Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Monday, February 21, 2011

Kalaulah Anwar Masih Berada Dalam UMNO, BN…

Kalaulah manusia bernama Anwar Ibrahim ni masih bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional dan dia pulak menghadapi tuduhan meliwat bontot si Saiful Bukhari. Apakah reaksi yang akan diberikan oleh puak-puak Pakatan Haram serta gerombolan pengikut-pengikutnya?

Bagaimana pulak dengan komen-komen dari lebai-lebai kangkung didalam parti cap bulan terhadap imej serta kredibiliti Anwar untuk menjadi pemimpin? Dan bagaimana pulak dengan penerimaan pemimpin-pemimpin kiasu serta cauvinist parti roket?

Penulis pasti tak akan ada seorang pun individu di dalam gerombolan Pakatan yang nak terima Anwar Ibrahim bersama mereka. Apa lagi nak iktiraf Anwar sebagai pemimpin Anugerah Tuhan. Itu semua kalau Anwar masih bersama didalam kelompok kerajaan lahh…

Tapi sekarang ni Anwar Ibrahim sudah ditolak dari barisan kepimpinan kerajaan kerana didakwa melakukan perkara keji yang tak boleh diterima oleh agama. Anwar juga diberikan seluas-luasnya ruang untuk membela diri dan membuktikan dia tak bersalah di mahkamah. Itu penulis rasa sudah cukup adil bagi Anwar.

Yang menjadikan kisah Anwar Ibrahim ni cukup pelik ialah, bagaimana Pas dan Pakatan yang nakkan sebuah negara yang makmur tapi memilih orang yang masih belum berjaya membuktikan dia tak bersalah di mahkamah sebagai Ketua Umum mereka.

Pas yang selama ini mendakwa kumpulan mereka berimejkan Islam, sanggup pulak memilih seorang manusia yang dituduh melanggar hukum Islam sebagai seorang pemimpin tertinggi di dalam usaha menubuhkan kerajaan yang baru di dalam negara. Bukankah itu sesuatu perkara yang amat pelik bin ajaib?

Dah ramai saksi yang tampil di dalam salahlaku Anwar. Dan ramai juga yang buat persepsi mengenai perangai sebenar Anwar di sebalik imej waraknya. Tapi mengapa Pas serta para pengikutnya tak percaya manusia biasa seperti Anwar juga tak terlepas dari melakukan kesalahan?

Anwar telah dipenjarakan di atas kesalahan salahguna kuasa dan dia bernasib baik sebab terlepas dari dakwaan liwatnya yang pertama atas faktor teknikal. Dan seperti yang kita semua tahu, kini Anwar didakwa semula atas kesalahan liwat yang sama setelah ada saksi baru tampil mengaku “diusik” oleh Anwar.

Mengapa para pengikut Pakatan bermati-matian mempertahankan Anwar dan mendahului mahkamah untuk menyatakan yang Anwar tak bersalah?

Bagaimana lagi kita nak tahu sama ada seseorang itu tak bersalah selain dari disahkan oleh mahkamah yang menjadi tempat rujukan undang-undang negara?

Kalau pengikut-pengikut Pakatan mahukan Anwar diadili secara Islamik, pertama sekali.., mengapa tak desak sahaja Anwar supaya bersumpah mubahalah dengan melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi dihadapan kitab suci Quran sepertimana yang dilakukan oleh Saiful?

Tak pun, suruh saja Nik Aziz menemani Anwar ke Mekah dan dengar sendiri Anwar melafazkan sumpah didepan Kaabah. Kalau Anwar boleh terbang ke sini sana merata negara untuk memburukkan imej negara, takkanlah dia tak ada kemampuan untuk naik kapal terbang ke Mekah?

Tak pun, suruh saja Nik Aziz menemani Anwar ke Mekah dan dengar sendiri Anwar melafazkan sumpah didepan Kaabah. Kalau Anwar boleh terbang ke sini sana merata negara untuk memburukkan imej negara, takkanlah dia tak ada kemampuan untuk naik kapal terbang ke Mekah?

Susah-susah sangat, minta saja pihak kerajaan sponsor tiket penerbangan Anwar untuk bersumpah di Mekah tu. Mesti akan ada ramai pihak yang sanggup menaja penerbangan Anwar jika dia mengumumkan hasratnya kepada umum.

Dengan semua persoalan diatas, penulis yakin semakin ramai rakyat Malaysia yang hilang keyakinan bahawa Anwar itu berada di pihak yang benar. Dan penulis rasa, jika Pas dan pemimpin-pemimpin Pakatan masih lagi mahu mempertahankan manusia seperti Anwar, ia hanya akan menyebabkan mereka tewas lebih teruk pada Pilihanraya Umum akan datang.

Pepatah ada berkata.., kebenaran akan muncul juga akhirnya. Dan jika kebenaran itu muncul serta tak menyebelahi Anwar, siapa yang menyokongnya pasti akan menerima kesan buruk yang tak akan dapat dilenyapkan dalam sekelip mata.

Bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru, begitulah dosa-dosa manusia apatah lagi dosa besar seperti yang didakwa kepada Anwar. Hanya masa yang dapat mendedahkan semua cerita sebenar!

Juak-Juak Pas, Jangan Kotori Masjid Setiap Kali PRK!!!

Assalamualaikum. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.

Setiap kali pilihanraya kecil berlaku, maka masjid dan surau akan bertukar menjadi ‘ rumah tumpangan’ penyokong-penyokong Pas.

Kesucian rumah-rumah Allah ini tidak dipelihara. Kotor dan diwarnai dengan tingkal laku tidak beradap.

Saya, selaku pemerhati bebas pada setiap PRK sudah meluat dengan perangai hodoh juak-juak Pas ini. Kepada jawatankuasa masjid malah kalau boleh polis, tolonglah pastikan masjid, surau atau madrashah tidak dijadikan pusat penempatan gelandangan sepanjang PRK Merlimau dan di Kerdau.

Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan Pas bermaharajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka.

Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.

Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema’ah wanita dan sebagainya.

Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi’sabillillah.

Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi’sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

Mereka juga tidak segan – silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

Ingatlah Pas itu bukan Parti Islam. Pas itu parti yang bersekongkol dengan DAP si kafir harbi laknatullah. Jangan jadikan rumah suci Allah tempat membuat kotor. Cukuplah masjid di Kelantan kotor!!

HAJI Z
KUALA LUMPUR


Nik Aziz Gagal Sangkal Kritikan Dr M

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Yusoff Hussin berkata kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta PKR ada kebenarannya dan tidak mampu disangkal oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Justeru beliau secara ikhlas turut mendoakan agar Nik Aziz serta seluruh kepimpinan Pas yang lain mendapat hidayah Allah dan kembali kepada kebenaran dalam memperjuangkan agama dan bukannya terus hanyut dengan slogan retorik membangun bersama Islam.

“Kritikan Tun Dr Mahahthir umpama “checkmate” dalam permainan catur yang mana mulut Nik Aziz kelu untuk menjawab apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir itu. Apa lagi yang beliau mahu pusing kerana apa yang didedahkan oleh bekas Perdana Menteri terkena pada batang hidung beliau.

