secara diam, mereka menggunakan Malaysia Insider dengan mendakwa MP Bebas akan menerajui roadshow ini sehinggakan disangkal oleh Zul Kulim semalam. Secara halusnya mereka cuba merendahkan kemampuan pemimpin UMNO Selangor dalam menyedarkan rakyat Selangor tentang pembohongan yang telah mereka lakukan. Tidak boleh dinafikan MP Bebas ini akan dijemput mengadakan ceramah kerana rakyat sudah tentu mahu mendengar pengalaman mereka berada didalam Pakatan Pembangkang tetapi banyak lagi isu-isu penting yang mampu dikupas oleh pemimpin UMNO Selangor sendiri.

Banyak isu penting didalam Selangor akan dibongkar didalam roadshow ini nanti. Antaranya adalah isu Pasir, isu Arak, isu moral pemimpin UNISEL dan macam-macam lagi. Isu-isu ini tidak memerlukan MP Bebas untuk dikupas, UMNO sendiri mempunyai penceramah2 yang berkemampuan tinggi. Apa yang penting, isu-isu yang diketengahkan nanti mestilah dekat kepada rakyat Selangor..mestilah dekat dengan masalah rakyat Selangor. Diharap pendekatan seperti ini akan menyebabkan rakyat akan sedar pembohongan kerajaan sekarang dan kembali kepada UMNO.

Roadshow ini akan bermula di Kuang dibawah pentadbiran Ketua Penerangan UMNO Selangor, YB Shukor. Selepas itu siri ceramah akan merebak sedikit demi sedikit ke seluruh Parlimen dan Dun di Selangor. Apa yang pasti, hak menggunakan dewan2 mahupun stadium akan dinafikan dan terpaksalah menggunakan padang-padang sekolah ataupun dewan yang bukan dibawah pentadbiran kerajaan negeri. Tapi itu bukan satu alasan untuk melemahkan siri roadshow ini.

Apa yang perlu, kerjasama dari akar umbi dan kerja kuat orang-orang didalam UMNO Selangor sendiri. Menjadi harapan kita agar siri roadshow ini membawa tsunami politik baru didalam Selangor. Jadikan siri pembongkaran kerajaan Pakatan pembangkang ini sebagai kayu pengukur sokongan rakyat Selangor kepada kempimpinan PM Najib. Andai kata sokongan yang diterima masih suam-suam kuku...diharap UMNO Selangor harus bekerja lebih kuat lagi. InsyaAllah.

Hidup UMNO...Hidup BN..


~Kita Gempur~

TPM merasmikan mesyuarat persidangan Agong UMNO Bahagian Ampang

Ampang 12.Julai 2010,

UMNO Bahagian Selayang telah menjadi wakil perhubungan Negeri kepada mesyuarat persidangan Agong UMNO Bahagian Ampang yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO.

T.U kepada Jawatankuasa Bahagian yang turut hadir,

  1. Ketua Bahagian YB Abdul Shukur Bin Idrus
  2. Dato' IR Nasir Ibrahim
  3. Datin Reny Rahayu
  4. Sdra.Zawawi Bin Mohamad
  5. Sdra.Zarol Othman
  6. Sdra.Anuar Aziz
  7. Sdra.Jaafar
  8. Sdra.Nasir Dayat
  9. Sdra.Saiful Bhari
  10. Sdra.Ameer Firdaus
  11. Sdra.Kamal Salleh
  12. Sdra. Khairuddin
  13. Sdra. Mohammad Yan Abdullah
  14. Sdra. Wan Kamal Bin Wan Ibrahim
  15. Sdra.Azman Yusof
  16. Pn.Syarifah Roziah
  17. Pn.Hjh Hasnah Abdul Rahman
  18. Pn.Rohani Shariff
  19. Pn.Waheeda Fairuz

-ingin melihat gambar klik sini

Friday, July 9, 2010

Program Rahmat Jumaat - Kg.Gombak Kuang

MELAYU perlu berfikir...

Berapa bilionkah yang akan dihabiskan supaya calon Melayu boleh menewaskan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang?

Demikian soalan blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz (gambar) yang turut mempersoalkan berapa banyak wang, masa dan tenaga orang-orang Melayu yang akan dihabiskan untuk tujuan berperang sesama Melayu. ''Exco Kanan Kelantan, Datuk Husam Musa dalam ceramah terbukanya di Taman Guru tidak lama dulu berkata, dia akan cari RM20 juta untuk memerangi UMNO supaya parti itu tumbang.

