Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Wednesday, January 12, 2011

Menyalak Cari Salah Orang Memang Perangai Pembangkang



UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak lagi perkara berfaedah untuk dilakukan bagi membela rakyat daripada mengikut rentak politik haru biru pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus berkata seperti kelaziman pakatan pembangkang akan melencongkan apa juga isu kepada UMNO dan BN terutama apabila mereka tersepit dalam tindakan yang mereka lakukan.

Justeru beliau mengingatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad agar tidak membuat tuduhan melulu terutama dakwaan kononnya UMNO yang menjadi dalang kepada pemasangan sepanduk yang menyentuh institusi diraja Selangor yang dikesan dipasang di bandar raya ini baru-baru ini.

“Ingat kita takde kerja ke macam mereka…siang malam, pagi petang main politik. Kita ada banyak lagi tugas untuk mendampingi dan membantu rakyat daripada melakukan kerja tidak beretika sedemikian.

“Ini memang perangai pembangkang jika ada perkara yang buruk mereka akan dakwa ia dilakukan oleh UMNO seolah-olah mereka itu malaikat dan sentiasa betul. Kalau UMNO bagi bantuan ke, duit ke, mereka kata itu rasuah tapi kalau mereka bagi, duit itu dikira zakat,” katanya ini hari ini.

Tegas beliau lagi kerja pakatan pembangkang memang mudah yang baik mereka mengaku tapi yang buruk tolak pada BN.

“Inilah kerja mereka selama lebih dua tahun memerintah….cari untung peribadi dan cari salah BN untuk tutup kelemahan diri”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan Ahli Parlimen pakatan pembangkang, Khalid Samad bahawa UMNO yang bertanggungjawab bagi pemasangan sepanduk yang menyentuh institusi diraja Selangor yang dikesan dipasang di sekitar bandar raya ini.

Pada sepanduk yang tertera perkataan “Di manakah Keadilan Sultan Dalam Isu Pemilihan SUK?, Siapa lebih Berhak” dan “Raja Adil Raja Disembah dan Raja Zalim Raja Disanggah” itu turut tertera lambang DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta perkataan “Biro Penerangan Parti Keadilan Negeri Selangor.

Menafikan sepanduk itu dipasang oleh parti pakatan pembangkang berkenaan, Khalid berkata: “Ini tindakan terdesak orang UMNO”.

Beliau juga mendakwa tujuan UMNO memasang sepanduk itu ialah untuk melaga-lagakan kerajaan pakatan pembangkang dengan institusi diraja Selangor.

Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuang seterusnya berkata sepatutnya kerajaan pakatan pembangkang yang mengambil alih Selangor daripada BN menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri dan bukannya sibuk berpolitik dan membuat ceramah ke hulu ke hilir.

Sementara itu, mengenai cabaran Khalid supaya kesemua 20 Anggota Dewan Undangan Negeri dari BN menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri yang dijadual 24 Jan ini bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan semula kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, beliau berkata: “Kalau undang-undang yang ada sudah baik buat apa nak diubah”.

Beliau berkata pindaan itu sebenarnya lebih kepada untuk mengembalikan kuasa kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah masih lagi mempunyai kuasa kerana kalau tidak masakan Jabatan Perkhidmatan Awam meminta perkenan baginda dalam pelantikan SUK yang baru”, katanya.

No comments:

Post a Comment