“Kritikan Tun Dr Mahahthir umpama “checkmate” dalam permainan catur yang mana mulut Nik Aziz kelu untuk menjawab apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir itu. Apa lagi yang beliau mahu pusing kerana apa yang didedahkan oleh bekas Perdana Menteri terkena pada batang hidung beliau.”

“Sebab itu saya tidak hairan Nik Aziz dikatakan tidak mahu mengulas soal berkenaan kerana saya yakin jika beliau menjawab akan terlondehlah segala pekung yang menjadi permainan di dalam perjuangan mereka yang kononnya berjuang berpaksikan landasan Islam,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta PKR.

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau juga berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

Tegas Datuk Muhammad Yusoff lagi, Pas hari ini sudah jauh terpesong daripada perjuangan mereka gara-gara mementingkan kuasa dan nafsu serakah pemimpin di dalam parti tersebut untuk mendapat habuan politik biarpun ianya bertentangan dengan apa yang diperjuangkan.

Namun katanya demi segenggam kuasa dan pangkat, parti yang dulunya secara terang-terangan menentang pelaksanaan hukum hudud dijadikan rakan akrab dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini.

“Inilah punca kepada apa yang berlaku di dalam Pas hari ini yang berjuang tidak lagi kerana agama, bangsa dan tanah air tetapi untuk sekelumit kuasa hingga sanggup menggadaikan segala-galanya.

“Saya berdoa agar diberikan hidayah dan dibukakan pintu hati seluruh kepimpinan Pas hari ini sekurang-kurangnya perjuangan mereka sama seperti mula-mula ditubuhkan dahulu,” katanya.

Propaganda PAS - Apa nak jadi dengan Nik Ajis Ni.....






1.Dulu kata perjuangan ketuanan Melayu sia-sia

2.Tidak berbangga dengan bangsa Melayu

3. Lebih pentingan orang bukan Melayu dari Melayu.

" Sekarang ni pulak nak perjuangan Bangsa Melayu setelah orang-orang Melayu tidak menyokong perjuangannya.... Dah nyanyok rupanya Nik Ajis niiii....

Pas parti oportunis - Dr. M


Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

"Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

"Sebelum ini tolak Melayu, sekarang Pas mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Diabetes di Batu 18, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu perlu mengutamakan perjuangan terhadap bangsa Melayu memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu."

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan itu beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

"Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyelar tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan fahaman pluralisme antara agama.

Sambil mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu, beliau mempersoal motif Anwar itu bertujuan mahu meletakkan Islam sama kedudukannya dengan agama lain di sisi Allah semata-mata kerana kebebasan beragama.

"Kita tidak boleh samakan Islam dengan agama lain meskipun kita iktiraf agama lain. Mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita, tetapi agama yang suci di sisi Allah hanya Islam," katanya kepada pemberita.

Keputusan mahkamah bukti Speaker DUN Selangor salah guna kuasa



UMNO Selangor menyifatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim telah menyalahgunakan kuasa apabila cuba mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah tidak hadir sidang DUN dalam tempoh enam bulan sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus mendakwa, penyalahgunaan kuasa itu jelas dilihat menerusi keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang menyaksikan seolah-olah wujudnya ketidakadilan terhadap Badrul Hisham dalam soal itu sebelum ini.

"Chang Khim seolah-olah telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Speaker DUN dan membuat tindakan sesuka hati dengan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

"Saya yakin, tindakan itu hanyalah satu taktik politik pakatan pembangkang yang mahu mengadakan pilihan raya kecil dengan menjadikan DUN Pelabuhan Klang sebagai medan ujian untuk mengukur sokongan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri ini.

"Malah, saya juga tidak menolak kemungkinan tindakan Chang Khim itu turut dibuat kerana mahu 'membalas dendam' kepada Badrul Hisham yang sebelum ini keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Abdul Shukor, penyalahgunaan kuasa Chang Khim juga jelas dilihat menerusi fakta yang dikemukakan oleh peguam mewakili Badrul Hisham, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, semalam.

Menurut kenyataan peguam itu yang disiarkan menerusi laporan akhbar, Chang Khim mengambil kira tempoh enam bulan ketidakhadiran Badrul Hisham bermula dari Julai tahun lalu, sedangkan tiada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung ketika itu.

"Bagaimana Chang Khim boleh isytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang sedangkan tiada sidang DUN diadakan," soalnya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor turut mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak menggunakan wang rakyat negeri ini untuk membiayai kos RM40,000 yang harus dibayar oleh Chang Khim seperti diputuskan oleh hakim Mahkamah Tinggi, di sini semalam yang turut menolak permohonan Chang Khim untuk mengetepikan saman pemula oleh Badrul Hisham.

Katanya, Chang Khim harus menggunakan wangnya sendiri untuk kos tersebut kerana tindakannya mengosongkan kerusi DUN itu sebelum ini dibuat bukan mewakili rakyat atau pentadbiran negeri ini.

Friday, February 18, 2011

Selangor salah guna duit rakyat

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa menyalahgunakan wang rakyat apabila membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu yang kesemuanya berjumlah RM80,500.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di sini ketika kongres tersebut diadakan.

“Kita ada bukti, invois dan resit bagi membuktikan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor telah menyalahgunakan wang rakyat bagi membiayai aktiviti politik mereka.

“Dulu mereka tuduh Barisan Nasional (BN) salah guna wang rakyat dan kuasa tetapi hari ini apabila mereka memerintah, mereka lebih berani buat secara terang-terangan iaitu salah guna duit rakyat untuk kegiatan politik mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis sambutan Pesta Capgome yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Noh berkata, Pemuda BN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung salah guna wang rakyat oleh MBI.

Beliau berkata, jumlah wang yang digunakan oleh MBI itu tidak penting, sebaliknya yang lebih mustahak adalah siasatan mengenai perbuatan menggunakan wang rakyat demi kepentingan politik pembangkang perlu dilakukan.

Thursday, February 17, 2011

Dr Mahathir Sanggah Tuduhan Nik Aziz - (Laporan Penuh)

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

“Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.”

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; “Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, “Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); “Innamalmukminu na ikhwana…” iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, “maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); “Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai…”

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai “baca”. Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta’ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

chedet.co.cc/chedetblog


Tok Guru Ahzab Buat Hal Lagi!

“Tok Guru Ahzab“ tidak serik-serik…Begitulah keluhan bekas Bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris ketika diminta mengulas tindakan Mursydul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul.

Menurut Ust Mohd Noor, jika dengan syaitan pun Nik Aziz sanggup berkawan, dakwaan berkenaan bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Menteri besar Kelantan itu tidak mengenal sesiapa lagi hari ini dan mengangkat dirinya seolah-olah lebih tinggi darjatnya.

Justeru beliau menggesa Nik Aziz segera bermuhasabah dan kembali kepangkal jalan sebelum keadaan umat Islam makin parah dengan pelbagai kenyataan serta “fatwa” rekaan beliau yang dianggap mengelirukan umat Islam.

“Apakah Nik Aziz lupa atau dia buat-buat lupa dalam soal sambutan Maulidur Rasul ini yang mana merupakan satu perkara yang sewajarnya disambut dengan meriah oleh umat Islam kerana ianya hari kelahiran junjungan besar Muhammad s.a.w.