"Saya sendiri pernah menulis bahawa Husam memberitahu saya dia perlu dapatkan RM200 juta untuk bawa Pas ke Putrajaya. Kalau seorang ekonomis seperti Husam menyasarkan jumlah itu, bagaimana pula puluhan ekonomis di dalam UMNO?" soalnya. Beliau berkata demikian dalam entri terbarunya di http://kickdefella.wordpress.com mengenai Agenda Melayu: Menang Sorak, Semenanjung Tergadai.

Katanya, perebutan orang Melayu Islam di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang melibatkan 109 kerusi Parlimen. Katanya, perebutan itu akan melibatkan 65 kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO dan 23 yang dimenangi Pas.

Parti Keadilan Rakyat pada suatu ketika memiliki 20 kerusi yang dimenangi oleh calon Melayu Islamnya dan Bebas satu kerusi, yang dimenangi oleh Datuk Ibrahim Ali atas nama Pas. "Pas sekarang memiliki 23 kerusi di Dewan Rakyat manakala UMNO pula memiliki 65 buah kerusi yang dimenanginya di Semenanjung Malaysia. Jadi Pas ada peluang untuk bertanding lebih banyak kerusi dan ada kemungkinan untuk menang lebih besar dari DAP dan PKR.

"Untuk memperoleh kerusi lebih banyak, Pas perlu menyandarkan nasibnya kepada pemilih bukan Melayu dan bukan Islam serta pada waktu yang sama berusaha menyedapkan hati orang-orang Islam dengan menjemput beberapa kerat orang Cina dan India untuk membaca sepatah dua al-Quran kepada orang-orang Islam," katanya.

Syed Azidi bagaimanapun menyoal, adakah Pas yakin bahawa pemilih-pemilih bukan Melayu akan membiarkan parti itu menunggangi mereka untuk menjadikan Parti Islam Se-Malaysia sebagai parti tunjang pakatan pembangkang. Beliau memberitahu, agenda Melayu sukar dilaksanakan kerana komposisi ahli Parlimen Melayu dan Islam yang berada di dalam kerajaan Pusat hanyalah 39 peratus.

"Sedangkan daripada 222 ahli Parlimen, jumlah keseluruhan ahli Parlimen dari keturunan Melayu dan beragama Islam ialah ialah 58 peratus daripada keseluruhan ahli Dewan. "Ini bererti hampir 19 peratus ahli Parlimen Melayu dan bumiputera Islam lain berada di luar kerajaan manakala 17 peratus ahli Parlimen bukan Melayu, bukan bumiputera dan bukan Islam membentuk sebuah pakatan yang akhirnya menambah sukarnya agenda Melayu dilaksanakan," katanya.

Takziah...


Cikgu Rasif Bin Ahmad
(Ketua UMNO Cawangan Waterfall P.Rawang / Mantan Bendahari Bahagian)


Mohammad Izam Bin Yusof
(Ketua Pemuda UMNO Cawangan Tmn.Garing Jaya)

Al-Fatihah..
Kami seluruh ahli serta kepimpinan UMNO Bahagian Selayang mengucapkan takziah di atas permergian Ibu kepada Cikgu Rasif dan Ayah kepada Mohammad Izam baru-baru ni.
Semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
Amin...

Program Khemah Bina Diri dan Motivasi KBS Kg.Baru Kundang

Program khemah Bina Diri dan Motivasi yang dianjurkan oleh Kelab Belia Sukarelawan Kg.baru Kundang telah diadakan di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang telah dirasmikan oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN Kuang. Turut hadir sama di Majlis ini ialah En.Lee Li Yew selaku Naib Ketua MCA Bahagian Selayang serta Jawatankuasa MCA Bahagian Selayang.

Tujuan program ini memastikan golongan Belia masyarakat Cina didedahkan dengan satu aktiviti yang berguna serta peranan golongan Belia ini dalam masyarakat majmuk bagi memastikan matlamat 1 Malaysia tercapai.

Program ini juga banyak memberi pendedahan kepada Belia yang hadir, pentingnya jatidiri serta semangat berpasukan dalam menghadapi cabaran masa kini.

Semoga program ini memberi kesan kepada golongan Belia.

Thursday, July 8, 2010

Inilah Wajah Anwar sekarang tentang ISLAM..

