Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Thursday, April 8, 2010

UMNO Bhg.Selayang jadi "Abang Angkat" kepada 2 peti Undi kawasan Parlimen Hulu Selangor



Sg.Choh - Satu perjumpaan telah diadakan bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Selayang yang diketuai oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus bersama dengan Ketua PDM Gugusan Sungai Choh.
Perjumpaan ini antara lainnya membincangkan status serta strategi dalam menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. Umno Bahagian Selayang telah di beri mandat menjadi "Abang Angkat" kepada dua peti undi iaitu peti undi Sungai Choh dan peti undi Taman Bukit Teratai Sg.Choh.
Dalam ucapan suaikenal, YB Shukur meminta, supaya kita perlu menerima apa yang telah dimaklumkan oleh PM di Majlis Konvensyen BN Selangor, bahawa kerusi P.Hulu Selangor tetap MIC punya, inilah semangat setiakawan kita dalam BN. Walau apapun PM akan menentukan siapa calon yang layak bertanding, ini kuasa PM.
Sekarang ini, kita perlu memastikan BN menang di Parlimen Hulu Selangor, kerana ia adalah merupakan imej kepada BN dan PM. Kita perlu berkerjasama dalam memastikan kejayaan ini, katanya..., hadir sama Tim.Ketua Bahagian UMNO Selayang YB Dato' Subahan Kamal, Ketua Wanita Bahagian Datin Reny Rahayu,Ketua Puteri Bahagian Cik Norhamizah Mat Tahir serta kepimpinan AJK Bahagian.

No comments:

Post a Comment