“Bukankah sambutan besar-besaran Maulidur Rasul mempunyai hikmah yang besar iaitu memupuk perpaduan di kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasululullah s.a.w. Apa dah jadi dengan Nik Aziz hari ini,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya Jumaat lalu supaya sebahagian daripada wang yang digunakan untuk menyediakan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kebanyakan tandas masjid atau surau di negeri ini kotor dan memerlukan pembiayaan bagi memastikan ia diselenggara dengan baik.

Tegas Ust Mohd Noor lagi, tindakan Nik Aziz itu membawa erti merendah-rendahkan martabat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

“Saya nak tanya Nik Aziz… Apakah beliau memuliakan kalangan kepimpinan “Ahzabnya” seperti Lim Guan Eng, Karpal Sing, Lim Kit Siang dan pelbagai pemimpin pembangkang yang lain apabila sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Dalam soal kebersihan masjid serta tandas, Nik Aziz perlu menggunakan kebijaksanaan mentadbir negeri dan bukannya mengeluarkan kenyataan tersebut. Paling kurang “jemputlah” Pemuda Pas atau seluruh jenteranya untuk mengadakan gotong royong di negeri Kelantan membersihkan tandas surau dan masjid,” katanya.


Hanya mahu menang pilihan raya - Jawapan kepada Nik Aziz: Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang UMNO beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak pernah mendakwa hanya ahli parti itu sahaja yang Islam atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam, seterusnya membawa ke syurga.

Berhubung isu nasionalisme seperti dibangkitkan oleh Mursyidul Am Pas itu, Dr. Mahathir berkata, terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil daripada perjuangan nasionalis Islam.

Beliau berkata, perjuangan nasionalis terbabit adalah kerana mereka terlalu sayang dan setia kepada negara.

‘‘Hakikatnya mereka (orang lain) tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini tetapi yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

‘‘Sebenarnya tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT iaitu dengan cara membuat ibadah, memelihara orang Islam dan agama Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan sahaja yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukannya Nik Abdul Aziz,’’ katanya.

Dr. Mahathir dalam pada itu turut mempersoalkan kewibawaan Nik Abdul Aziz kerana hanya berjuang di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang pada hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan serta tekanan.

‘‘Walaupun Nik Abdul Aziz mendakwa beliau berjuang untuk Islam tetapi dengan mengehadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Abdul Aziz juga jahil kerana sebab yang sama,’’ katanya lagi.

Mengenai dakwaan Nik Abdul Azizi bahawa UMNO menghapuskan tulisan Jawi sehingga umat Islam tidak boleh membaca al-Quran, beliau berkata, bukankah kerajaan UMNO yang mengadakan sekolah agama, mata pelajaran agama Islam menggunakan tulisan Jawi.

‘‘Mengapa Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta al-Quran, tidak boleh baca Jawi,’’ katanya.

Dr. Mahathir di dalam blognya turut mengingatkan Mursyidul Am Pas itu juga akan berdiri di hadapan Allah satu hari nanti dan segala pertuturannya dan perbuatannya ketika di dunia akan diadili.

‘‘Di akhirat nanti lidah, tangan dan kaki Nik Abdul Aziz akan menjadi saksi. Bukan Nik Abdul Aziz yang akan mengadili saya atau sesiapapun dan bukan juga Nik Abdul Aziz mengadili dirinya sendiri,’’ ujar Dr. Mahathir.

Mengenai peringatan Nik Abdul Aziz bahawa beliau akan berdiri di hadapan Allah Dr. Mahathir berkata, sedikit sebanyak ia membuktikan keangkuhannya.

‘‘Seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

‘‘Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Abdul Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika beliau berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT,’’ katanya lagi.

Beliau seterusnya meminta Nik Abdul Aziz bertakwa kepada Allah SWT dan menghentikan perbuatan mengeliru umat Islam di negara ini semata-mata ingin menang dalam pilihan raya.

Monday, February 14, 2011

Mesir : Apa Yang Boleh Kita Pelajari?

Sepanjang minggu lalu kita mengikuti perkembangan di Mesir dengan penuh minat. Ia memperlihatkan kebangkitan rakyat yang mahu Presiden mereka selama 30 tahun, Hosni Mubarak diturunkan dari tampuk kuasa.

Mesir boleh dikatakan lumpuh dalam tempoh itu. Perhatian tertumpu ke Dataran Tahrir (Dataran Pembebasan atau Merdeka) di Kaherah. Di situ ratusan ribu manusia berhimpun dan menunjuk perasaan.

Liputan CNN, BBC dan Al-Jazeera yang kita ikuti di Malaysia jelas memperlihatkan kecenderungan yang berat sebelah. Stesen-stesen berita satelit itu turut serta bersama-sama suara populis menuntut Mubarak letak jawatan. Walaupun CNN milik Amerika pada mulanya berhati-hati dalam liputan untuk mempertahankan Mubarak, tapi kemudian ia terpaksa mengikut arus massa.

Tidak seperti Saddam Hussein yang digelar mereka sebagai diktator, Mubarak digelar sebagai pemimpin yang mengamalkan dasar totalitarian sama taraf seperti Adolf Hitler dan Joseph Stalin.

Sama ada secara kebetulan atau tidak, krisis yang berlaku itu merupakan satu putaran semula jadi dunia. Setiap dekad akan berlaku krisis besar yang membabitkan satu perubahan iklim politik, ekonomi mahu pun alam. Jika bukan krisis politik atau ekonomi, ia akan membabitkan krisis alam. Putaran dan imbangan ekuilibrium ini akan terus berlaku sehinggalah hari kiamat.

Di negara kita juga tidak terkecuali. Banyak kali telah berlaku krisis politik di negara ini sejak merdeka. Namun krisis yang paling bersejarah ialah krisis ekonomi dan politik yang berlaku hampir serentak pada 1997 dan 1998 yang kesannya dirasai sehingga ke hari ini.

Begitu juga berlaku krisis alam, tsunami yang mengorbankan ratusan ribu jiwa manusia sekali gus di seluruh dunia. Terakhir ialah tsunami politik yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum 2008, memperlihatkan sokongan terhadap parti pemerintah Barisan Nasional (BN) merosot.

Putaran kepada krisis-krisis itu boleh berlaku lagi. Bila, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Namun semua yang berlaku di atas sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua – kepada para pemimpin politik, para saintis, ekonomis, alim ulama dan rakyat jelata sekalian.

Apakah kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara kita selama ini? Apakah para pemimpin kita sedar terhadap tsunami politik pada 2008? Melihatkan situasi di Mesir, bolehkah kita pelajari daripadanya? Apa yang boleh kita dapat belajar daripadanya?

Sudah tentulah jika kita ambil suasana di Mesir itu ia tidak boleh dijadikan satu perbandingan mutlak antara epal dan epal. Rakyat kita cukup makan, cukup pekerjaan sehinggakan negara ini dikerumuni oleh rakyat asing. Kerajaan yang ada juga cukup stabil, sistematik dengan pengurusan ekonomi yang cukup baik. Semalam, kerajaan melancarkan pula Unit Peneraju Agenda Bumiputera, bertujuan untuk memakmurkan golongan itu.

