Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, December 7, 2010

DULU KAFIR SEKARANG ANUGERAH TUHAN



DAHULU, UMNO dituduh kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kaum Cina dan India tetapi apabila Pas bekerjasama dengan DAP dan orang-orang bukan Islam, mereka tidak pula jadi kafir. Inilah Pas yang tidak ada prinsip. Apa yang mereka buat semuanya betul dan mengikut ajaran Islam dan apa yang dibuat orang lain tidak betul. Inilah golongan hipokrit dan sebab itulah, mereka boleh bekerjasama dengan Anwar kerana sama-sama hipokrit.

Semasa dalam UMNO, Anwar kutuk Pas dan kata macam-macam kepada pemimpin dan parti itu. Anwar sokong apa saja yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Sekarang Presiden PKR, Dr. Wan Azizah pula membuat kenyataan bahawa Anwar adalah ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz pula menyokong kenyataan Wan Azizah.

Jika sebelum ini, pemimpin Pas menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka, kini PKR pula ikut rentak yang sama apabila Wan Azizah menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ untuk memimpin negara ini. Orang yang dahulunya dituduh kafir oleh Pas sekarang telah dinaikkan taraf kepada seorang yang dipilih oleh Allah apabila Nik Aziz menyokong kenyataan tersebut.

Kenyataan ini bukan saja tidak betul tetapi boleh mengelirukan umat Islam. Wan Azizah tidak perlu cari pengaruh dan sokongan untuk suaminya dengan menggunakan perkataan seperti itu. Sebagai isteri, Wan Azizah tahu siapa sebenarnya Anwar. Oleh itu, tak perlulah menyifatkan Anwar sebagai anugerah Tuhan.

Praktik lima asas Hijrah

BULAN Muharam merupakan detik permulaan kalendar baru dalam Islam. Justeru, ketibaan tarikh 1 Muharam setiap tahun semestinya menjadi titik tolak kepada permulaan yang baru dalam kehidupan seorang Muslim. Ia juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai pencapaian peribadi selama setahun yang lalu dalam konteks melaksanakan perintah Allah SWT. Oleh itu, beberapa asas hijrah wajar dipraktikkan bagi memenuhi tuntutan hijrah masa kini yang jauh berbeza dengan hijrah era Mekah dan Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.

1.Hijrah sikap dan perbuatan

Segelintir umat Islam masih terbelenggu dengan pelbagai sikap buruk seperti hasad dengki, dendam kesumat dan sikap suka menyalahkan orang lain. Sikap buruk sebegini jika tidak diubati dikhuatiri akan merosakkan individu dan masyarakat Islam keseluruhannya. Ia umpama api dalam sekam yang boleh membakar pada bila-bila masa. Malah jika diteliti sikap buruk seperti ini akan menyebabkan umat Islam semakin ketinggalan dalam arus globalisasi yang membadai dunia dewasa ini. Golongan seperti ini juga jauh daripada rahmat dan perlindungan Allah SWT yang sangat diperlukan bagi mengharung liku-liku hidup di dunia yang beraneka ragam.

Terdapat juga umat Islam yang boleh diibaratkan seperti cakap tak serupa bikin. Perbuatan buruk mereka jauh menyimpang daripada ajaran syariat yang sebenar. Perilaku dosa seperti minum arak, berkhalwat dan berzina, merompak, mencuri dan membunuh termasuk bayi dalam kandungan sendiri seakan menjadi amalan biasa segelintir individu Muslim. Kesemua sikap buruk dan jenayah itu memerlukan kesungguhan dan azam yang tinggi untuk berubah dan kembali ke jalan yang diredai Ilahi.

2.Hijrah amal dan ketaatan

Bagi membendung perilaku buruk yang tidak bertepi, umat Islam diseru kembali ke pangkal jalan dengan memperbanyak amalan yang mampu mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Bagi yang tidak solat mahupun jarang-jarang melakukannya, dinasihat supaya mula berjinak-jinak dan mendampingkan diri kepada-Nya. Umat Islam juga sewajarnya menilai segala perlakuan ibadah setahun yang lalu sambil berazam untuk mempertingkatkan amalan agar lebih sempurna dan berkualiti.

Ketibaan 1 Muharam juga boleh dijadikan landasan untuk menggembleng usaha dan tenaga berbakti kepada Ilahi. Permulaan yang baik seperti membaca doa akhir dan awal tahun secara beramai-ramai sama ada di rumah bersama seisi keluarga, mahupun di masjid dan surau-surau mampu memberi impak yang baik kepada amalan sepanjang tahun. Seterusnya, ia diikuti pula dengan amalan-amalan yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim seperti berbakti kepada Allah SWT dengan berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan fardu haji, selain amalan berbentuk jama'iy dan kemasyarakatan seperti berbuat baik kepada jiran, menolong dan membantu sesama manusia terutama golongan miskin dan kurang upaya. Dwi amalan yang diperintahkan ini akan mempertaut hubungan manusia dengan Allah SWT dan dalam masa yang sama mempererat hubungan sesama manusia.

3.Hijrah ilmu dan pencapaian

Secara umumnya, umat Islam agak ketinggalan dalam aspek ilmu dan kemajuan teknologi jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Malah, terdapat negara-negara tertentu yang boleh dicontohi seperti China dan Korea yang begitu drastik bangkit sebagai kuasa baru dunia dalam pelbagai aspek termasuk kemajuan daripada sudut sains dan teknologi.

Sehubungan itu, pelbagai lapisan masyarakat Islam hendaklah menghayati tuntutan mencari ilmu dalam apa saja kegiatan seharian. Ini kerana ilmu boleh diperoleh di mana sahaja sama ada melalui kaedah pendidikan formal seperti di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi, mahupun ilmu sepanjang hayat yang ada di persekitaran hidup manusia. Malah, pengalaman manis dan pahit yang pernah dilalui oleh seseorang juga merupakan ilmu yang sangat berguna jika dapat dimanfaatkan dengan sempurna.

Hijrah dalam konteks ini juga dilihat mampu mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam terdahulu sehingga umat Islam hari ini disegani dan dihormati di mata dunia. Ia sekali gus berupaya menolak pelbagai fitnah dan tohmahan seperti agama ekstrem dan menaja keganasan yang biasa ditujukan kepada umat Islam sedunia.

4.Hijrah ekonomi dan pemilikan

Umat Islam di Malaysia secara khususnya dan di beberapa negara Islam amnya agak jauh ke belakang daripada aspek ekonomi dan pemilikan harta. Ini berlaku kerana sikap sebahagian umat Islam yang berhati-hati dan berwaspada daripada menjadi hamba duit dan harta sehingga menghalang usaha mendekatkan diri kepada Ilahi. Ia boleh juga terjadi kerana kekeliruan dalam memahami falsafah pemilikan harta yang telah digarap sempurna dalam syariat Islam. Akibatnya, umat Islam terpinggir daripada arus pemodenan dunia yang sangat diperlukan dalam konteks membina semula ketamadunan manusia.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan salah faham segelintir umat Islam yang menolak dunia dan melalui kehidupan zuhud tanpa bersandarkan kepada realiti kehidupan masa kini yang berbeza daripada zaman awal Islam terdahulu.

Justeru, penglibatan umat Islam dalam bidang ekonomi dan pemilikan harta juga penting untuk direalisasikan dalam dunia kini. Walau bagaimanapun, ia wajib mematuhi garis panduan memperoleh, memanfaat dan mengagihkan harta menurut perspektif Islam. Penglibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi yang berteraskan riba' demi mencari keuntungan berlipat kali ganda adalah diharamkan. Selanjutnya, amalan buruk penipuan, berbuat zalim dan mengambil hak orang lain tanpa hak adalah tidak sesuai dengan amalan ekonomi Islam. Di samping itu juga, konglomerat Islam perlu memahami ada hak zakat yang diwajibkan dan sedekah sunat daripada harta yang perlu dilunaskan. Ini bagi mengelak kerosakan yang lebih besar kesan daripada kegiatan ekonomi yang tidak berteraskan kehendak Islam sebenar.

5.Hijrah kepada Islam yang syumul

Akhirnya, para Muslimin diseru menghayati ketibaan 1 Hijrah bukan dalam pengertian sambutan tahun baru yang difahami oleh golongan yang tidak mengerti agama yang syumul. Sambutan tahun baru juga bukanlah perayaan yang hanya diraikan di merata tempat. Lebih daripada itu, tuntutan melestarikan falsafah hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya yang sanggup bergadai nyawa dan harta demi kepentingan Islam wajib dicontohi.

Untuk tujuan itu, umat Islam hendaklah kembali melaksanakan Islam dalam segala gerak-geri kehidupan. Maknanya, seluruh kehidupan Muslim mesti berteraskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan hukum dalam menanggapi pelbagai persoalan hidup yang kompleks dan penuh cabaran dewasa ini. Syariat yang syumul sememangnya bersesuaian untuk direalisasikan dalam konteks kehidupan bernegara, bermasyarakat dan yang pasti untuk keperluan setiap individu. Persoalannya, adakah umat Islam masa kini berbangga menjadi individu Muslim lalu sanggup melaksanakan segala peraturan agama dalam segala lapangan kehidupan.

Ambil pengajaran hijrah Rasulullah

Umat Islam harus mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah yang menyaksikan Rasulullah menempuh pelbagai dugaan demi menegakkan syiar agama untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berkata, selain kecekalan Rasulullah itu, semangat perpaduan yang ditunjukkan umat terdahulu harus dijadikan contoh masyarakat Islam di negara ini.

Justeru, katanya, semangat tidak berputus asa dan setiakawan yang ditunjukkan para sahabat nabi sememangnya harus dicontohi supaya umat Islam berusaha mencapai kejayaan biar apa pun halangannya.

