Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, January 11, 2011

Masalah banjir bakal selesai - YB Abdul Shukur

KUNDANG - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang akan berbincang dengan salah sebuah agensi pertanian kerajaan bagi menyelesaikan masalah banjir di Kampung Baru Kundang, Kundang Muhibah, di sini.

ADUN, Abdul Shukur Idrus berkata, masalah banjir yang berlaku beberapa tahun lalu didakwa berpunca daripada sistem saliran di kawasan milik agensi berkenaan yang kurang baik.

Menurutnya, aduan sering diterima daripada penduduk setempat berkenaan masalah tersebut.

“Kita akan berusaha mengatasinya dan berbincang dengan agensi berkenaan bagi membesarkan parit dan longkang milik mereka.

“Saya juga akan berbincang dengan agensi berkenaan untuk memohon peruntukan khas dan kelulusan bagi mengguna tanah milik mereka bagi menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Abdul Shukur berkata demikian ketika Lawatan Rahmat Jumaat ke Kampung Baru Kundang serta sumbangan kepada 12 keluarga memerlukan di situ.

Hadir sama pada lawatan itu ialah Pengerusi Majlis Permuafakatan UMNO Bahagian yang juga Pengerusi Kelab Veteran UMNO Bahagian Selayang, Datuk Saidin Thamby dan Setiausaha Kelab Veteran UMNO Bahagian Selayang, Datuk Raja Ahmad Nizar Raja Ismail.

Terdahulu Abdul Shukur mengulas berkenaan aduan penduduk kampung berkenaan masalah banjir yang dikatakan berlaku setiap kali musim hujan di kawasan itu.

Beliau berkata, usaha membuat perparitan baru adalah lebih sesuai di kawasan milik agensi berkenaan.

“Daripada tinjauan, kita mendapati longkang sedia ada di kawasan milik agensi terbabit terlalu kecil dan tiada penyudahnya, jadi semua air tertumpu semula ke kampung berkenaan.

“Dengan penyelesaian ini, bukan sahaja Kampung Muhibah, tetapi tanah pertanian milik agensi pertanian kerajaan berkenaan juga dapat diselamatkan daripada ditenggelami air,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada program itu, Abdul Shukur sempat melawat Surau Al-Falah di kampung berkenaan dan mengumumkan pemberian RM20,000 untuk membaik pulih atap dan surau berkenaan yang uzur.

No comments:

Post a Comment