Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Monday, January 10, 2011

YB Abdul Shukur merasmikan mesyuarat Agong Tabika KEMAS



YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus yang merupakan ADUN Kuang telah merasmikan mesyuarat Agong pertama Tabika KEMAS MAPLE di Blok 14 Bandar Tasik Puteri Rawang. Tabika KEMAS MAPLE yang mula beroperasi pada tahun ini merupakan Tabika KEMAS yang ke-3 ditubuhkan di Bandar Tasik Puteri.
Beliau juga berharap agar banyak lagi Tabika KEMAS ditubuhkan di Bandar Tasik Puteri memandangkan ia merupakan kawasan perumahan yang besar. Adanya Tabika KEMAS ini, ia dapat membantu mereka yang berkemampuan rendah serta yang memerlukannya.
KEMAS bukan sahaja membimbing anak-anak, malah ia juga berfungsi sebagai tempat kemasyarakatan bagi masyarakat setempat. Berbagai aktiviti boleh dilakukan selagi ia tidak menjejaskan keharmonian masyarakat setempat.
Kelahiran Tabika KEMAS MAPLE ini diharapkan ia benar-benar berperanan serta memberi impak yang berguna kepada masyarakat serta anak bangsa. Beliau juga berharap AJK yang akan dilantik biarlah berperanan serta seiring dengan beliau agar KEMAS ini benar-benar berfungsi.
Janganlah masyarakat beranggapan pendidikan di Tabika KEMAS ini tidak ke mana, malah ramai di kalangan kita dulu merupakan anak didik dari Tabika KEMAS, sehingga ada diantaranya yang telah berjaya. Tabika KEMAS yang dilahirkan oleh Kerajaan BN di bawah Kementerian Luar Bandar, yang berperanan mengenalkan huruf-huruf kepada anak-anak kita di peringkat awal lagi.
Jadi di sini, ambillah kesempatan menghantar anak-anak ke Tabika KEMAS agar anak-anak ini didedahkan dengan pendidikan awal. Kita kena faham bahawa kos yang dikenakan amat terlalu murah, jika dibandingkan dengan Taska-taska persendirian yang sedia ada.
Kita sebagai masyarakat harus juga membantu, tak kiralah samada sebagai Jawatankuasa atau sebaliknya dalam membangunkan Tabika KEMAS...katanya.

No comments:

Post a Comment