"Kita juga harus mempunyai kekuatan, ilmu pengetahuan dan strategi yang cukup serta mendalam. Perkara ini penting untuk mencapai kejayaan keluarga, bangsa dan negara. Mana sikap buruk sebelum ini, kita berhijrah kepada lebih baik.

"Kita boleh mengambil iktibar daripada kejadian malapetaka yang melanda dunia ketika ini dan mengambilnya sebagai pedoman supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Razak Idris berkata, masyarakat sekarang terutamanya belia harus sama-sama berhijrah untuk memajukan serta menguatkan diri ke arah menjadi umat terbaik.

"Untuk mencapai umat terbaik ini, kita haruslah mempunyai kekuatan rohani, ekonomi dan tahap ilmu yang tinggi.

"Masyarakat Islam perlu meningkatkan budaya inovasi dan kreativiti dalam pemikiran dan kehidupan seharian kerana ia adalah jelmaan semangat hijrah dalam membina umat terbaik," jelasnya.

Tambahnya, menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan erti sambutan Maal Hijrah dihayati oleh semua lapisan masyarakat.

"Saya menyeru supaya sambutan Maal Hijrah ini disambut bukan sekadar di peringkat negara, malah di peringkat daerah dan desa yang dianjurkan oleh pertubuhan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan lain," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin berkata, sempena menyambut tahun baru 1432 Hijrah, masyarakat perlu berazam untuk menjadi individu yang lebih positif.

"Seperti yang kita ketahui masyarakat kita sekarang ini sedang bergelut dengan gejala sosial yang membimbangkan.

"Sambutan ini boleh diambil untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Jika kita terlibat dengan gejala sosial, maka eloklah dihindarkan dan jika tidak terlibat, kita harus membantu membawa orang yang terlibat tersebut ke arah kebaikan," katanya.

Saturday, December 4, 2010

Tambah peruntukan pesakit AIDS

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menambah peruntukan bagi membantu golongan penghidap HIV/AIDS yang terpinggir dan daif.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia merupakan sebahagian pelaksanaan fasa kedua bagi program lima tahun di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau berkata, sejak tahun lepas, pihaknya menjalinkan perkongsian pintar dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyalurkan bantuan kepada golongan tersebut.

"Ia membabitkan tujuh rumah perlindungan yang memberi manfaat kepada 664 pesakit bagi mendapatkan rawatan dan pemulihan.

"Bagi fasa kedua, kita akan menambah lagi bantuan kepada 14 rumah perlindungan yang membabitkan lebih banyak pesakit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek Projek Anjung Damai, di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd. Zaman Khan.

Bantuan berjumlah RM2.318 juta itu bakal disalurkan kepada 14 rumah perlindungan di bawah naungan Majlis Aids Malaysia yang bertujuan menaik taraf, membaik pulih serta mempertingkatkan perkhidmatan rumah perlindungan tersebut di seluruh negara.

Shahrizat berkata, pihaknya sentiasa komited dan menyokong usaha yang dimainkan oleh NGO dalam menjaga golongan terpinggir seperti pesakit HIV/AIDS.

Malah, katanya, berikutan peningkatan bilangan wanita yang menghidap HIV/AIDS, pemberian bantuan seperti itu adalah signifikan selain pelbagai program advokasi yang dilaksanakan.

Ini memandangkan, kata beliau, urusan menjaga golongan tersebut merupakan tanggungjawab bersama antara kerajaan, NGO, individu dan ahli masyarakat.

Dalam usaha memberi pendidikan kepada wanita mengenai gejala ini, kementerian juga, kata Shahrizat akan menubuhkan pasukan khas untuk menggerakkan pelbagai program pencegahan, pendidikan, pengurangan stigma dan diskriminasi khusus buat wanita dan gadis.

Dalam perkembangan lain, Shahrizat berkata, kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin terhadap nasib golongan yang memerlukan dan akan membantu sedaya mampu.

"Apa yang kita janji kita akan buat. BN tak janji benda merepek atau gempak. Kalau tak mampu kita akan beritahu.

"Bukan macam PKR yang cakap mengenai keadilan sosial tetapi gagal mencapai matlamat membantu rakyat," katanya.


Wednesday, December 1, 2010

PKNS didakwa guna jalan belakang lantik 3 syarikat

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar digesa menjelaskan pelantikan tiga syarikat oleh PKNS yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus (gambar) berkata, lantikan syarikat yang mempunyai alamat operasi sama dan kepentingan seorang individu itu sepatutnya dibawa ke jawatankuasa tender, bukannya jawatankuasa sebut harga.

Menurutnya, sejumlah RM219,300 didahulukan kepada salah sebuah syarikat terbabit pada 3 September iaitu 60 peratus dari jumlah keseluruhan oleh PKNS Holding walaupun surat perjanjjian masih belum ditanda tangani.

“Invois juga telah dikeluarkan lebih awal oleh ketiga-tiga syarikat berkenaan dari tarikh lulus sebut harga iaitu 17 Ogos 2010sebelum perjanjian ditandatangani. Invois dari syarikat kepada PKNS dan bukan PKNS Holding.

“Tiga syarikat ini merupakan syarikat berkaitan dalam penubuhan Telemarketing PKNS. Saya mahu Menteri Besar dan Pengurus Besar PKNS menjelaskannya dengan segera, atau saya akan membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Abdul Shukor juga mendedahkan pelantikan seorang individu warga Lubnan sebagai perunding PKNS kepada dua projek iaitu Bernam Jaya dan Science Park 2 Sepang.

Malah katanya, individu terbabit menerima yuran sebanyak RM935,000 untuk tempoh enam bulan bagi dua projek tersebut tanpa perlu di bawa ke jawatankuasa.

“Sepatutnya perkara ini dibawa ke jawatankuasa tender kerana jumlahnya melebihi RM500,000. Perjanjian juga disediakan perunding tersebut dan bukannya PKNS serta pelantikan tidak dimaklumkan dalam mesyuarat Exco PKNS,” dakwanya.

Friday, November 26, 2010

Perbetulkan peranan pendakwah elak kelirukan masyarakat



DALAM era globalisasi pendakwah Islam sepatutnya menumpukan perhatian kepada aspek yang boleh membentuk masyarakat menjadi orang yang beriman dan mampu menghadapi sebarang rintangan dan pergolakan di kalangan umat Islam. Cara pendakwahan juga menentukan keberkesanan dalam pendakwahan.

Setiap pendakwah amat perlu memahami matlamat dan objektif pendakwahan. Jika objektif pendakwahan itu dengan tujuan untuk mempengaruhi masyarakat menjauhkan diri daripada golongan tertentu maka intisari penceramahan tersebut tersasar daripada matlamat awal dakwah.

Dakwah Islamiyah sering diselewengkan oleh umat Islam kerana kebanyakan daripada penceramah agama lebih menumpukan perhatian kepada perjuangan politik melebihi kepentingan agama dan umat.

Apabila suasana begini wujud maka usaha untuk mendidik masyarakat menjadi orang Islam beriman akan gagal kerana intisari dalam ceramah lebih mirip kepada kutukan dan ejekan. Sikap mengutuk dan mempersendakan individu-individu dan golongan tertentu menjadi lumrah kepada kebanyakan penceramah agama di dunia Islam masa kini.

Pergerakan Jamaah Islamiyah di Mesir yang dikenali oleh media sebagai Tanzim al-Jihad menggunakan Syeikh Omar Abdul Rahman, seorang ulama buta mengeluarkan fatwa yang mengejutkan masyarakat Mesir.

Ahli-ahli pergerakan tersebut menggambarkan kepada beliau betapa jahilnya masyarakat Islam Mesir sehingga beliau mengeluarkan fatwa bahawa masyarakat Mesir adalah 'beruk' atau 'monyet'. Fatwa Umar Abdul Rahman ini bukan sahaja diamalkan oleh Pergerakan Tanzim al-Jihad malah ia juga menjadi fatwa kepada penceramah radikal di Malaysia.

Pendakwah sepatutnya memahami realiti kehidupan masyarakat di sekeliling mereka dan menggunakan akal yang rasional dalam merancang program dan pendekatan dakwah kepada masyarakat. Jika masyarakat jahil tentang agama Islam pendakwah sepatutnya menumpukan perhatian kepada aspek yang boleh memperkukuhkan akidah Islam dan mengajar serta menggalakkan mereka mengamalkan perkara-perkara berkaitan dengan fardu ain terlebih dahulu daripada membicarakan perkara-perkara yang menyukarkan akal fikiran masyarakat dan menyebabkan mereka merasai betapa sukarnya menjadi umat Islam.

Rasulullah SAW menyeru pendakwah Islam supaya memahami kecapaian akal fikiran manusia ketika berdakwah. Sikap radikal dan 'ujub (merasai diri terlalu warak dan beriman) bukan merupakan sifat pendakwah Islam. Kuliah subuh sepatutnya digunakan untuk menerapkan ilmu wahyu dalam hati nurani masyarakat bukan menghemburkan cacian dan cercaan kepada orang yang tidak bersefahaman dengan ideologi politik.

Pendakwah Islam masa kini sepatutnya memahami bahawa proses globalisasi sedang melanda umat Islam dalam dunia yang serba canggih dan membangun seperti Malaysia. Remaja dan muda-mudi Islam mengalami kehausan kerohanian yang memerlukan kepada bimbingan agama dan asuhan daripada para pendakwah dan sarjana Islam.

Ketika ini peranan utama pendakwah Islam ialah mengadakan pelbagai program dan bergaul bersama remaja dan masyarakat supaya mereka merasai para pendakwah merupakan tempat rujukan dan aduan berkaitan dengan kegelisahan dan kehausan kerohanian mereka.