Kekadang agak menghairankan saya bagaimana seseorang yang dahulunya begitu tegar didalam usaha menegakkan Syiar Islam boleh berubah sikap, pusing 360 darjah menentang pula matlamat penubuhan sebuah 'Negara Islam' ditanahair kita sesuai dengan kedudukan kita sebagai ummah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam?Apakah dunia ini dengan segala tarikan kuasa dan kedudukan sementara ini begitu hebat boleh mencorakkan semula tekad seorang manusia seperti Anwar Ibrahim membelakangkan wadah perjuangannya sejak ia mulai mengenali Islam dan bersama sama menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia?

Kata-katanya menentang penubuhan 'Negara Islam' semasa di Woodrow Wilson Center of Scholars di Washington DC amat menyakitkan hati saya dan saya timbulkan perkara ini semasa bertemu buat kali kedua semalam dengan ulamak yang saya amat hormati yakni Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato Dr Harun Din Al Haj di kediaman beliau, Darussyifa, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, Selangor Darussalam.

Memang terbukti bahawa manusia amat lemah menghadapi godaan duniawi dan sanggup menjadi petualang dan seteru kepada masyarakat seagama dengan ia sendiri sebab gelap mata dengan harta, pangkat dan kedudukan yang bersifat hanya teramat sementara.


mahaguru58

Kalau dah Haron Din pun kata macam tu, so apa lagi kita nak cakap, terima kasih mahaguru kerana menyediakan video ini. Anwar memang tidak boleh dipercayai

PM harus mengambil tindakan....