Namun, kita masih boleh mempelajari serba sedikit krisis yang berlaku di Mesir itu sebagai satu kajian ilmiah untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.

Ia semua bermula apabila Mubarak berada atas tampuk pemerintahan terlalu lama. Tempoh 30 tahun itu akan menjadi satu jangkamasa yang terlalu panjang dan perit jika pengisian pemerintahannya tidak menyebelahi kehendak rakyat. Walaupun ia menyebelahi rakyat sekali pun, proses demokrasi telah dinafikan apabila rakyat sudah menjadi terlalu muak terhadap corak kepemimpinan individu tersebut.

Tun Dr. Mahathir Mohamad menduduki tampuk pemerintahan Malaysia selama 22 tahun. Allah SWT sendiri hanya memberi peluang kepada Rasulullah SAW selama 24 tahun sahaja untuk mengembangkan syiar Islam. Seterusnya dilaksanakan oleh khalifah-khalifahnya yang lain.

Walaupun semua yang baik berjaya dilakukan Mahathir dengan sempurna sehingga Malaysia menjadi negara maju, namun beliau sendiri merasakan sudah terlalu lama menduduki kerusi PMnya. Misinya dirasakan sudah selesai. Lalu beliau berundur.

Pada pilihan raya 2004, penggantinya Pak Lah mendapat mandat yang terbaik dalam sejarah negara ini. Rakyat memberi kepada Pak Lah, bukan kerana Pak Lah tetapi kerana beliau ialah orang baru, muka baru dan PM yang segar dalam pemerintahan Malaysia.

Sebaliknya, rakyat jugalah yang menolak Pak Lah kemudiannnya pada 2008 kerana beberapa perkara yang dilakukannya, malangnya, bertentangan dengan kehendak ramai.

Melihatkan kepada perkembangan itu, rakyat tidak menolak BN selaku parti peneraju negara ini, tapi mereka menolak individu yang mereka tidak sukai. Rakyat merasakan BN masih relavan untuk negara ini, memandangkan rekod perkhidmatannya yang cemerlang selama ini.

Beberapa pilihan raya kecil pasca-PRU 12 memperlihatkan hampir kesemuanya masih dimenangi BN. Rakyat masih tidak yakin untuk mempertaruhkan negara ini kepada pihak pembangkang.

Namun, yang menjadi persoalan sekarang ialah siapakah yang berada dalam BN? Siapakah orang-orang dalam UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan berbelas-belas komponen parti yang menaungi BN. Rakyat sedang memerhati gelagat orang-orang yang ada di dalamnya.

Sudah begitu lamakah orang-orang itu? Jika lama, berapa lama? Lima tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun? MB dan Ketua Menteri (KM) yang ada di negeri-negeri BN sudah berapa lama memegang tampuk pemerintahan? Lima tahun, 10 tahun, 20 tahun atau lebih?

Ada seorang KM di sebuah negeri sudah melepasi tempoh pemerintahannya ke-30 tahun (sama rekod dengan Mubarak). Orang seperti itu, tidak mahu belajarkah? Saya yakin jika beliau belajar, beliau akan melepaskan jawatannya secara sukarela kepada pelapis lain.

Ketua-Ketua Bahagian yang ada dalam UMNO pula misalnya, sudah berapa lama memegang kuasa? Jangan biarkan suara-suara berbunyi bahawa sudah ada warlord dalam bahagian-bahagian UMNO.

Orang-orang tertentu sahaja yang boleh menguasai, atau suku-sakat mereka sahaja, atau kaum-kaum mereka sahaja, atau kumpulan juak-juak mereka sahaja yang boleh memegang jawatan-jawatan tertentu.

Di peringkat Pemuda, Wanita pula – siapa mereka itu? Apakah itu sahaja muka yang ada. Asyik-asyik orang itu sahaja yang naik. Benarkah orang itu sahaja? Mana yang lain? Mana dia barisan baru, mana dia wajah-wajah baru? Mana dia pelapis-pelapis baru?

Malaysia kini dikerumuni oleh golongan muda dan yang terpelajar. Bolehkah mereka ini mendapat jawatan daripada parti-parti elit yang memerintah negara sekarang? Apakah sudah cukup usaha dilakukan untuk menarik mereka masuk. Atau tiada usaha dilakukan, kerana masing-masing yang memegang jawatan itu mahu mempertahankan kepompong dan kelompok masing-masing?

Sedarkah kita bahawa apa yang berlaku di Mesir dan negara-negara Arab lain ialah kerana suara orang muda tidak diambil peduli.

Ahmed Maghib, antara anak muda yang berdemonstrasi di Mesir berkata kepada akhbar Los Angeles Times: ”The old opposition parties don’t represent the young people. Everyone needs to realize that it was the young who brought about this change. We need to be heard.” (Parti-parti lama pembangkang tidak mewakili orang muda. Semua pihak harus sedar bahawa orang mudalah yang membawa perubahan ini. Suara kami perlu didengari).

Adakah kumpulan muda dan terpelajar kita kini sedang tercari-cari platform untuk mereka berkecimpung dalam politik? Atau, lebih mudah bagi mereka menyertai NGO- NGO sahaja daripada parti-parti seperti UMNO, ataupun akhirnya mereka menyertai pembangkang atau sekadar berpuas hati berdiri di atas pagar?

Sepanjang berada dalam dunia kewartawanan dan membuat liputan politik dan pilihan raya, dihantar bertugas ke Kelantan untuk melihat Nik Aziz Nik Mat menduduki kerusi MB selepas pililihan raya 1990, malangnya, sehingga hari ini Nik Aziz masih lagi ‘berakar’ di kerusinya. Saya yakin jika beliau waras, dia pun tidak akan bertanding lagi dalam PRU ke-13 ini.

Itu hanyalah satu contoh, bukan sahaja ketua-ketua bahagian UMNO pun asyik dengan muka-muka itu sahaja, malah di pihak pembangkang – terutamanya Pas dan DAP pun sama, malah lebih teruk. Lim Kit Siang masih menongkat langit dalam DAP, begitu juga dengan Karpal Singh.

Kit Siang kemudian menurunkan takhtanya kepada anaknya Guan Eng (yang dilantik menjadi Ketua Menteri). Malah menantunya turut diberi kerusi untuk bertanding pilihan raya. Begitu juga Karpal Singh diberikan jawatan dan kerusi kepada anak-beranaknya.

Hatta, Anwar Ibrahim yang menubuhkan PKR juga memberi kuasa kepada isteri dan anak perempuannya. PKR, hakikatnya kini ialah parti yang hampir gagal. Semakin ramai pemimpinnya lari meninggalkan parti itu.

Politik di Malaysia baik kerajaan, mahupun pembangkang memerlukan satu corak yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Perlu disebut, rakyat sedang memerhati semua ini.

Kita berharap dalam PRU ke-13 ini, PM Najib Tun Razak, selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN akan mengemukakan muka-muka baru yang berketerampilan, berkualiti dan muda untuk bertanding kerusi-kerusi DUN. Biarlah orang muda ini yang mengambil alih pemerintahan negeri-negeri pula. Biarlah mereka pula yang menjadi Menteri-Menteri Besar, sebagaimana Najib menjadi MB di usia muda dulu.