Ceramah dan forum sahaja tidak mencukupi untuk membanteras gejala sosial dan mendidik masyarakat menjadi beriman dalam era globalisasi. Intisari ceramah yang disulami dengan cacian dan cercaan tidak akan dapat menyerapkan cahaya ilmu wahyu ke dalam hati nurani umat Islam kerana wahyu Ilahi diibaratkan sebagai cahaya yang terlalu terang yang hanya dapat dipantulkan kepada masyarakat secara hikmah dan lunak.

Pendakwah Islam sepatutnya menjadi orang yang paling sabar menghadapi kerenah masyarakat kerana peranan mereka ialah mendorong masyarakat ke arah syurga. Jika hati nurani pendakwah dilatih menjadi orang yang sabar dan mempunyai azam yang kuat untuk mendorong masyarakat ke arah kebahagiaan hakiki iaitu memasuki syurga, mereka tidak akan menghina dan mempersendakan orang yang jahil agama.

Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa.

Realiti yang wujud masa kini ialah terdapat pendakwah Islam kurang perihatin terhadap akhlak Islam dalam penyampaian ilmu wahyu. Sentimen politik lebih mempengaruhi pemikiran mereka ketika menyampaikan ilmu wahyu. Sepatutnya penceramah memahami bahawa orang yang hadir dalam majlis ilmu wahyu ialah orang yang mengharapkan panduan dan didikan agama bukan kutukan dan cercaan. Sedangkan mencerca orang musyrik pun dilarang oleh Rasulullah SAW.

Perkara ini dijelaskan oleh Abu Hurairah r.a. dengan katanya, "Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam.

Bagi menyemarakkan seruan Islam dalam era globalisasi masa kini maka para pendakwah dan sarjana Islam sepatutnya menumpukan perhatian kepada latihan kerohanian masyarakat Islam. Tugas ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dan kerjasama masyarakat Islam keseluruhannya. Penyatuan masyarakat sepatutnya dijadikan agenda utama pendakwah Islam dalam menyusun strategi syiar Islam bukan mempengaruhi masyarakat bertelingkah dan bermusuhan sesama sendiri.

Thursday, November 25, 2010

Anak Bangsa Bakal Jadi anjing DAP – Ustaz Mohd Nor

Bekas AJK PAS Pusat dan orang kanan Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Mohd Nor Deris berkata, sekiranya DAP menang PRU 13, anak bangsa keturunan melayu akan menjadi anjing-anjing suruhan DAP.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang digembar-gemburkan di dalam internet, dirinya memburuk-burukkan Nik Aziz berikutan dia tidak setuju perhubungan PAS dan DAP.

Ustaz Mohd Nor menjelaskan, sewaktu Nik Aziz dan pengikutnya berkunjung ke rumahnya di RPT Kampung Sungai Terah, Gua Musang, dia dengan tegas menjelaskan bahawa Nik Aziz perlu bertaubat sebelum terlambat. Ini kerana Nik Aziz telah tersasar daripada perjuangan Islam sebenar.

“Saya cakap ana tokseh bersalam dengan anta selagi anta berkawan dengan DAP. Selagi itulah ana tidak akan bersama-sama orang sejahat ini. Nik Aziz marah dan cakap tokseh saing. Aku tokseh saing denganmu,” ujar Ustaz Mohd Nor.

Seterusnya dia mengulas “Dalam Al Quran ada menyebut, sekiranya kamu bertembung, sekiranya kamu berkelahi, sekiranya kamu tidak bersependapat, hendaklah kamu rujuk kepada Al Quran dan hadis. Tapi sayangnya Nik Aziz adalah orang yang tidak suka perpaduan”.

Nik Aziz lebih gemar merujuk kepada DAP sekiranya menghadapi sebarang masalah. Bagi Ustaz Mohd Nor, PAS kini ibarat musuh Negara umat Islam yang bertopengkan Islam yang cuba merompak kuasa politik Islam di Malaysia.

Sikap Nik Aziz ini langsung tidak mencerminkan sikap seorang ulama yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Azmin Umpama “Buntut Kuali Cuba Cuci Buntut Periuk”


Ikrar bakal Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk membersihkan parti itu daripada “pengkhianat” parti selepas ini bolehlah diumpamakan seperti “buntut kuali cuba mencuci buntut periuk”, demikian menurut bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli.

Tegasnya jika Azmin mahu membersihkan PKR dari pengkhianat, Azmin perlu bersihkan diri beliau sendiri termasuk penasihat mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution dan jawatakuasa pemilihan PKR.

“PKR hanya boleh bersih sekiranya mereka (Anwar, Azmin, Saifuddin) keluar parti. Selagi mereka ada selagi itulah PKR akan terus kotor.

“Seperti saya katakan tadi nak bersih macam mana bila buntut kuali cuba nak cuci buntut periuk”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bakal Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk membersihkan parti itu daripada “pengkhianat” ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Azmin berkata, “pembersihan” itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Jelas Nazmi lagi PKR menjadi rosak dan kotor apabila agenda perjuangan parti itu bukan lagi untuk perjuangan rakyat tetapi untuk agenda peribadi Anwar dan kuncu-kuncunya.

Malah katanya pemilihan PKR yang berlangsung baru-baru ini cukup pelik dengan memberi contoh kertas undi lebih, aksi samseng, ahli keluar mengundi yang tak sampai 10 peratus dan pelbagai lagi.

“Perkara pelik ini hanya berlaku pada PKR. Tiada perkara pelik kepada parti politik lain termasuk rakan pakatan mereka Pas dan DAP.

“Tiada apa yang tak pelik dalam PKR… hubungan pelik Azmin dan Anwar, hobi pelik, pemilihan pelik dan pelbagai perkara pelik lagi.

“Ini termasuk tindakan ahli akar umbi bentang kain rentang kecam pemimpin seperti ‘Anwar Love Azmin’, ‘Anwar-Azmin Keluar Parti’ dan macam-macam perkataan lain. Perkara sebegini tak berlaku kepada parti lain”, ujarnya. -MediaUMNO

in Ali untuk membersihkan parti itu daripada “pengkhianat” parti selepas ini bolehlah diumpamakan seperti “buntut kuali cuba mencuci buntut periuk”, demikian menurut bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli.

Tegasnya jika Azmin mahu membersihkan PKR dari pengkhianat, Azmin perlu bersihkan diri beliau sendiri termasuk penasihat mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution dan jawatakuasa pemilihan PKR.

“PKR hanya boleh bersih sekiranya mereka (Anwar, Azmin, Saifuddin) keluar parti. Selagi mereka ada selagi itulah PKR akan terus kotor.

“Seperti saya katakan tadi nak bersih macam mana bila buntut kuali cuba nak cuci buntut periuk”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bakal Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk membersihkan parti itu daripada “pengkhianat” ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Azmin berkata, “pembersihan” itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Jelas Nazmi lagi PKR menjadi rosak dan kotor apabila agenda perjuangan parti itu bukan lagi untuk perjuangan rakyat tetapi untuk agenda peribadi Anwar dan kuncu-kuncunya.

Malah katanya pemilihan PKR yang berlangsung baru-baru ini cukup pelik dengan memberi contoh kertas undi lebih, aksi samseng, ahli keluar mengundi yang tak sampai 10 peratus dan pelbagai lagi.

“Perkara pelik ini hanya berlaku pada PKR. Tiada perkara pelik kepada parti politik lain termasuk rakan pakatan mereka Pas dan DAP.

“Tiada apa yang tak pelik dalam PKR… hubungan pelik Azmin dan Anwar, hobi pelik, pemilihan pelik dan pelbagai perkara pelik lagi.

“Ini termasuk tindakan ahli akar umbi bentang kain rentang kecam pemimpin seperti ‘Anwar Love Azmin’, ‘Anwar-Azmin Keluar Parti’ dan macam-macam perkataan lain. Perkara sebegini tak berlaku kepada parti lain”, ujarnya. -MediaUMNO

Bertaubatlah Anwar, Umur Dah Masuk Zon Maut – Zulkifli Nordin

“Bagi saya dah tiba masanya Anwar Ibrahim tengok cermin, nilai balik diri, muhasabah…..masa ada lagi….yang nabi sebut umur 63 ni umur dah masuk zon maut…..elok dia muhasabah….dan saya akan pergi jauh lagi supaya dia lebih bertaubat”.

Demikian pandangan bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas peguam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Zulkifli Nordin kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim bahawa segala permasalahan yang timbul dalam PKR dan kekalutan pada pemilihan parti yang menyaksikan pelbagai aktiviti penyelewengan serta penipuan berleluasa adalah manifestasi kelemahan Anwar.

Bel“Bagi saya dah tiba masanya Anwar Ibrahim tengok cermin, nilai balik diri, muhasabah…..masa ada lagi….yang nabi sebut umur 63 ni umur dah masuk zon maut…..elok dia muhasabah….dan saya akan pergi jauh lagi supaya dia lebih bertaubat”.

Demikian pandangan bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas peguam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Zulkifli Nordin kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim bahawa segala permasalahan yang timbul dalam PKR dan kekalutan pada pemilihan parti yang menyaksikan pelbagai aktiviti penyelewengan serta penipuan berleluasa adalah manifestasi kelemahan Anwar.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu seterusnya berkata Anwar sebenarnya bukan sahaja sudah menjadi penyakit dan punca masalah kepada PKR malah menjadi liabiliti pada negara.

Justeru beliau menasihatkan Anwar agar menerima secara terbuka nasihat bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar Anwar bersara dan beri peluang kepada pemimpin lain.

“Kita bukan tak nak pembangkang tapi pembangkang yang sihat supaya dapat mengimbangi pemerintah. Kita tak mahu pembangkang yang menjurus kepada hal diri dia saja.

“Bukti jelas baru-baru ini di Dewan Rakyat semasa bahas usul YB Ipoh Timur berkenaan peguam negara, Anwar bangun….dia cakap pasal diri dia, dia tak sentuh pasal parti dia, pasal negara, masalah rakyat, dia sebut pasal peribadi dia saja”, katanya.

