Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Thursday, January 27, 2011

Tindakan Pas Doa Sesama Islam "Hancur" Adalah Memalukan



Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Mohd Ismail Mohd Syah menyifatkan tindakan Pas menaikkan kain rentang mendoakan keburukan UMNO adalah satu tindakan yang tidak wajar dan ianya bukan sifat seorang yang beragama Islam.

“Tindakan mereka ini tidak beradap. Ini ke parti yang memperjuangkan Islam? Ini ke cara orang Islam? Ini semua jelas tersimpang jauh dari tuntutan agam Islam. Islam menganjurkan sikap yang baik dan berdoa untuk kesejahteraan, bukan untuk mendatangkan bala, lebih-lebih lagi sesama Islam.

“Saya rasa sedih dan pelik, seorang yang berpengetahuan luas tentang agama, boleh mendoakan yang tak baik. UMNO tidak pernah berdoa yang buruk untuk Pas. Semasa Nik Aziz terlantar di hospital, Perdana Menteri datang melawat walaupun berlainan fahaman politik. Ini baru betul. Malulah orang Pas ni,” ujarnya dengan nada kesal.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu Pas yang menaikkan kain rentang dan meminta orang ramai berdoa agar Allah menurunkan bala kepada UMNO semata-mata ingin meraih undi di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Walaupun saya ini bukan alim ulama, tetapi sebagai seorang yang beragama Islam dan percaya kepada kitab yang sama, menyembah Tuhan yang sama, seharusnya kita tahu tentang adab sopan berdoa. Jangan sampai menggadaikan maruah Islam hanya untuk kepentingan diri,” katanya lagi.

Menurut Ismail, kini jelas terbukti UMNO sahaja yang benar-benar parti politik yang telus dan sentiasa memperjuangkan agama Islam dengan baik dan telus. Tiada kompromi tentang agama.

“Saya benar-benar tidak faham dengan sikap Pas. Nama sahaja memperjuangkan Islam tetapi sikap dan tingkah laku mereka amat bercanggah. Sudah lah sering bersikap ganas dan kini cuba memperlekehkan agama pula,” ujarnya.

Beliau amat berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap perkara ini. Baginya, kempen Pas ini amat keterlaluan dan ianya tidak patut dibiarkan.

“Kempen seperti ini bukan sahaja tidak patut, malah memalukan agama Islam sebagai agama rasmi Negara. Saya amat berharap, SPR akan memandang serius perkara ini,”

No comments:

Post a Comment