Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, April 6, 2010

Selesai segera masalah banjir


SH : 6hb April 2010;


SELAYANG BARU – Keadaan longkang dan parit dipenuhi batu, tumbuhan liar dan sampah di Kampung Selayang Baru amat dikesali. Masalah itu berpunca kerana sudah lama tidak diselenggara dan mengakibatkan banjir kilat melanda terutama di kampung berkenaan serta sekitarnya menjadi bertambah buruk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, beliau berharap wakil Kerajaan Negeri turun padang melihat permasalahan yang timbul.

Menurutnya, tindakan segera harus diambil bagi mengatasi isu banjir di sini oleh pimpinan atasan seperti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Exco negeri. “Saya hairan masalah ini telah diketengahkan banyak kali, tetapi langsung tiada tindakan. Ia tidak akan selesai selagi MPS bersama agensi berkaitan tidak bertindak,” tegasnya. Subahan berkata demikian pada lawatan turun padang bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Selayang Baru, Mohd Riduan Jamaludin dan Pengerusi JKKKP Selayang Indah, Mohd Yunus Md Akhir. Dalam pada itu, menurutnya, kebanyakan penduduk kini sentiasa hidup dalam kebimbangan jika banjir memasuki rumah mereka secara tiba-tiba apabila hujan lebat.

“Sesetengah pihak mungkin menganggapnya masalah remeh, tetapi impaknya cukup besar kepada penduduk terutama kepada mereka yang mengalami kerugian. “Malahan, kemudahan awam seperti surau di Selayang Baru Jalan 30 juga rosak dimasuki air banjir,” katanya. Ditanya cadangannya bagi mengatasi masalah saliran di Selayang Baru yang merupakan kampung tradisi dengan rizab longkang terhad, Subahan berkata, saluran berkenaan tidak perlu diganti secara menyeluruh. Sebaliknya, kemudahan saluran sedia ada seperti longkang monsun hanya perlu diselenggara secara rutin. Subahan turut membangkitkan kebimbangan penduduk berhubung masalah sampah seperti perabot lama dan bekas makanan serta tin tidak dipungut yang menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Sekarang ini kes demam denggi semakin meningkat. Untuk itu, penduduk perlu menjaga kebersihan sekitar kawasan masing-masing,” katanya. Sementara itu, seorang penduduk yang juga ahli Jawatankuasa Nadi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, Sulaiman Ijas, 55, berharap, longkang di Jalan 29 diselenggara segera bagi memudahkan pengaliran air di saluran berkenaan. Terdahulu, Subahan turut mengumumkan bantuan peruntukan membersihkan permaidani surau yang rosak akibat banjir di Jalan 30, selain menggesa longkang monsun terbabit dinaik taraf pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Beliau turut menggesa pembangunan Bukit Botak disegerakan berikutan kawasan di situ antara punca banjir di Selayang Baru.

No comments:

Post a Comment