GEMPAR!!! EMAIL PANAS BERAPI DARI STAFF PROTON! MESTI BACA!Ini adalah email yang aku terima dari salah seorang staf yang berkhidmat di Proton, untuk tujuan keselamatan, aku tidak akan siarkan butiran pengirim email ini, korang bacalah sendiri apa yang telah ditulis oleh staf Proton ini, aku tak edit walau sedikit pun:Salam kpd saudara pemilik blog HousePKPertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kpd saudara kerana blog saudara telah menjadi popular di kalangan lebih 6000 org pekerja proton hari ini kerana laporan tentang penangkapan 'bos' kami kerana mencabul stafnya sendiri.Ramai staf belum tahu lagi berita itu dan mereka tahu melalui blog saudara. Biasanya jika ada berita2 panas dalam proton cepat tersebar. tetapi kali ini penyebaran tidak pantas.
Mungkinlah sebab orang kuat pas yg kena jadi masing2 tutup mulut kerana takut malu.Terus terang saya katakan, saya bukan seorang yg minat politik dan saya tak pernah ambil tahu pasal politik serta blog2 politik. Inilah kali pertama saya melayari blog anda setelah saya menerima sms dari kawan2 yang meminta saya melihat berita tersebut di blog anda.Saya nak tambah sedikit apa yg dikatakan oleh saudara. sudah lama saya ingin meluahkan masalah ini tetapi saya tidak tahu dimana salurannya. Jika setakat saya luahkan kpd pihak pentadbiran proton saya yakin yang saya akan menjadi mangsa balik kerana mereka2 semua adalah orang kuat pas dan pkr.Saya tidak minat politik dan saya bukan ahli mana2 parti politik. Sampai masa mengundi maka saya akan pergi mengundi dan undi parti yang saya rasa terbaik utk saya dan keluarga saya. untuk pengetahuan saudara saya adalah anak selangor jati dan berasal dari jenjarom banting.
Saya bekerja di proton sejak awal 90an. Dahulu saya gembira bekerja di proton tetapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini sudah tidak gembira lagi. ini kerana permainan politik kepartian amat-amat ketara di proton sekarang.Saya merasa rimas dengan semua ini kerana saya tidak berminat dgn politik sehingga ada segelintir pihak mula mengasingkan saya dan menuduh saya sbg ejen umno. sedangkan ianya tidak benar. sudah 2 tahun penilaian prestasi kerja saya dinilai tidak memuaskan oleh bos saya kerana saya tidak sehaluan fikiran politik dgn dia dan juga akibat dicucuk oleh puak2 yang sealiran dgnnya. Bagi orang dia penilaian prestasi semua bagus walaupun kerja macam hantu.Pengedaran risalah2 ceramah pas atau pkr sudah menjadi perkara biasa dalam proton sekarang,begitu juga dgn pelekat2. adakalanya kami diminta hadir pelbagai kursus berkenaan kerja. kursus pasal kerja hanya 10-20 % sahaja selebihnya kami otak kami dicuci supaya mengadap kiblat politik mereka..Proton sudah hancur sekarang dan layak dipanggil PR TON. siapa sokong pr walaupun prestasi kerja teruk atau kelulusan tak tinggi dia boleh naik pangkat. siapa tak sokong hanya layak makan tulang sahaja kena perli dan kena pinggir.Berhubung dengan 'bos' kami yg ditangkap polis memang benar dia org pas. Semua org dalam proton takut dgn dia dan terpaksa tunduk dgn dia kerana dia berkuasa di bahagian sumber manusia.Siapa berani melawan maka akan kena tindakan.
Dialah org yang paling kuat menganjurkan pelbagai kursus atas nama kerja tetapi akhirnya menjadi kursus politik.Bukan setakat dia saja ada seorang lagi kawan rapatnya bernama nurhalim sirome seorang eksekutif di proton juga banyak terlibat menyampai ceramah-ceramah politik dlm setiap kursus.nurhalim asalnya bukan seorang eksekutif tetapi kerana dia org kuat pas maka dia dinaikkan jawatan sbg eksekutif daripada non eksekutif. kegiatan pas nurhalim dlm proton bukan benda baru malah sejak tahun 90an lagi. semua org tahu dia pernah terlibat menjadi wakil calon pas dlm pilihanraya sebelum ini. saya juga mendapat tahu dia adalah kawan baik khalid samad ahli parlimen shah alam. nurhalim juga adalah ahli majlis mbsa. bukti boleh dilihat dilaman web mbsa http://www.mbsa.gov.my/selama ini byk wang proton digunakan untuk mengembangkan kegiatan pas dalam proton tetapi berselindung di sebalik nama kursus.
Itu belum lagi dikira mesin2 pencetak dan mesin fotokopi digunakan untuk kegiatan politik mereka. saya tidak hairan apabila perkara ini didiamkan kerana semua bos-bos PR TON adalah org kuat pas dan pkr.seorang lagi eksekutif proton yang kuat juga bermain politik pkr dalam proton ialah en adnan jamburi. ini pun tidak kurang hebatnya sehinggakan laungan reformasi selalu bergegar dalam kilang. paling memalukan ialah semasa sambutan hari buruh yg lalu di dewan sivik apabila pekerja2 proton melaungkan reformasi dalam majlis tersebut.adnan jamburi juga adalah ahli majlis mbsa bersama nurhalim.saya tidak nafikan bos besar kami datuk syed zainal seorang yg baik.
Tetapi saya nampak beliau gagal mengawal kegiatan politik dlm proton.sekurang-kurangnya biarlah di tempat kerja kami semua bebas politik dan tidak bermasam muka atau perli-memperli.terus terang saya katakan saya tidak gembira berada di proton sekarang tidak seperti dulu lagi. setiap pagi nak pergi kerja pun tak bersemangat. kena pula dgn puak-puak kelantan yang menguasai proton dan terkenal dgn sikap berpuak-puaknya dan macam2 masalah lain lagi semuanya berpunca dari politik.saya berharap saudara dpt menolong saya dan rakan2 saya dlm menyelesaikan masalah ini.Tolonglah bebaskan proton dari politik.
Amir
Itulah email dari staf Proton, aku harap Dato Syed Zainal dapat mengambil tindakan yang sewajarnya...
Komen:
Kalau betulah e-mail ini yang dihantar oleh staf proton, yang disiarkan dalam blog http://parpukari.blogspot.com/ ( HousePR), PM perlu fikirkan perubahan supaya ia tidak menjadi seperti duri dalam daging. Orang yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan, mereka ini tidak amanah malah menjadikan GLC milik kerajaan sebagai tempat "gerakan sulit menjalankan aktiviti politik mereka".
Jangan biarkan ia menjadi barah ....

Wednesday, July 7, 2010

Tidak mustahil Melayu akan hilang kuasa

BAGAIMANA Melayu akan hilang kuasa? Bukankah negara ini kita yang punya serta kita ada pepatah yang mengatakan, ‘tak kan Melayu hilang di dunia’. Kita ada Perlembagaan serta raja-raja yang akan menjaga dan memelihara hak kita.