Sementara di Pusat, letaklah pemimpin dan tokoh yang berpengalaman dan berkualiti – tapi tidak melebihi jangka waktu yang membosankan rakyat, dan tidak semestinya berasal dari arena politik. Contohi Singapura yang meletakkan golongan muda dalam barisan politik dan birokrasinya.

Di peringkat parti, rombaklah. Cari dan jemputlah darah-darah yang lebih vibrant masuk untuk mengangkat kembali parti-parti politik yang semakin tua ini. Parti-parti politik Malaysia perlu direjuvinasi semula.

Kita berharap pengajaran di Mesir ini perlu dimasukkan ke dalam Program Transformasi Politik (PTP) yang sedang dilaksanakan Najib. Diharapkan peristiwa itu juga dapat dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan 191 ketua-ketua UMNO bahagian Sabtu ini.

Ingatlah, pusingan krisis yang disebut di atas boleh berlaku di negara kita.

Mesir dan dunia Arab kini sedang panas bergolak. Ia nampaknya berlaku secara tiba-tiba, tapi sebenarnya, bara kemarahan sudah pun lama menyala.

Setelah meletusnya kebangkitan barulah beberapa kerajaan Arab sibuk memperkenalkan pelbagai program untuk rakyat, yang sengaja dicicirkan selama ini. Namun, ia sudah terlambat. Bermula dengan seorang pemuda membakar diri di Tunisia kerana miskin, ditindas, tiada kerja, tiada makan, – akhirnya ia merebak ke seluruh rantau itu.

Ingatlah, jika alpa, Malaysia juga tidak terkecuali.

Orang Melayu Dalam Dilema Pertahankan Hak – Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu hari ini berada dalam dilema sama ada untuk meneruskan perjuangan mempertahankan hak mereka atau membiarkan orang lain terus menidakkan hak orang Melayu itu sendiri.

Menurut beliau orang Melayu sesungguhnya berada dalam situasi dilema apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.

Tun M-Dilema Melayu

“Lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan.

”Dan kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka. Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau seterusnya menambah orang Melayu hari ini berpecah kepada tiga menyebabkan kaum berkenaan menjadi lemah.

“Lemahnya Melayu adalah disebabkan oleh salahguna majoriti yang mana apabila menjadi kumpulan kecil, maka tidak akan lagi wujud majoriti dan keadaan itu memaksa kumpulan majoriti berkenaan akan meminta-minta sokongan daripada minoriti lain dan sanggup memberikan apa sahaja.

“Lebih malang apabila terdapat pemimpin yang menubuhkan parti dan sanggup pecahkan majoriti berkenaan semata-mata untuk menuju ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri” katanya.

Beliau seterusnya berkata apa yang diperjuangkan oleh orang Melayu adalah hak mereka dan sama sekali tidak mengambil hak orang lain di negara ini.

“Kita sama sekali tidak merampas hak kaum lain sebaliknya kita ingin berkogsi apa yang ada di negara ini dan bukannya untuk merampas hak mereka. Itulah yang sebenarnya,” katanya.

Tun Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaan apabila terdapatnya anak Melayu yang berjaya menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi mengambil sikap mengkritik dasar berkenaan.

Elok Pas, PKR terangkan hukum 'dosa pahala' kepada Guan Eng


KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini.

Di mana logik tuduhan liar seorang pemimpin yang mahu meniru pentadbiran Khalifah Abdul Aziz ini.

Rakan-rakan Islam dalam Pas dan PKR elok nasihatkan Guan Eng mengenai soal akidah dan hukum dosa serta pahala umat Islam.

Tidak payah Guan Eng hendak membuat tuduhan melulu. Tidak wajar juga parti yang menentang penubuhan negara Islam hendak bercakap mengenai tindakan BN melabelkan sambutan Hari Kekasih itu sebagai 'tradisi berdosa.'

Tidak perlu Guan Eng hendak membela ajaran Kristian dan mendakwa kenyataan BN tentang tradisi berdosa itu sebagai satu tuduhan tidak bertanggungjawab dan biadap.

Memang kempen anti-Hari Kekasih yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah satu kempen untuk menyelamatkan umat Islam daripada melakukan dosa seperti zina dan maksiat.

Dalam ajaran Islam, memang tidak dibenarkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram duduk memadu kasih dan melakukan adegan tidak senonoh sebelum nikah. Jika dilakukan larangan itu maka pasangan yang mengingkarinya telah melakukan dosa.

Dalam agama lain, tiada hukum dosa dan pahala. Tetapi kita percaya dalam agama lain juga ada larangan terhadap perlakuan tidak bermoral itu.

Tetapi terpulang kepada pasangan bukan Islam untuk menyambut atau tidak Hari Kekasih itu. Islam tidak melarang mereka.

Jadi jika Guan Eng tidak berkenan dengan larangan ajaran Islam dan kempen Jakim, maka jelas beliau menunjukkan sikap yang tidak peduli terhadap usaha mengatasi masalah sosial terutama hubungan luar nikah dalam masyarakat negara ini.

Dalam soal memelihara moral terutama remaja Islam negara ini, BN tidak bermain politik atau melakukan taktik talam dua muka seperti DAP.

Elok Guan Eng bertanya dahulu kepada Pas dan PKR, setujukah mereka membiarkan umat Islam melakukan maksiat sempena menyambut ulang tahun kematian seorang paderi.

Oleh itu salahkah Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat?

Malah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Jelas, Ketua Menteri Pulau Pinang itu nampaknya berkata ikut sedap mulut sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia cuba mengalihkan isu yang sedang dihadapi oleh kerajaan negeri pimpinannya.

Sebenarnya Guan Eng kurang faham bahawa nasihat Jakim tersebut hanya ditujukan untuk masyarakat Islam. Dan ia langsung tiada kaitan nasihat yang berbaur perkauman.

Usah tuding jari - Kata YB Abdul Shukur ( ADUN Kuang )



Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) digesa supaya menjalankan siasatan terperinci sebelum menuduh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semasa pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlibat dalam kes kehilangan peralatan dewan orang ramai di negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, keadaan balai raya serta dewan tersebut berada dalam keadaan baik ketika diserahkan kepada PR.

“Mereka kena tahu bila kehilangan itu berlaku. Jangan buat tuduhan tanpa usul periksa.

“Sejak Selangor diambil alih PR, secara automatik semua balai raya serta dewan menjadi hak mereka dan mereka tidak membenarkan kita (UMNO/BN) menggunakan kemudahan tersebut.

“Jadi, adalah tidak wajar mereka membuat tuduhan seperti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Abdul Shukor turut mempersoalkan mengapa pihak berkenaan baru mendedahkan kes kehilangan tersebut.

“Kalau nak kata zaman UMNO/BN, sepatutnya 2008 lagi mereka sudah dedahkan perkara itu. Kenapa perlu tunggu 2011 baru nak dedahkan?

“Jadi, benda ini tidak ada kena mengena dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar yang menyalahkan pentadbiran BN terdahulu atas kehilangan peralatan dari pusat kegiatan orang ramai di seluruh negeri itu.

