Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Monday, April 19, 2010

MEMAHAMI PENGUNDI KAUM INDIA DI MALAYSIA

Kaum India di negara ini berjumlah 1.8 juta dari 22 juta penduduk Malaysia. Etnik India di Negara ini adalah paling ramai di luar benua kecil India. Kaum India di negara ini lebih suka gelarkan diri mereka sebagai Tamil, Sikh, Malayalee, atau Telugu daripada India itu sendiri. Komuniti India yang ramai ialah terdiri dari komuniti Tamil yang berasal daripada Tamil Nadu, India. Orang Tamil ini merangkumi 85% dari 1.8 juta keseluruhan jumlah orang India di negara ini. Ramai daripada mereka tinggal di pantai barat Tanah Melayu di negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Johor. Generasi pertama mereka kebanyakan hanya berkerja di estet-estet tetapi generasi kedua atau ketiga kini telah bergelar usahawan berjaya, intektual dan profesional dengan mencebur diri luas di dalam bidang perubatan, peguam dan juga bahagian teknikal.
Apabila negara mula maju dengan pesat di era pimpinan Tun Dr.Mahathir daripada negara pertanian kepada negara Industri; ramai kaum India ini mengambil peluang ini mula berhijrah dari estet-estet ke bandar-bandar perindustrian untuk memajukkan diri dan keluarga mereka. Penghijrahan ini walau pun telah memberi kedudukan kewangan yang baik kepada keluarga dari sebagai pekerja Estet tetapi telah mengundang masalah sosial kepada kaum India di bandar-bandar baru. Ramai di antara yang tidak mampu memiliki rumah mula membuat penempatan setingan yang serba kurang kemudahan asas. Dari sini timbulah berbagai masalah sosial. Seperti perpecahan penyatuan kaum, kejutan sosio-budaya dan warisan seperti perayaan keagamaan, tempat ibadah, kemudahan balai raya, sekolah beraliran Tamil yang terhad dan tidak mampu dan keciciran dalam arus pendidikan, kos hidup yang tinggi, masalah ketagihan alkohol, masalah salah pengunaan dadah, gangsterisma dan kadar jenayah yang agak tinggi.
Pembabitan kaum India di bandar dalam Status sosial yang banyak dipengaruhi kasta, politik dan Ekonomi tidaklah boleh banggakan. Perpecahan kaum India dalam politik amat ketara apa bila wujud terlalu banyak parti politik seperti parti-parti politik MIC, PPP, Gerakan, IPF, KIMMA, pembabitan dalam parti Politik pembangkang seperti PKR, DAP mahu pun di Parti PAS. Yang paling terbaru MMSP. Ini adalah contoh yang ketara peperpecahan kaum India di Malaysia. Kebanyakan Parti-Parti Politik ini tidak dapat menyatukan perpaduan kaum India di negara ini. Cuma menyatukan mereka ialah dibawah parti Barisan Nasional. Kekuatan Politik kaum India terletak kepada Barisan Nasional. Boleh dikatakan Kaum India bersatu disebabkan adanya Barisan Nasional. MIC atau pun Parti-Parti India yang lain tidak boleh bersendirian dalam memperjuangkan Nasib orang India di negara ini. Parti-parti politik Kaum India perlu berkerjasama dengan UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional; ini bukan bermakna UMNO menjadi "Big Brother" bagi parti komponen BN atau pun menjadi orang suruhan UMNO. BN adalah seperti satu keluarga yang besar. Dalam keluarga itu perlu ada seorang "Abang sulung" yang perlu dihormati tidak ada salahnya.
Sebelum PR2008 sokongan pengundi India disifatkan sebagai penyokong setia Barisan Nasional. Sokongan ini menyebabkan UMNO memperolehi kemenangan besar Pada pilhanraya 2004 memenangi 63 kerusi dari 71 kerusi ditandingi tetapi apabila sokongan pengundi bukan Melayu berkurangan pada pilihanraya 2008 UMNO cuma memenangi hanya 43 kerusi sahaja. Situasi ini menunjukkan kita saling perlukan satu sama lain dalam pilihanraya 13 nanti.
Apa yang penggundi India perlu diberi perhatian sekarang ialah; nasib Kaum India akan dibela oleh secara peribadi oleh Dato'Sri Najib selepas mengambil alih pucuk pimpinan negara. Contoh komitmen DS Najib sebagai Perdana Menteri ialah dimana beliau sanggup bertemu dengan dengan RS Thanethiran bekas Koordinator Hindraf dan cuba memahami masalah dan tuntutan kaum India. Wal hal Pucuk Pimpinan sebelumnya tidak pernah melayani atau mempelawa sebarang perbincangan. DS Najib juga dengan Ikhlas dan sebarang syarat membebaskan5 pemimpin Hindraf yang ditahan dibawah ISA. Dua pemimpin semasa DS najib ambil alih pimpinan dan tiga pemimpin lagi pada May, 2009. Datuk SK Devamany Ahli Parlimen Cameron Highland yang lantang bidas UMNO diParlimen sebelum DS Najib telah amat bangga dan puji sikap DSNajib dengan menyatakan di bawah pimpinan DS Najib Dua sekolah rendah mendapat peruntukan RM500,000 dan RM700,000 di kawasan parlimennya. Dalam Poll yang dijalankan oleh "Merdeka Centre" untuk pendapat kaum India terhadap pimpinan DS Najib mula mengambil pucuk pimpinan cuma 46% saja setuju dengan Perdana Menteri yang ke-enam boleh bawa perubahan kepada kaum India di Malaysia. Tetapi Poll pada May,2009 selepas DS Najib menjadi Perdana Menteri 64% kaum India telah menyokong DS. Najib. Ini menunjukkan DS Najib mempunyai banyak rancangan untuk memulihkan Sosio-ekonomi kaum India di negara ini. Penggundi kaum India di PRK Hulu Selangor kini bertanggung jawab terhadap seorang Perdana Menteri yang secara Ikhlas mahu bantu nasib orang India di negara ini walu pun tanpa sebarang parti politik. Maka ia bukanlah kerana MIC atau pun kerana parti lain. Undi anda akan menentukan keyakinan Perdana Menteri terhadap Kaum India yang menyokong dasar dan polisi kerajaan terhadap membaiki keadaan sosio-ekonomi kaum India negara ini. Pengundi India di Hulu Selangor perlu fikirkan masa depan generasi kaum mereka.
"MAKA UNDILAH BARISAN NASIONAL UNTUK KESEJATERAAN RAKYAT DAN DEMI PERSAHABATAN IKHLAS YANG DIHULURKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-6 YAB DATUK SRI NAJIB TUN RAZAK TANPA PRASANGKA DAN BELAH-BAHAGI. HIDUP SATU MALAYSIA...HIDUP BN".

No comments:

Post a Comment