Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, January 11, 2011

“Janji 100 Hari”, Apa Pula Cerita Janji PRU 12!



Pemuda UMNO menyifatkan janji 100 hari pakatan pembangkang tidak lebih sekadar gula-gula politik dalam usaha meraih sokongan rakyat bagi memastikan impian mereka untuk menawan Putarajaya pada pilihan raya umum nanti menjadi realiti.

Exconya Mohamad Suffian Awang melihat jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap apa yang diutarakan oleh pembangkang itu amat tepat selain memberi penjelasan yang jelas kepada rakyat untuk membuat penilaian.

“Matlamat pembangkang ini sebenarnya satu sahaja iaitu‘mengula-gulakan’ rakyat bagi membolehkan cita-cita merampas Putrajaya tercapai dan memenuhi impian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Soal sama ada apa yang dicanang itu mampu dilaksanakan atau tidak ianya soal kedua. Apa yang penting rakyat perlu ‘ditipu’ dengan sebaik mungkin demi meraih kuasa. Parti-parti pembangkang ini hanya ingin memberi gambaran melalui janji-janji tersebut kononnya merekalah pilihan terbaik dan ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin negara.

“Tetapi perlu diingat….apa yang berlaku sejak Mac 2008 apabila pembangkang mempunyai kuasa memerintah di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Berapa banyak manifsto yang tertunai,” soalnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

Suffian yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuantan seterusnya menegaskan pembangkang perlu berpijak di bumi nyata dan bukannya sekadar melaungkan apa yang terbaik untuk rakyat.

Katanya dengan pelbagai kemelut di Selangor, ditambah pula dengan Menteri Besar serta tidak tahu di Kedah, Ketua Menteri yang kononnya ala “Kahalifah Umar Abdul Aziz” di Pulau Pinang, apakah kejayaan pembangkang di negeri terbabit sehingga hari ini.

“Itu tidak masuk lagi negeri Kelantan yang telah sekian lama di perintah oleh Pas. Sepatutnya konvensyen mereka baru-baru ini membincangkan apakah manifesto yang belum lagi ditunaikandan senaraikan apakah janji-janji yang telah ditabur dan berapa peratuskan yang telah berjaya dilaksanakan.

“Ini tidak….Belum lagi tertunai janji lama dah wujud pula janji baru. Baru dalam penggal pertama memerintah sudah pelbagai masalah timbul dalam kerajaan-kerajaan pakatan pembangkang hari ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, dalam usaha dan pelbagai perancangan yang dilaksanakan oleh BN, pembangkang nampaknya lebih banyak menawarkan fantasi kepada rakyat.

“Sewajarnyalah kita bertanya kepada diri kita apakah motif utama pembangkang menawarkan janji sedmeikian rupa. Apakah uianya benar-benar untuk rakyat negara ini atau hendak menyelamatkan pakatan pembangkang yang kian rapuh,” katanya.

Hasil konvensyen pakatan pembangkang baru-baru ini, ianya mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Selain itu, pembangkang berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

No comments:

Post a Comment