Xavier juga mendakwa, peralatan bernilai RM385,000 itu telah dilarikan oleh individu yang dikaitkan dengan UMNO dan BN selepas pilihan raya umum 2008.Katanya, kehilangan itu dikesan melalui maklumat dari pejabat daerah dan tanah seluruh negeri itu, tidak termasuk Petaling, Sepang dan Sabak Bernam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, JKKK UMNO/BN tidak pernah terlibat dalam kes tersebut.

“Kita tidak pernah gunakan dewan serta balai raya tersebut sejak 2008. Malah, kebanyakan dewan itu terbiar serta ditumbuhi semak samun kerana Kerajaan Negeri melarang kita untuk menggunakan dewan tersebut.

Thursday, February 10, 2011

Nik Aziz Ada Pedulikan Rakyat Kelantan?



Diam tak diam, rupanya ada orang yang berani tegur Wali Terompah yang kononnya maksum tu. Mungkin dia dengar nasihat Rais Yatim kot. Cuma caranya saja yang agak berlainan.

Kalau kita baca kenyataan Mahfuz dalam Haprak Daily mengenai krisis di Mesir, semuanya dia mengutuk Perdana Menteri.

Dia beria – ia mendesak agar Datuk Seri Najib mencontohi gerakan rakyat Mesir yang bangkit menentang Kepimpinan Hosni Mubarak.

Katanya, Hosni Mubarak dah jadi diktator dan memerintah dengan zalim. Terlalu lama pegang kuasa sehingga lupa tanggungjawab terhadap rakyat.

Kalau dikaji semula, di Malaysia ni pun ada orang yang sama spesis dengan Hosni Mubarak iaitu Nik Aziz. Berapa lama dia memerintah Kelantan?

Kalau dikaji semula, di Malaysia ni pun ada orang yang sama spesis dengan Hosni Mubarak iaitu Nik Aziz. Berapa lama dia memerintah Kelantan?

Hampir sama hayatnya dengan Hosni Mubarak. Ada dia pedulikan rakyat? Tak Ada. Kalau ada, kenapa ramai rakyatnya yang berhijrah keluar dari Negeri tersebut?

Jangan bagi alasan bodoh kata rezeki ada dimana – mana. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia.

Memang betul, rezeki ada dimana – mana. Tapi manusia kena berusaha. Dan mustahil dalam Negeri Kelantan tu takde kerja melainkan Kerajaan tak menyediakannya.

Itu menjadi bukti kukuh bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tak ambik berat terhadap rakyatnya. Sama dengan apa yang berlaku di Mesir.

Malah kebajikan rakyat sendiri turut terabai. Jika tidak, takkan Kelantan masih menduduki tangga teratas dalam senarai Negeri Termiskin di Malaysia?

Sekali lagi, jangan buat alasan bodoh kata Kerajaan Pusat tak bagi bantuan. Hasil Kerajaan Negeri terlalu banyak dan ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS. Mana pergi semua hasil tersebut?

Mungkin Mahfuz sebenarnya nak sindir menantu, dia pukul anak. Takut nak cakap terus terang dengan Nik Aziz agar berundur dari politik. Jadi dia perli Datuk Seri Najib.

Sepatutnya, dia berdepan dengan Nik Aziz dulu dan mendesak agar Mursyidul Am PAS itu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Dah lama sangat pegang kuasa. Bila rakyat bangkit menentang kepimpinannya, boleh pulak mereka kata ianya angan – angan Mat Jenin? Ceit!!! Pigidah!!!

Fahamilah WAHAI Pemimpin Serta Ahli UMNO....


‘Malangnya Pas, Roket DAP Tapi Tak Sampai Kaherah…’



Parti pembangkang telah kehabisan modal untuk dipolitikkan sehinggakan mereka menjadikan Ops Piramid iaitu usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi dan kemudiannya kembali ke tanah air sebagai agenda memburuk-burukkan kerajaan.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab UMNO Luar Negara (KLUN), Datuk Ahmad Shabery Cheek membidas mana-mana pihak yang sengaja menjadikan misi bantuan tersebut sebagai bahan propaganda untuk mengaut kepentingan politik.

“Kerajaan melihat kepada nyawa dan individu khususnya rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan langkah yang diambil dilakukan dengan perancangan rapi iaitu dimulakan dengan menghantar pakar-pakar untuk menganalisa keadaan di sana dan kemudiannya membawa mereka keluar dari kawasan terbabit,”

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkaitan manipulasi dan fitnah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang berikutan dakwaan kerajaan lembab bertindak sehingga menimbulkan risiko terhadap nyawa rakyat Malaysia di negara bergolak itu.

“Rakyat kita tidak ada yang terlibat dalam mana-mana tragedi berdarah atau kemalangan nyawa tetapi pembangkang melontarkan pelbagai fitnah termasuklah kononnya kita lambat sedangkan kita mengambil langkah dengan mengumpulkan semua pelajar-pelajar kita pada peringkat awal lagi,” ujarnya.

Tegas Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan, pembangkang khususnya Pas sengaja mensensasikan isu terbabit kerana mereka bimbang populariti mereka akan tenggelam.

“Anggapan mereka Mesir adalah sebagai tempat untuk ‘membiak’ atau pengkalan anti kerajaan kepada pembangkang dan apabila kerajaan bertindak menghulurkan bantuan terus kepada golongan ini maka mereka takut kehilangan anak-anak didik yang telah dilatih dari awal. Tentunya ini akan merugikan mereka.”

Jelas beliau lagi, dengan angka warga Malaysia seramai 11,000 orang maka Kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya 30 buah kapal terbang Boeng 747 bagi mengangkut mereka sedangkan dalam masa yang sama MAS tidak mempunyai penerbangan terus ke Mesir.

“Ada juga pihak yang tanya saya, kenapa nak gunakan kapal terbang Boeing 747 sedangkan Pas boleh menggunakan roket dari Dap…, tapi malangnya roket yang Pas ada tak boleh terbang langsung,”

Menjawab tuduhan dan manipulasi dari pembangkang, Ahmad Shabery menjelaskan bahawa semua yang diperkatakan oleh mereka adalah tidak benar sebaliknya kerajaan Malaysia telah terbukti sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab dan memahami permasalahan rakyat.

“Kerajaan memberikan bantuan secara percuma walaupun ada beberapa negara termasuk Kanada yang mengenakan bayaran berjumlah 400 dolar kepada warganya yang ingin keluar dari negara terbabit lantas hal ini telah digunakan oleh pembangkang kononnya Malaysia juga mengenakan bayaran tersebut sedangkan ia tidak benar.

“Ini menunjukkan betapa kecilnya jiwa mereka dalam aspirasi perjuangan dan memahami kehendak rakyat sehinggakan apa yang dilakukan oleh orang lain dimanipulasi jika tidak dapat berbuat perkara yang sama kerana mereka sakit hati,” katanya.

Tambahnya, apa yang paling penting adalah semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan bantuan dilakukan pantas dengan memindahkan pelar-pelajar ke pengkalan terdekat di Jeddah sebelum membawa mereka pulang.