Oleh kerana itu tambah beliau lagi seperti yang disarankan Datuk Zaid Ibrahim bahawa Anwar perlu berundur dan selesaikan dulu masalah peribadinya.

Mengenai masa depan PKR pula beliau berpendapat PKR hanya menunggu masa untuk berkubur.

“PKR ni bukan parti pembangkang tapi parti Anwar Ibrahim…itu rakyat kena faham. Perjuangan PKR hanya untuk Anwar Ibrahim…. kalau perjuangannya cara sihat kita boleh terima.

“Masalahnya kaedah yang digunakan dua sahaja…berbohong dan cakap tak serupa bikin…semata-mata untuk mahkotakan Anwar Ibrahim ke Putrajaya…itu yang jadi masalah”, ujarnya. -MediaUMNO

iau yang merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu seterusnya berkata Anwar sebenarnya bukan sahaja sudah menjadi penyakit dan punca masalah kepada PKR malah menjadi liabiliti pada negara.

Justeru beliau menasihatkan Anwar agar menerima secara terbuka nasihat bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar Anwar bersara dan beri peluang kepada pemimpin lain.

“Kita bukan tak nak pembangkang tapi pembangkang yang sihat supaya dapat mengimbangi pemerintah. Kita tak mahu pembangkang yang menjurus kepada hal diri dia saja.

“Bukti jelas baru-baru ini di Dewan Rakyat semasa bahas usul YB Ipoh Timur berkenaan peguam negara, Anwar bangun….dia cakap pasal diri dia, dia tak sentuh pasal parti dia, pasal negara, masalah rakyat, dia sebut pasal peribadi dia saja”, katanya.

Oleh kerana itu tambah beliau lagi seperti yang disarankan Datuk Zaid Ibrahim bahawa Anwar perlu berundur dan selesaikan dulu masalah peribadinya.

Mengenai masa depan PKR pula beliau berpendapat PKR hanya menunggu masa untuk berkubur.

“PKR ni bukan parti pembangkang tapi parti Anwar Ibrahim…itu rakyat kena faham. Perjuangan PKR hanya untuk Anwar Ibrahim…. kalau perjuangannya cara sihat kita boleh terima.

“Masalahnya kaedah yang digunakan dua sahaja…berbohong dan cakap tak serupa bikin…semata-mata untuk mahkotakan Anwar Ibrahim ke Putrajaya…itu yang jadi masalah”, ujarnya. -MediaUMNO

Anwar Sedang Menemui Jalan Mati?

Saya mempunyai keyakinan bahawa Anwar tahu bahawa dia sudah begitu terdesak. Saya juga yakin bahawa barisan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh akan berundur.

Saya amat percaya sokongan DAP selama ini adalah mainan politik semata mata.Malangnya Anwar, dalam pada dia fikir untuk mainkan DAP, DAP lebih cekap mempermainkannya.

Saya pernah menyebut dan ingin menyatakan sekali lagi bahawa sebagai sebuah parti yang menggunakan kaedah komunis dalam mencapai matlamat mereka, DAP memang cekap memanipulasi ‘ konflik dan krisis untuk kepentingan mereka
sendiri.

Apakah asas andaian saya ini ?

1. Sejak dari awal Karpal Singh dan DAP percaya bahawa Anwar adalah pemimpin yang tidak bermoral dan tidak boleh dipercayai.

2. Hasrat DAP untuk menjadikan Anwar sebagai alat memecah belahkan orang Melayu telah tercapai.

3. Hasrat DAP untuk menjajah PAS melalui Anwar Ibrahim nampaknya berjaya 100 % sehingga PAS sanggup menggadai prinsip bahkan maruah Islam. Isu kalimah ALLAH adalah contoh yang amat tepat.

4. Hasrat DAP untuk mewujudkan ‘ Melayu Beku ‘ juga telah berjaya melalui perkhidmatan Anwar. Sekarang telah ada sekumpulan umat Melayu yang tidak berasa apa apa menjadi Melayu bahkan ada yang mengaku bukan Melayu termasuk Nik Aziz.

5. Hasrat DAP untuk ‘ menggambarkan kerajaan UMNO/BN sejahat jahat kerajaan ‘ nampaknya tidak berjaya apabila Najib mengambil alih pentadbiran daripada Pak Lah .

Sebahagian daripada ‘ hasrat ‘ di atas adalah kaedah DAP untuk menjajah Malaysia. Samada berhasil atau tidak, sekurang kurangnya Anwar telah berikan sumbangan besar kepada mereka.

Sekarang Anwar adalah sampah. Anwar perlu mencari kaedah lain bagi menyelamatkan dirinya. Mereka telah nampak, betapa Anwar mungkin tak dapat diselamatkan lagi.

Anwar sedang terdesak sekarang. Anwar telah menemui jalan mati.

KDEB didakwa berisiko bankrap 2011


UMNO Selangor mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan prestasi kewangan termasuk beban hutang yang ditanggung Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang didakwa berdepan dengan risiko bankrap menjelang tahun depan.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau difahamkan kedudukan kewangan anak syarikat kerajaan negeri itu kini bermasalah ekoran KDEB diarah menanggung bayaran pemberian air percuma yang merupakan antara janji politik pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Difahamkan, katanya, KDEB terpaksa menanggung kira-kira RM114 juta setahun sebagai bayaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membiayai pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri ini.

Tambah beliau, daripada jumlah itu, KDEB dianggarkan telah membayar RM342 juta kepada Syabas sejak 2008 hingga 2010 bagi membolehkan manifesto pakatan pembangkang itu dapat dilaksanakan.

“Jumlah tersebut tidak lagi termasuk dakwaan anak syarikat itu turut menanggung beban hutang yang tinggi kepada Syabas.

“Kita minta agar Menteri Besar mendedahkan pendapatan, perbelanjaan serta tanggungan hutang sebenar KDEB setakat ini kepada rakyat.

“Jika benar KDEB ketika ini menghadapi masalah kewangan dan kemungkinan bankrap, ia merupakan satu keadaan memalukan bagi Abdul Khalid yang selama ini dianggap sebagai seorang tokoh korporat yang ‘bijaksana’ dalam bidang itu,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata, tidak salah membuat keputusan untuk menjaga kebajikan rakyat kerana ia sememangnya merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

Namun, kata beliau, sekiranya keputusan itu memberi kesan buruk kepada kerajaan negeri apatah lagi menyebabkan kerosakan kepada anak-anak syarikat yang ditubuhkan untuk memastikan pembangunan rakyat negeri itu, ia pastinya tidak bermakna apa-apa.

Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang turut mempersoalkan peranan sebenar Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengembangkan ekonomi di negeri itu termasuk kemajuan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.

Katanya, sehingga kini tidak ada satu pun perubahan atau sumbangan ekonomi negeri ini dilihat dilakukan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada kemajuan negeri ini.

Sebaliknya, jelas beliau, hanya pembaziran dilakukan oleh anak-anak syarikat negeri itu untuk perkara tidak berfaedah dan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat seperti dilaporkan berlaku kepada Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi media sebelum ini.

Malah, katanya, pengumuman Abdul Khalid semalam bahawa kerajaan negeri mencapai pelaburan RM5.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini merupakan hasil dasar pentadbiran Kerajaan Pusat yang berjaya memulihkan keyakinan pelabur selain bantuan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia.

Wednesday, November 24, 2010

PEMBOHONGAN PAKATAN SELANGOR

Klik Sini http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com

UMNO tumpu penduduk Melayu

RAWANG – Berikutan majoriti penduduknya hampir 100 peratus orang Melayu, UMNO Bahagian Selayang akan terus memberikan tumpuan mendekati masyarakat kawasan Kampung Melayu Batu 16, di sini.

Timbalan ketuanya, Datuk Subahan Kamal berkata, beliau tidak menafikan hak kaum lain, pihaknya cuma mahu membangkitkan keyakinan dan menunjukkan keikhlasan UMNO yang mahu terus membantu khususnya orang Melayu.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, tumpuan akan diberikan kepada kira-kira 1,000 penduduk Melayu di sini supaya mereka faham UMNO adalah parti yang memperjuangkan hak orang Melayu.

“Misalnya dalam program korban kali ini, ramai mempersoalkan mengapa masih mahu dianjurkan di Kampung Melayu 16 seperti tahun lalu. Tetapi saya lihat di sini 100 peratus adalah orang Melayu dan ramai pejuang tulen UMNO di sini.

“Tetapi, ada yang masih tidak faham, sebab itu kita tumpu memberikan fakta sebenar terlebih dahulu pada orang Melayu di sini supaya mereka memahami bahawa UMNO berjuang dan membantu orang Melayu,” katanya.

Subahan berkata demikian dalam program Majlis Ibadah Korban dan Jamuan Mesra Rakyat sumbangan Pejabat ADUN Taman Templer dikelolakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melayu Batu 16, di Medan Info Desa, di sini.

Hadir merasmikan program berkenaan ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor yang juga ADUN Sri Serdang, Datuk Dr Mohd Satim Diman, Pengerusi JKKKP Kampung Melayu Batu 16, Rosli Min serta Pengerusi JKKKP DUN Taman Templer. Dalam pada itu, Subahan melahirkan rasa hairan ada Melayu yang tidak menyokong UMNO, sedangkan sudah banyak pembangunan dan bantuan diberikan sejak 50 tahun lalu melalui parti itu.

“Justeru, kita berharap penduduk di sini bangkit semula, kerana jika kuasa di negeri ini tidak kembali semula pada Barisan Nasional (BN), Melayu sendiri yang susah.

Menurut Subahan, perkara penting buat masa ini adalah supaya orang Melayu bersatu kerana tindakan sedemikian akan diikuti oleh lain-lain kaum di negara ini.