Itu semua memang benar tetapi sedarkah kita seandainya undi Melayu terus berpecah, semua yang di atas tidak bermakna lagi. Kita lihat sahaja apa yang berlaku di Perak sebelum ini. Kita ada raja dan Menteri Besar pula adalah Melayu, ia menepati Perlembagaan. Tetapi sedarkah kita, apakah Menteri Besar tersebut dapat menjaga hak-hak kita dengan baik. Siapa di belakang Menteri Besar tersebut. Kita masih boleh ada Menteri Besar Melayu tetapi bagaimana jika ia sekadar boneka sahaja. Menteri Besar yang tiada kuasa besar tidak akan dapat berbuat apa-apa. Yang nyata kita hilang kuasa dan Perlembagaan hanya sekadar tulisan yang tiada erti. Apa akan terjadi sekiranya keadaan di atas berlaku di peringkat Parlimen?

Bagaimana pula sekiranya kaum lain tiba-tiba menjadi majoriti pengundi? Ini boleh berlaku sekiranya jumlah kelahiran meningkat. Mereka sentiasa bersatu dan seandainya wakil mereka yang menang pada setiap kerusi yang dipertandingkan, maka di mana pula kita? Adakah Perlembagaan dapat menolong kita? Adakah Perlembagaan ini tidak dapat ditukar? Tidak mustahil mereka akan memenuhi Parlimen kita. Ketika itu, siapa yang akan mempertahankan hak kita? Begitu juga siapakah yang akan mempertahankan raja-raja kita dan tidak mustahil sekiranya negara kita menjadi sebuah republik? Di kala itu, siapa pula Perdana Menteri, timbalan menteri serta menteri? Adakah di dalam Perlembagaan kita tertulis bahawa wakil Parlimen perlu 50 peratus daripada wakil rakyat orang Melayu? Bagaimana orang Melayu boleh ada di Parlimen seandainya semua calon kita kalah? Atau apa yang akan terjadi sekiranya wakil kita adalah cuma minoriti dalam Parlimen?

Sekurang-kurangnya lihat saja jiran kita Singapura. Di mana orang-orang Melayunya? Kesemua perkara di atas tidak mustahil boleh berlaku 50 tahun lagi. Saya teringat saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar Malaysia mencapai 70 juta penduduk. Sahutlah seruan ini wahai orang Melayu. Kita hanya tinggal kuasa. Lahirkanlah kuasa-kuasa ini. Jangan kuasa ini pun hilang kerana persengketaan kita. Hayatilah kembali lagu Warisan. Nyanyikanlah setiap hari agar semangat kekitaan akan kembali subur. Selama ini, orang Melayu sentiasa diajar supaya sama-sama bersatu dengan kaum lain dan bertolak-ansur dengan mereka. Saranan ini nampaknya amat berjaya sehingga kita lupa yang semangat kekitaan juga amat penting untuk survival bangsa Melayu sendiri.

Ingatlah demokrasi juga bermaksud siapa yang banyak akan menang. Kalau kita kuat dan gagah tetapi tak ramai, masih tak boleh menang. Sekiranya di pihak lagi satu, mereka mempunyai ramai penyokong walaupun semuanya berpenyakit dan uzur, mereka tetap boleh menang. Jadi, berhentilah bersengketa. Terimalah maksud peribahasa, ‘menang sorak kampung tergadai.’ lama juga tidak kedengaran slogan, ‘Bersatu teguh bercerai roboh’.

Ingatlah proses pelupusan kuasa dan hak bangsa Melayu sedang berlaku dan akan terus berlaku. Kuasa dan hak kita tidak semakin bertambah. Takkan sejarah Melayu hilang di dunia. Tidak mustahil suatu masa nanti sejarah bangsa kita yang hancur akan menjadi satu subjek dalam mata pelajaran sejarah dunia, menjadi kajian dan pengajaran.

Jangan salahkan orang lain dan kaum lain seandainya perkara-perkara di atas berlaku. Kita perlu bertanggung-jawab. Amuk tidak berguna lagi...

Demi ummah Pas-UMNO perlu disatukan

Petikan UM 7 Julai 2010: ( anda harus fikir-fikirkan )...

BERBUIH mulut Nik Aziz mempertahankan Karpal Singh. Ini bukan sekarang saja, tapi sejak bertahun-tahun lalu. Setiap kali Karpal mempertahankan pendiriannya ''langkah mayat saya dulu jika mahu tubuhkan negara Islam", setiap kali itu jugalah Nik Aziz terpaksa mempertahankan abang bhai berkenaan.

