Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, April 20, 2010

kempen di Bandar Sungai Buaya - P94




Tan Sri Isa Abdul Samad dan Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang berkahwin Rabu lalu bukan sahaja berbulan madu di Hulu Selangor tetapi sempat disandingkan di satu majlis khas bagi meraikan kedua pengantin baru itu.

Majlis itu anjuran UMNO Bahagian Tampin selaku ‘bapa angkat’ semasa kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor bersama masyarakat Taman Melursari Bandar Sungai Buaya yang diadakan di bilik gerakan Barisan Nasional di situ.Acara itu sebenarnya adalah sebahagian dari pengisian ceramah kempen pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang.

Majlis tersebut bertukar menjadi medan ceramah setelah para pemimpin dan jemputan makan malam. Ketibaan Isa dan isteri telah disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dengan paluan kompang, perarakan bunga manggar dan persembahan silat.

Shaziman yang juga Menteri Kerjaraya memulakan ceramah, diikuti Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Afdal dan bekas Bendahari PKR Hulu Selangor yang baru keluar PKR Datuk Dr Halili Rahmat.

Isa adalah penceramah terakhir yang mengulas panjang lebar tentang tindakan parti pembangkang yang sengaja memburuk-buruk kerajaan dan mendakwa Penasihat PKR Anwar Ibrahim sebagai penipu dan pembohong.

Beliau juga sifatkan Anwar dan Datuk Zaid Ibrahim dua karektor yang tidak mengenang budi terutama pada kerajaan BN yang telah memberi peluang menikmati kedudukan dan jawatan.
“Apakah orang seperti ini boleh dipercayai oleh para pengundi, kerajaan BN yang beri mereka kedudukan dan kesenangan pun tidak dikenang budi, apatah lagi budi para pengundi di sini, mereka ini tidak akan kenang,” ujarnya.

Sementara itu Dr Halili dalam ucapan ringkasnya menjelaskan beliau tidak bercita-cita tinggi dalam politik dan ingin meneruskan kerjanya sebagai doktor untuk kebaikan rakyat dan negara ini.

“Saya tidak pandai nak menggata-gata dan menggutuk orang…itu bukan tabiat saya, saya hanya menyokong pihak yang benar,” tegasnya yang memuji pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Model Ekonomi Baru (MEB).

Lebih 300 orang tetamu yang terdiri dari masyarakat setempat hadir.

No comments:

Post a Comment