Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Thursday, April 1, 2010

Nak Jadi Wakil Rakyat.?, tetapi di mana letaknya amanah yang diberikan rakyat..?


Kesal dengan sikap pembangkang yang sengaja mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Ada di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak mahu melemparkan fail.
Sikap yang ditunjukkan oleh pembangkang tersebut mencerminkan 'wajah' dan peribadi mereka sebenarnya.

''Mereka mengaku mahu menjadi pembangkang yang baik, apa yang berlaku hari ini membuktikan segala yang dipertontonkan mereka adalah sikap yang buruk.

''Dewan seolah-olah dijadikan 'kandang' dan medan demonstrasi jalanan mempamerkan poster-poster. Inikah contoh ditunjukkan oleh mereka sebagai wakil rakyat.

Pembangkang akan tetap dengan sikap 'kurang ajar' mereka dan tidak langsung mengutamakan kepentingan rakyat.Lakonan pembangkang yang kononnya mempertikaikan perjalanan sidang DUN tidak mengikut peraturan.

''Alasan bahawa mereka keluar (Dewan) sebab tidak diberi peluang membahaskan usul titah ucapan tuanku Pemangku Raja Perak sengaja diada-adakan.
Mereka sengaja merancang kekecohan ini. Soal tidak diberi ruang bahas ini tidak timbul kerana kita dapat melihat ia telah pun bahas usul tersebut.
Tindakan pembangkang keluar beramai-ramai daripada Dewan ketika sidang sedang berlangsung menunjukkan mereka tidak berminat membincangkan masalah-masalah rakyat.

''Mereka membohongi, memfitnah dan terus memekik-mekik iaitu suatu perbuatan yang buruk sekali dan tidak sepatutnya berlaku dalam Dewan yang dianggap mulia ini.
''Saya yakin rakyat akan menilai mereka menerusi perangai-perangai dan perbuatan tidak bermoral ini.

No comments:

Post a Comment