Saya cukup hairan dengan Nik Aziz ini. Walaupun itulah pendirian DAP, tapi Nik Aziz kata mereka betul. Bagi Nik Aziz, UMNOlah yang selama-lamanya salah. Nik Aziz akan mengeluarkan pelbagai ayat untuk mempertahankan Karpal. Ayat-ayat itu boleh diadun mengikut acuan yang mahu dibentuk. Itu pasallah saya pernah mengatakan Nik Aziz ini ialah a political animal. Tapi budak-budak yang taksub dengan Nik Aziz menyerang saya kiri-kanan atas-bawah dalam blog. Mereka ingat maksud saya ialah Nik Aziz 'binatang'. Animal dalam konteks ini ialah orang politik totok. Hidup Nik Aziz bergelumang dengan politik. Gelaran Tok Guru ialah kerana beliau belajar agama, tapi kehidupannya, mata pencariannya ialah dengan politik.

Kita sudah tahu siapa Nik Aziz. Beliau ialah political animal yang amat cerdik dalam permainan politik. Kalau tidak takkan beliau boleh bertahan lebih 20 tahun memerintah Kelantan. Para pemimpin yang properpaduan dalam Pas, sebenarnya cukup risau dengan sikap Nik Aziz itu. Tapi mereka malu alah mahu menyatakan depan-depan. Sebenarnya ramai yang sudah bertentangan haluan dengan Nik Aziz. Bukan rahsia lagi, dalam Pas sendiri pun sudah ada dua puak. Satu totok mempertahankan ideologi Nik Aziz, satu lagi lebih liberal yang mahu melihat Melayu Islam bersatu-padu.

Puak Nik Aziz melihat puak yang satu lagi itu cukup berbahaya bagi politik mereka. Nik Aziz acap kali berkata jangan berkawan dengan UMNO kerana di zaman 70-an dulu, UMNO menikam belakang Pas. Tapi orang Pas yang liberal itu menganggap apa yang ditakrifkan oleh Nik Aziz itu sebagai cerita lama. Dalam politik semua boleh jadi. Hari ini musuh, 24 jam kemudian berkawan semula. Melihatkan fiil PKR dan DAP dalam pakatan, beberapa gelintir pemimpin Pas mulai tawar hati untuk bekerjasama terus dengan mereka. Banyak yang dilihat tidak betul dalam pakatan itu. Dalam hati mereka apa salahnya berpakat dengan UMNO untuk menyelamatkan ummah dan negara ini daripada jatuh ke tangan yang lebih berbahaya. Mereka sedar itu semua. Tapi Nik Aziz adalah penghalangnya. Mereka malu alah dengan orang tua itu. Sebenarnya sebelum ini sudah ada cakap-cakap mengenai konsep perpaduan Pas-UMNO. Tapi puak yang bercakap mengenainya dihentam teruk. Terus orang itu berdiam diri, dan idea itu dibekukan.

Tapi hakikatnya kumpulan ini tidak berdiam diri. Mereka mahu gagasan perpaduan ini diteruskan. Masa terlalu suntuk sebelum terlambat. Seorang pemimpin Pas pernah memberitahu saya lambat laun kita, Pas dan UMNO perlu bersatu juga. Tapi saya kata bila? Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Beliau terdiam. Ada yang mencadangkan Nik Aziz perlu disingkirkan daripada Pas. Beliau ialah penghalang terbesar ke arah perpaduan itu. Tahun depan ialah tahun pemilihan Pas. Saf baru Pas perlu diatur dari sekarang. Sebelum PRU-13, Pas memerlukan kepemimpinan baru yang properpaduan. UMNO dan Pas perlu disatukan.

KickdefellanikazizENTRI terbaru Syed Azidi dalam blog popularnya Kickdefella, atau dalam bahasa Melayu bermakna: sepak orang itu, terpampang gambar dua lelaki menggenggam erat tangan tanda persahabatan. Dua lelaki itu ialah beliau dan saya. Genggaman erat itu terjalin setelah Syed Azidi membelasah saya dalam entri terdahulu. Dia marah kerana saya menuduhnya pernah mencerca Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dia mempertahankan diri mengatakan beliau sebenarnya ialah penyokong nombor satu Tun. Saya mengaku terkhilaf dan bersetuju bertemu dengannya yang turut dihadiri oleh blogger Bigdog dan Rocky's bru di sebuah restoran di Bangsar. Panjang lebar yang diborakkan. Rata-rata mengenai sosio-politik tanah air. Ternyata Syed Azidi seorang yang tajam pemikirannya. Beliau ialah penyokong properpaduan. Pas-UMNO perlu disatukan. Kita kena cari jalan, katanya bersungguh-sungguh ikhlas. Kami semua bersetuju. Pas dan UMNO perlu disatukan demi kepentingan ummah. Insya-Allah, kami akan berusaha ke arah itu.