Terdahulu katanya, program sama dirancang diadakan di Kampung Melaui Batu 16, bukan bertujuan mendabik dada, tetapi merasakan kawasan Melayu di situ mempunyai keistimewaan dan aktiviti diadakan perlu bagi merapatkan masyarakat.

Festival Memali buka pekung di dada Pas


AKHIRNYA atas kehendak Tuhan kebenaran muncul dengan sendiri. Festival Memali anjuran Pas bukanlah dibuat dengan jujur dan ikhlas. Ia dibuat bukan sangat hendak memperingati mereka yang terkorban, tetapi lebih untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan demi kepentingan politik Pas semata-mata.

Festival Memali kini membuka pekung di dada Pas apabila penulis buku bertajuk Mohd Sabu Air Mata di bumi Memali mendakwa bukunya disekat dan tidak dibenarkan dijual di festival berkenaan kerana buku itu mendedahkan segala penyelewengan dan salah laku pemimpin tertentu dalam Pas.

Penulis buku tersebut, CN Alafghani, mempersoalkan ke mana perginya wang Tabung Memali yang ditubuhkan oleh Pas selepas berlaku peristiwa Memali pada November 1985. Sesudah 25 tahun baru penyelewengan ini dibongkar. Pendedahan ini dihadiri sama anak Ibrahim Libya.

Jadi untuk apa sebenarnya festival itu diadakan kalau anak Ibrahim Libya sendiri turut bersama penulis buku itu mendedahkan segala penyelewengan Pas itu? Wang tabung itu adalah untuk anak yatim yang kematian ayah dan janda yang kematian suami dalam peristiwa Memali.

Sebagai parti Islam mereka patut tahu apa hukumnya memakan wang anak yatim dan ibu tunggal. Kalau penulis buku berkenaan bersedia untuk berdebat atau diambil tindakan undang-undang, ertinya pembongkaran ini bukan fitnah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) patut bertindak.

Rakyat mahu tahu siapakah petualang di belakang penyelewengan ini. Mereka juga ingin tahu wang Tabung Memali itu digunakan untuk apa? Kenapa yang berhak menerimanya dinafikan haknya? Hukum Islam apa yang mereka gunakan?

Memang benarlah Pas sebuah parti double standard. Kalau terjadi ke atas UMNO atau BN berebut-rebut pemimpin Pas hendak bercakap. Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri ia cuba dilindungi. Inikah yang dikatakan perjuangan Islam?

Kita harap tokoh-tokoh hebat Pas yang sering memburukkan UMNO dengan tuduhan rasuah, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa, silalah tampil untuk menunjukkan kejujuran dan ketelusan. Tak ada guna menutup bangkai gajah dengan tudung saja.

Khalid Samad, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Husam Musa, Idris Ahmad dan lain-lain pemimpin Pas yang mengaku hanya diri mereka saja bersih dan telus, tampillah membongkar penyelewengan ini. Buktikan anda adalah pejuang Islam sejati.

Friday, November 12, 2010

Padat didakwa menyeleweng



Kerajaan Selangor disifatkan tidak telus apabila gagal mengambil tindakan terhadap pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang didakwa melakukan penyelewengan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri, Abdul Shukor Idrus (BN Kuang), ini berdasarkan perbelanjaan perbadanan tersebut yang tidak mematuhi peraturan kewangan kerajaan negeri ketika menganjurkan Karnival Seni Budaya serta Majlis Pelancaran Padat pada Mei lalu.

Katanya, pada Mac lalu, mesyuarat Exco kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan untuk menganjurkan kedua-dua majlis itu sebanyak RM546,920 tetapi Ketua Pegawai Eksekutif Padat, Azlinda Azman telah membelanjakan sehingga RM899,485.50.

Malah, tambah Abdul Shukor, pengurusan Padat juga dikatakan membuat perbelanjaan yang tidak melalui proses kewangan melibatkan 14 kerja-kerja perbekalan bagi kedua-dua majlis itu.

"Amalan tidak mengikut prosedur kewangan kerajaan negeri yang dilakukan oleh pengurusan Padat adalah menerusi Bayaran Pendahuluan Pelbagai kepada pegawai-pegawai Padat berjumlah RM104,930.

"Sepatutnya bayaran bagi kerja-kerja yang ditawarkan itu dibuat dengan menggunakan Pesanan Tempatan (LO)," katanya ketika ditemui di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Beliau turut dimaklumkan bahawa amalan perbelanjaan tidak mengikut prosedur kewangan negeri itu jelas terbukti apabila minit mesyuarat Padat bertarikh 28 Jun 2010 dengan fail rujukan (21) dlm. LMS/W/118 menyatakan dengan jelas bahawa perbadanan itu diberikan peringatan mengenai amalan tersebut.

Menurut minit mesyuarat itu, ujar Abdul Shukor, terdapat beberapa kerja dan bekalan yang dilaksanakan terlebih dahulu tanpa menggunakan LO.

Beliau berkata, pengurusan Padat juga ditegur agar tidak mengulangi perbuatan itu dan sentiasa mematuhi semua prosedur serta tatacara kewangan yang sedia ada.

"Soal teguran atau tidak, tidak timbul, yang penting penggunaan peruntukan kerajaan negeri oleh Padat ini adalah melibatkan wang rakyat.

"Apakah kemungkinan wujud kepentingan peribadi oleh pihak-pihak tertentu dalam penganjuran karnival itu dan juga pelancaran Padat. Bagaimana kerajaan negeri memantau perkara ini," katanya.

Tuesday, November 9, 2010

Mesyuarat Kelab Sukan Komuniti DUN Kuang


Kuang,

Satu Mesyuarat Agung Kelab Sukan Komuniti DUN Kuang telah diadakan di perkalangan Pejabat ADUN Kuang yang dirasmikan sendiri oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN Kuang dan merupakan Pengerusi kepada Kelab ini.
Beliau berharap, Kelab Sukan Komuniti (KSK) dapat membantu golongan belia/beliawanis serta memastikan golongan ini sentiasa didedahkan kepada aktiviti yang sihat. Jika golongan belia ini minat kepada satu aktiviti yang boleh meningkatkan ekonomi mereka secara berkumpulan, kita bantu katanya.
Tahun ini sahaja sejumlah peruntukkan yang besar telah disalurkan kepada KSK, dan berbagai aktiviti telah dijalankan oleh Jawatankuasa. Saya harap Jawatankuasa juga perlu fikirkan satu aktiviti yang golongan belia/beliawanis suka dan bukannya Jawatankuasa suka..
KSK ini juga bukan kepada golongan belia/beliawanis melayu sahaja malah ia juga disasarkan kepada golongan belia.beliawanis kaum Cina dan India.


Sunday, October 31, 2010

UMNO cabar pecat Anwar

UMNO Selangor mencabar Kerajaan Selangor memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri berikutan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri itu yang mengalami defisit RM65.96 juta pada tahun lalu.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, Laporan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri yang mengalami defisit pada 2009 membuktikan Anwar gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan.

“Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan, ini memberi kesan buruk kepada rakyat Selangor dan membuktikan Pakatan Rakyat tidak mampu menjana ekonomi negeri ke arah yang lebih baik walaupun mempunyai penasihat ekonominya sendiri dan kononnya ditadbir menggunakan pendekatan korporat.

“Jika begini keadaan ekonomi dan kewangan Selangor, apa yang telah dibuat oleh Penasihat Ekonomi negeri (Anwar) ini sebenarnya. Adalah lebih elok pecat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Abdul Shukor juga tidak menolak kemungkinan kemerosotan kewangan Kerajaan Negeri berpunca daripada pengurusan yang tidak berhemah yang dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Katanya, Abdul Khalid seolah-olah ‘memperlekehkan’ laporan tersebut apabila menyatakan Ketua Audit Negara hanya mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2009 dan tidak melihat kedudukan kewangan negeri pada tahun ini yang didakwanya dalam keadaan yang positif.

“Apa yang cuba diputarbelit oleh Abdul Khalid ini dengan membuat kenyataan sedemikian. Adakah beliau lupa bahawa Laporan Ketua Audit Negara itu merujuk pada tahun 2009 dan bukannya 2010.

“Namun, kita melihat kenyataan Abdul Khalid ini hanya satu cubaan untuk ‘menutup malu’ pada mata rakyat kerana beliau telah gagal menguruskan kewangan negeri Selangor pada tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rabu lalu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan menafikan fakta Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri yang mengalami defisit pada tahun lalu.

Abdul Khalid kewangan kerajaan negeri tidak mengalami defisit sebaliknya menyatakan kewangan kerajaan negeri meningkat dan tidak lagi berada dalam kedudukan negatif pada tahun kewangan selepas 31 Disember 2009.

Malah, Abdul Khalid turut menyatakan kedudukan defisit kewangan Kerajaan Negeri tidak membimbangkan selain menganggap keadaan sedemikian adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana institusi kewangan.

Thursday, October 28, 2010

Bantahan DAP agenda cuba 'membutakan' rakyat



Tindakan DAP membantah keputusan Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 mungkin merupakan agenda parti itu untuk 'membutakan' rakyat mengenai asal-usul penubuhan negara ini.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus (gambar) berkata, sebenarnya tiada sebab DAP mahu mempertikaikan keputusan tersebut kerana ia bertujuan melahirkan generasi yang tahu asal-usul serta perkembangan negaranya sendiri.

Menurutnya, keputusan itu mempunyai rasional kerana penghayatan terhadap sejarah mampu meningkatkan jati diri serta semangat patriotisme di kalangan generasi muda.

''Tidak timbul isu UMNO menentukan segala-galanya kerana pengumuman itu adalah bersifat nasional. Yang menjadi persoalannya kenapa DAP begitu bersungguh-sungguh menentang keputusan ini.

