Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, February 8, 2011

Kerajaan Selangor Ditegur



UMNO Selangor menyifatkan kerajaan Selangor cuba menyalahgunakan wang rakyat dengan membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafei yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menghasut.
Ketua Penerangannya, Abdul Shukur Idrus berkata, tindakan itu dilihat tidak bertanggungjawab kerana peruntukan kerajaan negeri seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya individu.
Ini kerana, katanya, tuduhan mahkamah ke atas Shuhaimi adalah akibat tindakan peribadi yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan dan bukannya melibatkan kepentingan ataupun mewakili negeri atau rakyat selangor.
Tindakan membiayai kos perundangan Shuhaimi oleh kerajaan negeri itu juga merupakan satu perbelanjaan sia-sia dan membazirkan wang rakyat. Apakah rasional kerajaan negeri hendak gunakan wang rakyat untuk tujuan itu.
Apakah pentingnya kerajaan negeri untuk membiayai perkara ini, adakah ia memberi manfaat kepada rakyat.
Rakyat selangor harus buka mata dan sedar ." Inilah permainan kerajaan selangor di bawah PR, hanya mementingkan individu bukannya kepentingan rakyat".

No comments:

Post a Comment