Tapi, sebelum itu mungkin Syed Azidi perlu kickdefellanikaziz terlebih dahulu...

Kuasa politik Melayu mungkin hilang jika mereka berpecah-belah

Petikan UM 7 Julai 2010:
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kuasa politik yang dipegang orang Melayu selama ini mungkin hilang sekiranya masyarakat itu berpecah-belah sesama sendiri. Tegas beliau, hanya dengan bersatu, orang Melayu dapat mengekalkan pelbagai pencapaian kemajuan yang dinikmati dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan pelajaran sejak negara merdeka lebih 50 tahun lalu.

Tegasnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir selama ini berjaya membuktikan pembangunan negara bukan sahaja dinikmati masyarakat bumiputera malah turut dirasai segenap bangsa lain. "Perpaduan adalah penting, jangan kita pecah belah, di kampung juga jangan kita berbalah, jangan gaduh sesama sendiri. "Kita perlu bersatu untuk maju terutama dalam soal politik kerana jika kita berpecah, kuasa politik yang kita ada pada hari ini juga boleh hilang," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Israk Mikraj di Masjid Al Ansar, Kampung Parit Raja, Gersik, dekat sini, semalam.

Sementara itu, menurut Muhyiddin, UMNO yang menerajui kerajaan BN berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh di dunia. "Walaupun perbezaan agama, budaya dan latar belakang berlainan, namun kita dapat hidup tanpa perselisihan yang boleh mewujudkan pergaduhan sehingga berlaku pertumpahan darah," katanya.

Tambahnya lagi, tuntutan fardu kifayah dalam Islam untuk membasmi kemiskinan juga berjaya dilaksanakan kerajaan BN dengan pelbagai pencapaian kemajuan lain dalam bidang ekonomi dan pelajaran. Jelasnya, berbanding zaman penjajah, kira-kira 60 peratus rakyat negara ini terpaksa hidup dalam kemiskinan namun jumlah itu kini hanya tinggal tiga peratus sahaja. "Berbanding banyak negara Islam yang lain, kita sudah berjaya menyelesaikan masalah pokok ini namun kita mahu meningkatkan lagi kemajuan umat Islam dalam bidang ekonomi," katanya.

Friday, July 2, 2010

Anwar, Yahudi dan kepimpinan PKR Selangor

ISU kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat (AS) untuk merayu serta meminta maaf kepada rakan-rakan Yahudi berhubung kenyataan keras anti-Israel telah mendapat perhatian penulis blog minggu ini. Tidak kurang isu peralihan kuasa dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Tunku Aisha (tunkuaisha.blogspot.com) berkata, beliau tidak faham kenapa Pas masih terus mempercayai Anwar walaupun jelas Penasihat PKR itu mempunyai hubungan rapat dengan zionis. "Ahli-ahli Pas sepatutnya memberitahu pemimpin mereka untuk keluar dari pakatan pembangkang jika mereka benar-benar serius berjuang untuk Islam dan membantu rakyat Palestin. Jika tidak, jangan bercakap mengenai Islam sama sekali," katanya. Penulis ini berkata, langkah Anwar ke AS dan merayu serta memohon maaf kepada rakan-rakan mereka terutama berbangsa Yahudi kerana lantang menentang Israel jelas menunjukkan bahawa beliau adalah ejen zionis dan mendapat pembiayaan daripada mereka. Syed Ali Alhabshi dalam UMNO Bahagian Cheras (umnobahagiancheras.blogspot.com) pula berkata, pendedahan terbuka akhbar Washington Post membongkarkan lagi hubungan rapat Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi. Katanya, segala kutukan beliau terhadap rejim zionis terhadap kezaliman Yahudi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur baru-baru ini jelas hanyalah sandiwara.

"Pendedahan oleh akhbar Barat itu sepatutnya menyedarkan pemimpin Melayu dalam PKR bahawa Anwar tergamak melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politik. "Anwar sungguh licik berbohong sehingga penyokongnya terpedaya, tetapi sebenarnya beliau cukup intim dengan tokoh-tokoh Yahudi di luar negara. "Seluruh dunia khususnya umat Islam mengutuk kezaliman rejim Israel tetapi sebaliknya Anwar yang disanjung oleh Pas dan DAP bersubahat dengan Yahudi," tegasnya. Katanya, beliau hairan bagaimana pemimpin Pas yang kononnya berjuang untuk Islam menjadi 'buta' dengan telatah dan muslihat licik Anwar.