“Bantuan ini diberi kepada semua pihak sedangkan Pas difahamkan hanya memberi pertolongan kepada kuantiti kecil iaitu pihak yang menyokong mereka sahaja kerana mereka lebih mementingkan kepartian daripada nilai kemanusiaan itu sendiri.”

Terangnya lagi, Malaysia adalah antara negara yang terawal mengambil tindakan dalam usaha membawa keluar rakyat kita dari Mesir namun ia tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana ia melibatkan jumlah pelajar dan warga Malaysia yang ramai.

“Kita perlu melalui banyak prosedur-prosedur yang rumit dalam keadaan pentadbiran Mesir yang sukar dan semakin terancam tetapi alhamdulillah kerana kerajaan kita mampu melaksanakan semuanya dengan lancar.

Justeru, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama bertungkus-lumus membantu melancarkan misi tersebut dengan jayanya dan percaya bahawa kebenaran akan menjelaskan segala-galanya.

“Kita semua harus bersyukur atas nikmat yang kita kecapi hari ini, dengan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, tidak berlaku huru-hara dan porak peranda malahan rakyat negara ini bebas bergerak dan bekerja dalam suasana yang selamat,” katanya yang mengajak masyarakat menjadikan pergolakan di Mesir sebagai tauladan kepada semua pihak.

Masa depan orang Melayu

THE Malay Dilemma adalah buku penuh kontroversi karya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diterbitkan pada 1970. Buku dalam bahasa Inggeris itu diharamkan kerajaan dan pengharaman hanya ditarik balik selepas beliau menjadi Perdana Menteri, 11 tahun kemudian. Pada 1982, buku itu turut diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Dilema Melayu.

Dalam naskhah 222 halaman tersebut, Dr. Mahathir memberikan pandangan berterus-terang mengenai sikap orang Melayu yang disifatkannya sebagai tidak progresif berbanding dengan orang Cina. Beliau juga menerangkan sebab-sebab tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Dr. Mahathir turut menyifatkan orang Melayu sebagai kaum yang lebih suka mendapatkan keuntungan dalam jangka masa pendek, tidak suka berusaha keras dan tidak rajin seperti orang Cina. Beliau juga mengkritik sikap orang Melayu yang berkongsi niaga dengan orang Cina kerana mereka lebih cenderung menerima jumlah wang yang tetap bagi lesen perniagaan dimiliki dan langsung tidak mengambil bahagian dalam perniagaan terbabit.

Selain itu, beliau turut memberi amaran andainya semua perlindungan yang dinikmati kaum Melayu sekarang, hasil daripada kuasa politik yang mereka miliki dimansuhkan, maka orang Melayu akan berdepan semula dengan hukum primitif iaitu mereka yang terkuat dan sihat sahaja akan terus hidup.

Banyak lagi dilema lain yang dikupas beliau dalam buku yang mempunyai 11 bab yang menyentuh pelbagai topik termasuk Dilema Ekonomi Melayu, Pengertian Persamaan Kaum, Pemulihan Bangsa Melayu dan Dilema Melayu, Tatasusila dan Sistem Nilai Melayu serta Politik Perkauman dan Parti.

Bagaimanapun, setelah hampir 41 tahun buku itu diterbitkan, tiada siapa membuat penilaian terperinci sejauh mana dilema berkenaan dapat diatasi.

''Sebenarnya, apabila kita membicarakan gagasan 1Malaysia, kita tidak boleh melupakan komponen terbesar di dalamnya iaitu orang Melayu. Mana mungkin penyatuan rakyat berbilang kaum dapat dilaksanakan jika dilema orang Melayu masih belum diselesaikan.

''Buku ini diterbitkan bukanlah dengan maksud hendak mencari popular dari kalangan masyarakat tertentu di Malaysia. Sebaliknya, besar kemungkinan ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati golongan tertentu dan kemarahan golongan lain. Tiada maaf yang dipinta - apa yang saya tulis telah ditulis dengan ikhlas."

Sikap keras kepala MB Selangor - "Tidak hirau bantahan rakyat"



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan keputusan untuk membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menghasut.

Tanpa mempedulikan kritikan pelbagai pihak kerana menggunakan dana kerajaan negeri bagi tujuan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembiayaan itu akan diteruskan atas 'prinsip kebebasan bersuara' selain alasan bahawa Shuhaimi merupakan wakil rakyat di negeri itu.

Katanya, langkah membiayai kos perundangan Shuhaimi dilakukan kerana kerajaan negeri percaya wakil rakyat PKR itu menjalankan tugasnya untuk rakyat Selangor.

"Mesyuarat Exco memutuskan untuk memberikan kemudahan guaman (kepada Shuhaimi). Sebagai seorang wakil rakyat beliau perlu bersuara.

"Bagaimanapun, ada hadnya kerana kita tidak bayar wang jaminan kepada Shuhaimi, kita beri kemudahan guaman (tanggung kos perundangan) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus baru-baru ini, mengkritik kerajaan negeri kerana menyalahgunakan wang rakyat dengan membiayai kos perundangan Shuhaimi.

Beliau menyifatkan langkah kerajaan negeri itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ke atas Shuhaimi adalah tindakan peribadi yang tidak ada kaitan dengan kepentingan atau mewakili negeri dan rakyat Selangor.

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membantah tindakan kerajaan negeri itu selain menyifatkan bahawa ia satu penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan politik.

Mereka turut mendesak PKR menggunakan wang parti itu untuk menanggung kos perundangan Shuhaimi dan bukannya menggunakan wang kerajaan negeri hasil titik peluh rakyat yang diberikan untuk kemakmuran dan kemajuan Selangor.

Pada 7 Februari lalu, Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dalam laman blognya, http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember tahun lalu.

Shuhaimi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar.

Shuhaimi diwakili enam orang peguam iaitu Amer Hamzah Arshad, Mohamad Yusmadi Mohd. Yusof, N. Surendran, Latheefa Koya, Fahrir Azzar dan Nizam Bashir

Wednesday, February 9, 2011

Debat Nik Abdul Aziz hanya 'khayalan politik'?


MUNGKIN ramai sudah terlupa bagaimana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperlekeh ulama tersohor Sheikhul Al-Azhar, Allahyarham Dr. Muhammed Sayyid Tantawi sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Semuanya disebabkan Tantawi mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mengesahkan konsep Islam Hadhari yang dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menepati ajaran Islam.

"Tantawi ini..., siapa dia? Tantawi orang Arab yang belajar di Al-Azhar (universiti). Saya pun belajar di Al-Azhar, Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi Awang) juga belajar di sana.

"Kita tak rujuk pada Tantawi kerana dia pun kena rujuk al-Quran. Takkan dia buat sendiri. Kalau rujuk al-Quran, saya pun rujuk al-Quran. Apa susah?," bait-bait perkataan ini terkeluar dari mulut Nik Aziz pada 5 Mac 2008 beberapa hari sebelum hari pembuangan undi.

Daripada apa yang dikatakannya itu, jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mengiktiraf mana-mana ulama termasuk dari luar negara disebabkan merasakan dirinya 'benar' dan tidak ada orang lain yang lebih benar daripadanya.

