Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Wednesday, January 12, 2011

Siasat siapa keluarkan geran - Isu Surau Al-Hidayah Rawang


RAWANG – Jawatankuasa Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH), Kampung Melayu Pekan Rawang, menggesa siasatan dijalankan secara terperinci berhubung isu geran tapak Surau Al-Hidayah yang boleh diberikan kepada pemaju syarikat swasta pada 2009.

Penasihatnya, Datuk Ir Md Nasir Ibrahim berkata, gesaan dibuat berikutan tapak surau berkenaan sudah wujud hampir 100 tahun lalu dan tidak perlu dikeluarkan geran kerana ia sudah digazetkan.

“Jika kita tidak bangkitkan isu pengambilan tapak surau ini oleh syarikat swasta dilantik anak syarikat Kerajaan Negeri terlibat, sudah tentu tanah surau seluas 14,000 kaki persegi ini sudah dibahagikan kepada lapan lot.

“Setelah menyedari tanah gazet surau tidak boleh diambil, mereka baru bertindak memulangkan semula tapak surau ini dan mengatakan masalah telah selesai,” katanya dalam sidang media di pekarangan Surau Al-Hidayah.

Menurutnya, penjelasan susulan demonstrasi bantahan pengambilalihan tapak surau berkenaan oleh BBSAH baru-baru ini didakwa diputarbelitkan pihak tertentu.

Dalam pada itu, Md Nasir berkata, syarikat anak Kerajaan Negeri terlibat kini distrukturkan semula dengan nama baru, tetapi ahli lembaga pengarahnya masih individu sama dan dia tidak menjawab perkara dibangkitkan dengan baik.

Menurutnya, disebabkan itu BBSAH membuat susulan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak itu juga tidak menolak geran tapak masjid atau surau itu tidak boleh dikeluarkan tanpa bantuan ‘orang dalam’.

“Kesimpulan boleh saya katakan, ada pihak tertentu yang mempunyai niat membangunkan tapak surau ini untuk tujuan komersil dengan membahagikannya kepada beberapa lot.

“Malah, ada individu daripada pihak terlibat telah bercakap kepada saya bahawa lima lot telah dijual dan ada pembelinya, manakala tiga lot lagi dibahagikan kepada surau,” katanya.

Md Nasir berkata, BBSAH menyifatkan tindakan pihak terbabit yang berniat mengambil sebahagian tanah Surau Al-Hidayah sebelum ini, seperti ‘pencuri sudah dikenal pasti polis, baru hendak meminta maaf dengan tuan rumah’.

Tegasnya, pada 2001 belum wujud lagi geran surau dan sepatutnya syarikat dilantik hanya bertanggungjawab membangunkan Bandar Baru Rawang, tanpa melibatkan tanah surau dan masjid.

Sementara itu, Pengerusi BBSAH, Bing Selamat Amir, bertugas sebagai Pengerusi Surau Al-Hidayah sejak 29 tahun lalu sehingga sebelum September 2010, memberitahu pihaknya tidak pernah dibawa berbincang mengenai pengambilan lot surau oleh pemaju berkenaan.

“Walaupun geran pada 2003 dibatalkan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2/1/2002, tetapi kita kesal ia dikeluarkan pula pada 2009 tanpa melibatkan perbincangan dengan pihak surau,” katanya.

Setiausaha BBSAH, Abdul Rahman Zahari pula menggesa pihak berkaitan memohon maaf khususnya kepada penduduk Islam Rawang, berhubung isu yang timbul melibatkan tapak Surau Al-Hidayah sebelum ini.

No comments:

Post a Comment