''Apakah DAP mahu 'membutakan' rakyat khususnya generasi muda daripada memahami serta menghayati sejarah negara melalui penekanan mata pelajaran Sejarah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rasah daripada DAP, Loke Siew Fook pada satu sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam yang mempersoalkan keputusan itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Menurut Siew Fook yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), pengumuman Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sepatutnya dibawa ke Kabinet, bukannya menerusi perhimpunan parti itu.

Malah, Siew Fook turut melemparkan tuduhan bersifat melaga-lagakan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) apabila menyatakan kononnya UMNO sahaja yang menentukan dasar kerajaan kerana keputusan Muhyiddin itu dibuat tanpa melibatkan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain.

Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang berkata, kenyataan Siew Fook itu mungkin kerana DAP tidak mahu mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus.

Ini kerana jelasnya, sejarah negara hakikatnya melibatkan penglibatan serta peranan UMNO dan pemimpin daripada parti komponen BN dalam membentuk Persekutuan Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini.

Jelas beliau, sepatutnya DAP tidak perlu berfikiran negatif atau menjadikan keputusan itu sebagai isu politik kerana ia bertujuan memupuk perpaduan nasional di kalangan generasi muda.

''DAP tidak boleh memadamkan sejarah, tamadun serta peranan pemimpin terdahulu yang menjadi asas pembentukan negara ini. Generasi muda berhak dan harus mengetahui, memahami serta menghayati sejarah melalui penekanan pembelajaran di sekolah," ujarnya.

Friday, October 22, 2010

Majlis penyampaian kelulusan bantuan bagi penerima tahun 2009

Kuang 21 Oktober 2010,
Satu majlis penyampaian kelulusan bantuan oleh Majlis pembangunan Pertanian Parlimen Selayang (MPPP) yang diadakan di Pejabat ADUN Kuang dan disampaikan oleh YB Tuan Abdul Shukur Bin Hj.Idrus.
Majlis ini menyaksikan penerima-penerima berbagai kaum telah menerima sumbangan bagi meningkatkan sara hidup mereka dalam menjalankan perniagaan. Sumbangan berbentuk peralatan seperti bahan pembakar, bantuan benih ikan, bantuan baja,racun dan sebagainya.
Dalam ucapan beliau, kita harus berterima kasih, ibarat "orang memberi kita menerima, orang berbudi kita berbahasa", janganlah kita menjadi orang yang tidak mengenang budi, apa yang telah diberi tidak pernah kita berterima kasih. Kerajaan BN sedaya upaya memastikan rakyat dibela dengan apa cara sekalipun demi memastikan mereka juga merasai nikmat pembangunan negara. Peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan BN, ia digunakan sepenuhnya untuk membela rakyat. Hari ini, kita lihat apa yang kerajaan BN tidak bantu malah di DUN Kuang berbagai bantuan telah kita beri kepada masyarakat di sini tanpa melihat mereka itu menyokong kita atau tidak, kita beri bantu kepada orang PAS, orang PKR dan juga orang DAP.
katanya lagi,
Di Selangor, ada exco mereka mempertikaikan kerajaan pusat, tidak adil kerana duit bantuan kepada rakyat miskin tidak disalurkan kepada mereka, Saya nak kata, apa perlunya bagi kepada mereka, ini duit kita biarlah kita yang uruskan, mereka juga tidak memberi peruntukkan ADUN yang berjumlah RM500,000.00 kepada kita, malah mereka melantik wakil mereka disetiap DUN yang BN menang kepada orang mereka...tidapun kita pertikaikan.
Mereka sudah terdesak, berbagai cara serta isu yang cuba mereka mainkan dalam mengelirukan rakyat. Saya harap, masyarakat DUN Kuang tidak terpedaya dengan mainan mereka ini, saya merayu agar PRU ke-13, rakyat di DUN Kuang menolak mereka dan mengundi BN bagi memastikan BN berkuasa kembali di Selangor.
Kita (BN), buat kerja .., apa yang kita tidak bantu ... semuanya telah kita beri (Rakyat DUN Kuang)..Semoga rakyat DUN Kuang menjadi orang yang bersyukur dalam apa yang telah diberikan dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

Wednesday, October 20, 2010

Hanya pemimpin disukai dipilih calon pilihan raya

Ahli UMNO diingatkan supaya sentiasa dekat dan menjuarai permasalahan rakyat kerana hanya pemimpin yang disukai serta mempunyai potensi menang akan dipilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ingatan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi taklimat tertutup sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

“Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO menjelaskan, parti hanya akan memberi peluang kepada pemimpin yang disukai oleh rakyat dan mempunyai potensi untuk menang sahaja sebagai calon UMNO pada masa hadapan.

“Maknanya, mana-mana pemimpin yang berasakan dirinya boleh menang boleh memohon minta dicalonkan, tetapi kita hanya memilih calon yang boleh memberi kemenangan kepada parti,” katanya ketika diminta mengulas mengenai intipati Taklimat Presiden di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri juga menekankan supaya semua ahli parti sama ada di peringkat akar umbi mahu pun kepimpinan tertinggi memberi tumpuan khusus kepada program kemelayuan.

Menurutnya, Najib mahu UMNO sentiasa menjuarai isu-isu Melayu supaya parti teras dalam Barisan Nasional (BN) itu tidak dianggap sebagai meminggir agenda Melayu tetapi menegaskan pendekatan tersebut harus disesuaikan dengan senario sekarang.

“Kita harus menjuarai isu-isu Melayu kerana UMNO ini dibentuk demi orang Melayu, kita mahu rakyat sedar bahawa UMNO parti yang menjadi payung kepada Melayu tetapi ia harus dilaksanakan tanpa mengetepikan hak kaum lain.

“Ini kerana dalam sebuah negara demokrasi, kita harus memberi keadilan kepada semua kumpulan masyarakat walaupun teras perjuangan UMNO adalah Melayu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menambah, Perdana Menteri juga meminta supaya semua ahli UMNO melakukan muhasabah diri masing-masing dan bukannya saling berbalah sesama sendiri kerana ia tidak membantu memperkukuhkan parti.

Kata beliau, semua ahli UMNO perlu bersedia untuk menjayakan perubahan sama ada secara dalaman mahu pun luaran bagi memastikan parti itu sentiasa relevan.

Monday, October 18, 2010

Persiapan rancak UMNO hadapi perhimpunan



UMNO kini telah bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan perhimpunan agung parti itu yang bermula 19 hingga 23 Oktober ini.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh (gambar) berkata, segala persiapan berjalan lancar dan siap 100 peratus mengikut rancangan yang telah diatur bagi perhimpunan kali ke-64 itu.

Menurutnya, perhimpunan kali ini akan menyaksikan banyak perubahan, antaranya lokasi pentas utama yang diletakkan pada kedudukan lebih menarik.

"Kaedah dan perubahan tersebut adalah bagi menyuntik semangat baru serta menyemarakkan upacara menaikkan bendera yang bakal dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian perhimpunan itu nanti.

"Kini, dengan pelbagai perubahan dan kerjasama semua warga kerja yang terdiri daripada kakitangan ibu pejabat UMNO, kita telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perhimpunan kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas raptai penuh dan terakhir untuk sesi menaikkan bendera UMNO, raptai forum antarabangsa, raptai majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO dan persiapan beg-beg perwakilan bahagian, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ab. Rauf berkata, antara perubahan lain dilakukan adalah gerai-gerai yang dahulunya ditempatkan hanya di aras dua kini diasingkan yang mana aras dua hanya menempatkan gerai milik agensi korporat dan kementerian manakala gerai-gerai lain berada di aras tiga.

"Aliran pergerakan orang ramai, pelawat, pemerhati dan juga delegasi akan dibuat secara sehala, kedudukan dewan persidangan sayap telah diubah daripada konsep bilik darjah kepada centre stage untuk mendekatkan lagi para perwakilan dengan pemimpin sayap," katanya.

Dalam pada itu katanya, forum antarabangsa bertemakan Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang akan bermula Selasa ini bertujuan memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang mendahului dalam mengantarabangsakan kepimpinan Malaysia seterusnya menjadi contoh dan rujukan negara luar.

"Dalam masa yang sama, ia membuktikan keterbukaan UMNO untuk menerima pandangan bukan hanya daripada ahli-ahlinya malah turut melibatkan wakil parti luar negara," ujarnya.

Dekati kawasan pembangkang - PM



Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.

Perdana Menteri berkata, keutamaan perlu diberikan kepada usaha tersebut kerana sasaran UMNO adalah untuk mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Katanya, memang tidak dinafikan langkah itu akan menyebabkan pemimpin dan ahli UMNO terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran tetapi ia tidak harus mematahkan semangat mereka demi masa depan parti.

''Jangan fikir hendak cari jalan di kawasan selamat sahaja sebaliknya kita hendakkan kawasan yang lebih mencabar. Tidak kiralah sekiranya kita dikutuk, dititik dan diragut. Asalkan atas nama perjuangan kita tidak akan berundur tetapi kita terus mara ke hadapan.

''Saya hendak semangat ini. Jangan takut kerana kita akan jaga keselamatan semua. Walaupun kawasan pembangkang kita akan perjuangkan apa yang sepatutnya kita perjuangkan. Bahagian Ampang inilah antara kawasan yang kita harapkan akan kembali ke pangkuan BN,'' katanya.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Skuad Sayang 1Malaysia di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Dalam perkembangan berkaitan Najib yang juga Presiden UMNO memuji usaha Wanita UMNO menggerakkan Skuad Sayang 1Malaysia di kawasan pembangkang seperti mana program yang diadakan di Ampang hari ini walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran.

Sementara itu, beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat perlu diberitahu bahawa segala perubahan serta setiap program yang memberi faedah kepada mereka adalah datang daripada usaha kerajaan BN.