Disebabkan itu juga, maka hari ini Menteri Besar Kelantan itu bersetuju untuk bermuzakarah atau berdialog atau berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun, persoalannya adakah persetujuan itu akan menjadi realiti ataupun sekadar kenyataan politik kerana jelas pandangan sesiapa pun tidak akan diterimanya.

Bagi pendakwah bebas, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman, muzakarah tersebut tidak akan menjadi kenyataan kerana terlalu banyak halangan terutama faktor dalaman Nik Aziz itu sendiri.

"Kalau Nik Aziz yang saya kenal, muzakarah ini tidak akan menjadi, dia bukan ahli debat dan seingat saya, dia tidak pernah berdebat atau bermuzakarah dengan mana-mana ahli agama untuk mencari penyelesaian dalam isu-isu yang berbangkit.

"Saya bersama beberapa tok guru pondok pernah beberapa kali mahu bertemu dengannya (Nik Aziz) untuk bermuzakarah tetapi dia tidak mahu berjumpa sejak tahun 1988. Dia seorang yang panas baran dan tidak boleh mengawal diri sekiranya berdebat dan kerana itu juga, Pas tidak pernah menyenaraikan namanya untuk berdebat," dakwanya.

Mohd. Saifuddin juga merupakan jurucakap kepada sebuah pertubuhan yang mengumpul pentadbir serta penuntut di pondok-pondok tradisional, Minda Pondok.

Justeru, bagi seorang yang memiliki ilmu agama, Mohd. Saifuddin menyifatkan kenyataan Nik Aziz untuk bermuzakarah hanya 'wayang politik' bagi memastikan pengaruhnya terus kekal.

"Kalau saudara tidak percaya tunggu selepas ini. Nik Aziz akan tukar ayat lain pula. Hari ini pun, dia telah meletakkan syarat itu dan ini, lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja.

"Umat Islam harus sedar, muzakarah ini penting bagi menyelesaikan banyak isu, terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz menimbulkan kekeliruan sehingga boleh memesongkan akidah seperti Allah pun mencarut," katanya.

Tambahnya, muzakarah seperti itu sememangnya dianjurkan oleh Islam kerana ia bukan sahaja menjelaskan kekeliruan tetapi juga menyatukan umat yang kini berpecah kepada beberapa kumpulan sehingga menyebabkan Islam mungkin tidak akan berkuasa di negara ini, sekiranya tidak diberikan perhatian serius.

Perlu diingat muzakarah ini bukan isu baru, ia isu lama. Biar dengan siapa pun waima Majlis Fatwa Kebangsaan pun, ia sukar menjadi kenyataan kerana Nik Aziz adalah orang politik.

Sifir orang politik amat mudah, setiap tutur kata dan gerak laku mesti memberikan keuntungan politik, tidak kira pada parti mahu pun diri individu itu sendiri. Jadi, anggaplah cadangan muzakarah ini hanya satu khayalan politik biarpun Majlis Fatwa Kebangsaan atau ulama seperti Mohd. Noor Deris bersetuju. Nik Aziz tetap Nik Aziz dan beliau tidak akan berubah biarpun usianya mencecah 80 tahun.

Apa yang dikatakannya seolah-olah syurga dan neraka hanya ada untuk ahli Pas. Ingat Tuan Guru, kita semua mahu masuk syurga.

Antara Dr. Mahathir, Nik Aziz dan Kuan Yew


SAYA merasakan terlalu rugi jika tidak memetik penuh tulisan Dr. Mahathir Mohamad yang terbaru dalam chedet.co.cc bertajuk “Nik Aziz dan Kuan Yew” bagi tujuan mereka yang tidak boleh mengikutinya melalui Internet.

Dr. Mahathir telah mengulas kenyataan Nik Aziz yang sentiasa diulang-ulangnya mengatakan Islam tidak boleh menerima perjuangan berteraskan Melayu atau kebangsaan. Istilah bangsa atau Melayu bagi Nik Aziz tidak wujud dalam dirinya. Baginya Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali bersatu kerana jika ia bersatu, ia akan menjadi UMNO. Maka sebaliknya, jika Pas pun mengakui kewujudan konsep kebangsaan, maka ia bukan lagi Pas.

Semasa kempen pilihan raya kecil Tenang, Nik Aziz menuduh perjuangan UMNO itu sebagai ‘jahiliyah’. Oleh itu, beliau meminta pengundi supaya jangan sokong UMNO atau orang Melayu kerana mereka itu ialah jahiliyah. Mengundi parti yang berteraskan kemelayuan atau kebangsaan ialah jahiliyah.

Sebaliknya, beliau menyokong dan mempertahankan kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew alias Harry Lee, yang baru-baru ini meminta umat Islam republik itu supaya melonggarkan pegangan agama yang dianuti mereka jika mahu hidup dalam komuniti ultra-moden Singapura. Kuan Yew yang tidak percayakan Tuhan dan agama (agnosticism) cuba menerapkan doktrin itu di kalangan orang Islam Melayu republik itukah?

Bagi Nik Aziz konsep kepartian adik-beradik – PAP (Singapura) dan DAP (Malaysia) boleh diterima dan berteraskan aliran Islam Pas.

Salah seorang pembaca tulisan Dr. Mahathir itu menghantar satu komen dalam blog tersebut dengan memetik ucapan pengasas parti Pas, Dr. Burhanuddin al-Helmy pada Malam Merdeka 1960 yang berbunyi: “Dalam perjuangan kita (Pas) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus-menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci.”

Penulis komen itu, satD, mengakhiri tulisannya dengan berkata: Apa sudah jadi sama Pas? (Komen-komen lain ikuti: http://chedet.co.cc)

Bagi saya: Bukan apa sudah jadi sama Pas, tapi apa sudah jadi sama Nik Aziz. Sebenar-benarnya, Nik Aziz ini hanyalah ahli politik bertaraf political animal, yang bermain kata mengikut kesesuaian politiknya.

Semalam semasa berucap di wacana bertajuk “Bangsa Melayu dan Masa Depannya” anjuran Mubarak di Memorial Tun Hussein Onn (bangunan Jabatan Perdana Menteri lama), Dr. Mahathir menegaskan: ‘‘Kali ini jika kita hilang kuasa, saya khuatir kita tidak boleh berdiri atas kaki kita sendiri lagi. Walaupun Hang Tuah telah berkata Melayu Takkan Hilang Di Dunia – namun pada masa itu semasa kita pergi ke kuburnya, kita akan berkata ‘‘maaf, Melayu sudah hilang...”

Berikut ialah petikan penuh tulisan terbaru Dr. Mahathir (bagi pembaca yang tiada talian Internet) bertajuk:

NIK AZIZ DAN KUAN YEW

1. Kata Nik Aziz, “Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kuan Yew”. Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kuan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk keislaman mereka.

2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?

3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh Pas dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan Pas itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.

4. Pas turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila Pas mengadakan sembahyang Jumaat dua imam, larangan terhadap perkahwinan orang Pas dengan orang UMNO, larangan ahli Pas menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang Pas dari orang UMNO, seolah-olah di akhirat juga Pas ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

5. Apabila Pas bertanding dalam Pilihan Raya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.

6. Kemudian Pas bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihan Raya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO dikeluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu Pas mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.

10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.