Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Monday, January 10, 2011

Perjuangan Pas: Pertahan Karpal Atau Korbankan Islam

md alwi che ahmad-pertahan karpal-pas-pendirian

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad hari ini menimbulkan persoalan apakah perjuangan utama Pas sama ada mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh atau mempertahankan prinsip perjuangan yang didokong sekian lama.

Menurut beliau perkara itu perlu diperjelaskan oleh Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abd Rahim Wan Abdullah telah menimbulkan kekeliruan umum.

“Dalam soal ini saya mungkin berbeza dengan pandangan sesetangah pihak yang lain. Saya sanggup mati mempertahakan Wan Abdul Rahim dan langkah mayat saya dahulu sebelum menyentuh Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

“Saya katakan begitu kerana apa…Kerana Abd Rahim itu adalah Islam dan wajib bagi saya mempertahankan saudara seagama saya dan inilah pegangan saya. Berbanding dengan Wan Abd Rahim, beliau sanggup mati mempertahankan Karpal yang boleh dianggap separuh harbi.

“Pendirian Abd Rahim itu dikatakan kerana Karpal telah mengubah pendirian terhadap negara Islam. Saya nak tanya pemimpin Pas, apakah Karpal benar-benar berubah atau lembutnya hati Karpal seumpama lembutnya Lee Kuan Yew pada satu ketika dahulu atau perubahan beliau itu berunsur politik semata-mata. Ini yang mereka perlu lihat dan nilai,“ katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mendapat kritikan banyak pihak.

Kenyataan Wan Abd. Rahim di Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini memberi amaran ‘langkah mayat saya dahulu’ jika ada pihak yang ingin ‘mengusik’ Karpal walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran ‘langkah mayatnya dahulu’ jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setiakawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang ‘diserang’ pelbagai pihak berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau yang mendedahkan kegiatan salah laku seks Ketua Pembangkang itu pada 1997 di Dewan Rakyat.

Alwi yang juga ADUN Kok Lanas seterusnya menegaskan sepanjang pengetahuan beliau, karpal Singh tidak pernah mengiktiraf negara ini negara Islam dan pernah berdebat dengan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Parlimen pada satu ketika.

Menceritakan lebih lanjut beliau seterusnya menambah, perkara berkenaan terkandung di dalam Hansard Parlimen dan itulah yang menjadi kehuatiran beliau berhubung perubahan pendirian Karpal Singh yang diwar-warkan oleh Pas.

“Karpal ini kafir harbi…Harbi dari sudut politik dan kita menentang beliau bukanlah secara pertumpahan darah tetapi penentangan secara politik. Inilah yang perlu kita utamakan.

“Namun kalau benarlah seperti apa yang dilaungkan oleh kepimpinan Pas hari ini bahawa Karpal telah mula berlembut dalam soal Islam ini dan sebagainya, saya mendoakan agar kepimpinan Pas berjaya mengislamkan Karpal Singh sepertimana Rasulullah s.a.w mengislamkan Sayyidina Umar Al-Khattab dahulu,“ katanya

No comments:

Post a Comment