''Selama ini BN tidak terlalu menggambar gemburkan program-program yang memberi faedah kepada rakyat. Tidak seperti pembangkang buatnya tidak seberapa riuhnya sekampung.

''Kita buat jasa setinggi gunung namun orang kurang kenang jasa kita. Oleh itu sudah sampai masanya kita beritahu kepada rakyat jelata bahawa yang membuat perubahan, yang berjasa kepada rakyat dan yang berbudi kepada rakyat ialah parti kita BN,'' katanya.

Sebagai contoh, katanya, langkah kerajaan melanjutkan program pemberian elektrik percuma RM20 kepada sejuta pengguna yang layak.

''Di Selangor baru ada program beri air percuma sudah riuh satu negeri sedangkan kita telah buat lebih daripada itu,'' katanya.

Dalam ucapannya, Najib juga menyentuh mengenai kepentingan BN dan UMNO menjaga hati nurani rakyat secara keseluruhan.

''Kita perlu menjadi parti yang disenangi oleh semua rakyat jelata dan bukan hanya melihat soal dalaman atau kumpulan kita sahaja kerana kita harus sedar dalam amalan demokrasi berparlimen rakyat jelata yang akan mendokong kejayaan kita,'' ujar Najib

Mengenai pembentangan Bajet 2011, beliau berkata, asasnya adalah kesejahteraan rakyat.

''Atas sebab itu, di dalam bajet tersebut saya cuba memasukkan kepentingan semua pihak dalam usaha kita untuk mensejahterakan rakyat. Antara langkah kita menaikkan elaun imam, ketua kampung dan guru KAFA.

''Begitu juga langkah kita memperkenalkan skim pemilikan rumah pertama untuk golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah,'' katanya lagi.

Monday, October 11, 2010

Rahimi Cabar PKR Ambil Tindakan Ahli ‘Samseng’ Kacau Sidang Media

Muhamad Rahimi Osman hari ini mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk segera mengambil tindakan terhadap ahlinya yang berlagak seperti samseng bagi menghalangnya daripada membuat sidang media selepas membuat dua laporan polis di IPD Klang Rabu lalu.

Tegasnya jika benar dakwaan kepimpinan PKR bahawa orang yang membuat kacau sewaktu sidang media yang dibuat baru-baru ini bukan dihantar oleh mereka, maka PKR sebagai sebuah parti yang mendokong kebenaran, hak asasi, kebebasan bersuara dan keadilan harus mengambil tindakan tersebut.

”Mengapa perlu ada gangguan ketika saya hendak bercakap di sidang media dan kenapa ada pihak yang takut dengan apa yang saya nak cakap? Mereka boleh buat sidang akhbar, tiada siapa yang nak ganggu. Tapi bila saya nak buat sidang akhbar saya telah diganggu?

“Mana kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PKR selama ini? Walau bagaimanapun, saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak sebagai dalang insiden buruk yang berlaku kelmarin,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan kekecewaan dengan sikap ahli-ahli dan pemimpin PKR kerana mereka tidak habis-habis menuduh orang yang tidak bersetuju dengan mereka dibayar dan dibeli.

“Setiap manusia mempunyai maruah diri, bukan mudah semua orang nak dibayar dan dibeli. Anwar Ibrahim bukan maksum, begitu juga dengan pemimpin yang lain. Maka, sesiapa sahaja berhak untuk mengkritik atau menegakkan kebenaran.

”Saya tidak berminat untuk sebarang permainan atau percaturan politik mana-mana pihak. Saya cuma membuat laporan ini bagi membetulkan kesilapan yang pernah berlaku dahulu. Saya juga risau jika akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini akan digunakan untuk memfitnah Dato Seri Najib dan Isteri.

“Baik atau buruk Perdana Menteri, kita tidak boleh menuduh apa yang dia tidak lakukan. Kita tidak boleh menuduh seorang yang baik seperti Imam contohnya melakukan sesuatu yang tidak dilakukan, begitu juga kalau seorang pencuri, walaupun dia pencuri, tetapi dia tidak merogol, maka kita tidak boleh menuduh dia merogol,” ujarnya.

Manfaat Peluang Hadiri Perhimpunan Agung UMNO

Kesempatan serta peluang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan setiap tahun harus dimanfaatkan sepenuhnya sejajar dengan tujuan diadakan dan bukannya sekadar sebagai atur cara tahunan parti.

Ketua Puteri UMNO Bayan Baru, Noor Aeiza Hassan, berkata mereka yang hadir perlu menghayati dan mengambil perhatian setiap apa yang dibahaskan pada setiap kali perhimpunan diadakan kerana ia adalah medan untuk membincangkan nasib dan masa depan orang Melayu.

“Kita tidak tahu apakah mereka yang hadir itu sekadar memenuhi syarat atur cara parti atau suka-suka untuk bertemu rakan ataupun jalan-jalan mengikut rombongan yang diatur oleh pemimpin parti terutama di peringkat bahagian.

“Tidak dinafikan, tidak semua orang berpeluang untuk menghadirinya, oleh itu kita harus manfaatkan peluang yang diberi, apa yang dibahaskan itu perlu diberi perhatian kerana mungkin boleh digunakan untuk memperkukuhkan parti terutama dalam mengahadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika dihubungi UMNO-online.

Menurutnya, ketika perhimpunan itu banyak perkara yang dibahaskan oleh perwakilan dari seluruh negara dari pelbagai peringkat kepimpinan yang banya menjurus kepada perkara membabitkan orang Melayu dan perjuangan parti.

“Apa yang sering berlaku, perkara yang dibahaskan atau dibincang ketika perhimpunan sekadar di situ sahaja, tiada tindakan susulan dilakukan bukan sahaja peringkat pemimpin malah di kalangan mereka yang hadir.

“Adalah suatu yang merugikan apa yang kita bincang tidak ada tindakan susulan, kerana apa yang diperkatakan itu adalah banyak menyentuh nasib kita sebagai orang Melayu dan perjuangan parti yang semakin hari semakin banyak cabaran dihadapi,” katanya.

Noor Aeiza berkata, jangan jadikan perhimpunan yang diadakan setiap tahun adalah tempat sekadar untuk perbahasan atau menghentam mana-mana pihak dan akhirnya perkara itu berakhir seperti mana berakhir perhimpunan itu.

“Jadikan perhimpunan ini sebagai suatu medan yang benar-benar memberi perubahan dan manfaat supaya menjadi contoh kepada generasi muda seperti kami untuk meneruskan perjuangan parti bukannya sekadar tempelan,” katanya. - MediaUMNO.

Ladang Rakyat: Pas Tak Habis-Habis Jual Temberang

Assalamualaikum

Semua tahu Pas pakar menabur janji palsu. Kosong!.

Tapi masih ramai yang terpedaya dengan mulut manis tetapi berbau hanyir pemimpin-pemimpin mereka. Terpedaya dengan sogokan Syurga, bulan, roket.

Mari kita lihat, dalam pilihanraya kecil Galas nanti, apa pula janji meloyakan Pas selain undi Pas masuk Syurga!

Macam syurga neraka itu penjaga pintunya ialah Pas. Tunjuk kertas undi Pas, tiket masuk syurga…kalau tidak dihumbang ke neraka. Masyaallah.

Kerajaan Pas Kelantan janji akan buat Ladang Rakyat, kononnya untuk membantu rakyat. Tapi lihat apa hasilnya. Bukan rakyat dapat nikmat tetapi ia sekadar menutup kerakusan menebang balak! Rakyat dapat HamPaS.

Tanyalah penduduk Galas. Minta Orang Asli tunjukkan bagaimana hutan gondol dikerjakan oleh puak-puak yang memiliki nafu serakah yang rakus.

Apa Orang Asli dapat. Apa rakyat dapat…. Tak habis-habis jual temberang. Cukup-cukuplah tuuu.

Pas berjanji macam ibarat buat mee segera. Semua boleh kalau undi Pas. Tapi Pas lupa, masak mee segera dan buat ladang rakyat tak sama.

Ladang Rakyat tak boleh siap dalam tiga minit. Rakyat tahu Pas banyak gula-gulakan mereka. Banyak buat janji kosong. Sebab itu simbol parti pun bulat…kosong.

Wahai pengundi dan penduduk Galas terutama di Pos Brooke di Lojing, tolong jangan lagi terpedaya dengan lakonan Pas dan rakan gerombolannnya.

Pilih dan undilah kerajaan BN yang terasnya UMNO. Kerajaan yang mendahulukan rakyat , mengutamakan prestasi. Kerajaan Membela Rakyat!.

Hindraf Melampau, Biadap, Persoal Titah Sultan Johor



Kenyataan Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy yang mempertikai titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah kemuncak kebiadapan pertubuhan haram itu.

Kenyataan Hindraf dalam Free Malaysia Today semalam, tidak ubah seperti kenyataan Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga telah diharamkan.

Kenyataan Hindraf dalam laman web Free Malaysia Today mengkritik kenyataan Sultan Johor yang mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mempersoalkan kuasa raja dan mempertikaikan hak serta keistimewaan orang Melayu merupakan satu kebiadapan yang melampau.

Titah Sultan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak dan mereka yang terlibat disifatkan seperti golongan tidak berfikiran.

Dalam sistem negara kita ini, Sultan adalah payung negeri manakala Yang di-Pertuan Agong adalah payung negara. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua negara ini di mana-mana negara pun orang tidak pernah dipertikaikan.

Kalau perkara macam ini berlaku di Thailand, hari ini buat, hari ini juga ditangkap tetapi di negara ini nampaknya perkara begini semakin menjadi-jadi sehingga kemuliaan institusi raja pun dipertikaikan.