Dr. Novandri Hasan Basri (novandri.blogspot.com) pula berkata, lakonan tentang percakaran yang berlaku di Selangor untuk menutup dan mengalihkan perhatian rakyat terhadap aktiviti Anwar ada kebenarannya. Katanya, berita tentang pertemuan Anwar dan rakan-rakan Yahudi di AS tidak disedari oleh rakyat ekoran rakyat kini lebih tertumpu kepada isu 'pergolakan' dalam PKR Selangor. "Anwar Ibrahim hampir berjaya mengalih perhatian orang ramai daripada mempertikaikan perhubungan intim beliau dengan pemimpin-pemimpin zionis Yahudi. "Isu Khalid Ibrahim dan Azmin Ali tampak lebih panas dan penuh dengan 'kontroversi' dan pelbagai andaian yang sedap membuai kita semua," katanya.

Sementara itu, A. Kadir Jasin (akadirjasin.com) berkata, pengguguran Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor dan pelantikan Azmin sebagai pengganti memberi kesan besar kepada kedua-dua pemimpin itu. Katanya, gabungan jawatan Naib Presiden dan Pengerusi PKR Selangor menjadikan kedudukan Azmin lebih kuat selepas Ketua Umumnya, Anwar dan presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

"Prestij Azmin sebagai sekutu akrab dan 'loyalist' Anwar mendapat anjakan kerana sekarang beliau juga menjadi supremo politik Selangor, sebuah negeri maju di mana PKR adalah peneraju.
"Di pihak lain, Anwar terpaksa memberi muka kepada Abdul Khalid yang banyak membantu imej PKR apabila dia menyeberang daripada UMNO dan pada masa yang sama memainkan peranan penting sebagai Bendahari PKR," katanya.

Bagaimanapun, Syed Imran dalam Kuda Ranggi (kudaranggi.blogspot.com) berkata, perubahan kepimpinan PKR di Selangor bukanlah sesuatu yang luar biasa atau mengejutkan memandangkan hal yang sama pernah berlaku dalam parti lain, termasuk UMNO. "Jika diambil ulasan dan kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat Majlis Tertinggi dan Bahagian, apa yang berlaku di Selangor adalah sesuatu yang memperlihatkan tanda-tanda kejatuhan PKR atau setidak-tidaknya kemusnahan masa depan politik Khalid.

"Kenapa ia harus dilihat demikian sedangkan kejadian atau tindakan yang serupa dilakukan oleh UMNO di beberapa buah negeri dan tidak pula timbul apa-apa masalah atau ulasan negatif oleh media," katanya. Sebagai contoh, katanya, apa yang berlaku di Terengganu di mana Ketua Perhubungan UMNO negeri disandang oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sedangkan Menteri Besarnya adalah Datuk Ahmad Said.

Nilai sendiri perjuangan Anwar

Rakyat perlu menilai dan membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha menjernihkan hubungannya dengan pemimpin Yahudi Amerika Syarikat (AS), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, rakyat perlu menyoal apakah politik sebenar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan untuk apakah ia berjuang. ''Kunjungan Anwar ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana baru-baru ini jelas membuktikan bahawa beliau dengan kumpulan tersebut memang intim," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas pendedahan yang dibuat oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post, kelmarin mengenai kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Washington, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Diehl dalam tulisannya bertajuk 'Flirting with zealotry in Malaysia' (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan bahawa Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis' yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. ''Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham? Saya harus lebih berhati-hati,'' kata Anwar seperti dipetik oleh Diehl yang merupakan timbalan pengarang untuk halaman pengarang The Washington Post.

Tindakan Anwar menjernihkan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin Yahudi di AS berikutan penyertaannya dalam satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tunjuk perasaan itu juga menyaksikan sehelai bendera Israel dibakar dan Anwar juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington menurutnya, "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Muhyiddin memberitahu, Anwar tanpa segan silu ke negara itu untuk memohon maaf di atas kesilapan beliau kerana khuatir ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakannya itu. ''Sebab itu bila dia rasa dia sudah lakukan kesilapan, dia buat kenyataan tersebut, dia cukup bimbang kalau-kalau sahabat dia yang ada di sana bukan sahaja tidak puas hati mungkin akan marah. ''Kita tahu di sini bahawa ia menunjukkan hubungan yang rapat antara Anwar dengan kumpulan-kumpulan yang dikatakan pro-zionis atau pro-Yahudi," tegasnya.