Jangan biarkan institusi raja tercemar, dipermain dan diperlekehkan oleh golongan yang tidak beradab itu.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kenyataan Waytha tersebut bukan sahaja kurang ajar, malahan menunjukkan dia langsung tidak mempunyai semangat sebagai seorang warganegara Malaysia.

“Sejak pembinaan negara ini oleh datuk, nenek dan moyang kita dahulu, semua rakyat telah bersetuju untuk memperakui ketetapan Rukun Negara yang salah satunya menyebut tentang Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, jadi Waytha nampaknya memang melangkaui batas.

“Justeru saya amat berharap supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atasnya walaupun kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan United Kingdom.

“Pada masa sama, saya menyeru rakyat Malaysia supaya memencilkan individu dan pertubuhan seperti Waytha serta Hindraf kerana jelas bertujuan memporakperandakan negara,” tegasnya.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail juga sependapat dengan Mohamed Maliki dan menyifatkan kenyataan Waytha itu sangat melampau dan amat kurang ajar.

“Kami (GMP) menggesa supaya hukuman setimpal dikenakan ke atas Hindraf atas kebiadapan ini.

“Pada masa yang sama, GMP juga berharap agar insiden yang tidak diingini ini akan memberi amaran kepada orang Melayu supaya lebih bersatu pada masa depan bagi mengelak pihak lain seperti Hindraf mengambil kesempatan,” ujar beliau.

Orang PAS pun dah tak yakin dengan perjuangnya

Ahli Pas bantah naik tarif air!

Sekumpulan ahli Pas hari ini menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang berkuatkuasa 1 Oktober lalu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kumpulan yang bertindak atas nama Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air itu berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman.

Wakil kumpulan itu, Abdullah Hashim berkata, memorandum tersebut mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air kerana ia menjejaskan kehidupan rakyat di negeri ini khususnya golongan miskin.

Katanya, Menteri Besar juga diminta supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat.

Mereka juga mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan kerana gagal memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah apabila tarif air dinaikkan antara 25 hingga 44 peratus.Turut sama dalam bantahan itu ialah bekas Setiausaha Kerja Pas Kedah, Md. Noor Abd. Rahman dan bekas Ketua Pemuda Pas Kedah yang juga bekas Setiausaha Pas Kawasan Jerai, Mohd. Najib Fahami Yahya.

Sementara itu, Azizan ketika mengulas mengenai bantahan itu mengakui tindakan tersebut dilakukan oleh ahli Pas dan tidak didalangi oleh parti lawan. Bagaimanapun kata beliau, tindakan tersebut tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli lain kerana kumpulan tersebut dikenali sebagai golongan yang sering menimbulkan masalah sehingga ditolak oleh kepimpinan Pas di kawasan berkenaan.

Azizan menjelaskan, kumpulan tersebut hanya mewakili diri sendiri, bukannya keseluruhan rakyat negeri Kedah.

UM Online

Tuesday, October 5, 2010

Kenyataan Azmin tidak cerminkan akhlak yang baik

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang menggambarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad 'tersungkur' sebagai tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai akhlak yang baik sebagai seorang pemimpin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan Azmin terhadap bekas Perdana Menteri itu juga menunjukkan kepimpinan PKR mengetepikan nilai kemanusiaan dan amat bercanggah dengan adab sopan rakyat negara ini.

"Kenyataan itu sebenarnya bercanggah dan tidak seharusnya timbul kerana kita patut menghormati (bekas Perdana Menteri), tak tahulah kalau itulah nilai kepimpinan PKR yang tak mahu beri penghormatan.

"(Tindakan mereka) hanya untuk kepentingan politik sahaja.., kalau dilihat (dari) sudut politik, (mereka) boleh menghalalkan segala-galanya.

"Tetapi kita sebagai manusia, ada nilai, ada akhlak, ada moral dan ada penghormatan serta penilaian sewajarnya diberikan kepada seorang negarawan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pelancongan Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), Talib Rifai.

Semalam ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak, Azmin menyifatkan Dr. Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia sebagai pemimpin yang sedang 'tersungkur' di negara itu.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau memberi sindiran itu kerana kedegilan bekas Perdana Menteri yang bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang didakwa memperjuangkan agenda perkauman sempit.

Sementara itu, menurut Muhyiddin, sebagai negarawan ulung yang banyak berjasa kepada negara, semua pihak harus menghormati bekas Perdana Menteri itu.

Malah katanya, semua pihak juga seharusnya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Dr. Mahathir.

"Tun Mahathir adalah seorang negarawan ulung yang sudah banyak berjasa kepada negara, apa pun pandangan beliau mengenai pelbagai perkara, kita sebagai rakyat mesti memberi penghormatan.

"Kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan supaya beliau cepat sembuh dan dapat balik semula bagi beri khidmat kepada negara dalam kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri," ujarnya.

Nik Aziz perlu betulkan akhlak pemimpin Pas



UMNO Selangor mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membawa kembali UMNO Selangor mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membawa kembali ahli dan pemimpin parti itu kepada ajaran Islam sebenar daripada memberi tumpuan kepada soal memilih calon tidak merokok untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, pemilihan calon bukan perokok bukanlah satu perkara yang perlu diutamakan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Sebaliknya, kata beliau, Nik Abdul Aziz perlu melihat semula akhlak sebilangan besar pemimpin dan ahlinya yang sering melakukan fitnah dan memaki hamun pihak yang tidak selari dengan agenda politik Pas.

Katanya, tingkah laku sedemikian dilihat banyak kali berlaku di dalam ceramah politik yang dianjurkan oleh parti itu termasuk di negeri ini.

''Saya bukan menyokong amalan merokok tetapi untuk meningkatkan imej Islam, saya rasa ada perkara yang lebih penting iaitu menghentikan budaya fitnah dan memaki hamun yang dilakukan pemimpin Pas.

''Apakah Nik Aziz tidak melihat atau buat-buat tak nampak akhlak sebilangan pemimpin mereka ketika berceramah. Adakah amalan fitnah, maki, menuduh pihak lain tanpa usul periksa ini dapat meningkatkan imej Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz Sabtu lalu yang menegaskan tidak akan mencalonkan perokok untuk mewakili parti itu pada pilihan raya kecil DUN Galas.

Menurut Nik Abdul Aziz, calon perokok tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan kerana menurutnya, amalan merokok boleh merosakkan segala-galanya sama ada dari segi kesihatan mahupun imej Islam parti itu.

Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz menyifatkan perokok boleh menjatuhkan imej Islam, beliau seharusnya mengharamkan terus ahli serta pemimpinnya daripada merokok.

Malah, katanya, kenyataan Nik Abdul Aziz berhubung soal calon tidak merokok mungkin berpunca daripada ketidakyakinan Pas untuk mempertahankan DUN Galas lebih-lebih lagi UMNO sedia mempertimbangkan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon.

''Mungkin Pas kurang yakin akan kemampuan mereka dalam pilihan raya kecil ini. Sebab itu timbulnya kriteria calon seumpama itu (bukan perokok) dengan memainkan sentimen dan imej agama bagi menarik sokongan pengundi.

''Malah, Nik Abdul Aziz sendiri dilihat seolah-olah tertekan apabila menyifatkan cadangan menamakan Tengku Razaleigh sebagai calon Barisan Nasional (BN) di DUN Galas kononnya tidak wajar kerana ia merendahkan darjat pemimpin itu," ujarnya.hli dan pemimpin parti itu kepada ajaran Islam sebenar daripada memberi tumpuan kepada soal memilih calon tidak merokok untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, pemilihan calon bukan perokok bukanlah satu perkara yang perlu diutamakan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Sebaliknya, kata beliau, Nik Abdul Aziz perlu melihat semula akhlak sebilangan besar pemimpin dan ahlinya yang sering melakukan fitnah dan memaki hamun pihak yang tidak selari dengan agenda politik Pas.

Katanya, tingkah laku sedemikian dilihat banyak kali berlaku di dalam ceramah politik yang dianjurkan oleh parti itu termasuk di negeri ini.

''Saya bukan menyokong amalan merokok tetapi untuk meningkatkan imej Islam, saya rasa ada perkara yang lebih penting iaitu menghentikan budaya fitnah dan memaki hamun yang dilakukan pemimpin Pas.

''Apakah Nik Aziz tidak melihat atau buat-buat tak nampak akhlak sebilangan pemimpin mereka ketika berceramah. Adakah amalan fitnah, maki, menuduh pihak lain tanpa usul periksa ini dapat meningkatkan imej Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz Sabtu lalu yang menegaskan tidak akan mencalonkan perokok untuk mewakili parti itu pada pilihan raya kecil DUN Galas.

Menurut Nik Abdul Aziz, calon perokok tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan kerana menurutnya, amalan merokok boleh merosakkan segala-galanya sama ada dari segi kesihatan mahupun imej Islam parti itu.

Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz menyifatkan perokok boleh menjatuhkan imej Islam, beliau seharusnya mengharamkan terus ahli serta pemimpinnya daripada merokok.

Malah, katanya, kenyataan Nik Abdul Aziz berhubung soal calon tidak merokok mungkin berpunca daripada ketidakyakinan Pas untuk mempertahankan DUN Galas lebih-lebih lagi UMNO sedia mempertimbangkan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon.

''Mungkin Pas kurang yakin akan kemampuan mereka dalam pilihan raya kecil ini. Sebab itu timbulnya kriteria calon seumpama itu (bukan perokok) dengan memainkan sentimen dan imej agama bagi menarik sokongan pengundi.

''Malah, Nik Abdul Aziz sendiri dilihat seolah-olah tertekan apabila menyifatkan cadangan menamakan Tengku Razaleigh sebagai calon Barisan Nasional (BN) di DUN Galas kononnya tidak wajar kerana ia merendahkan darjat pemimpin itu," ujarnya.