Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Thursday, April 8, 2010

Mugilan calon popular BN Parlimen hulu Selangor



Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V. Mugilan disebut-sebut sebagai calon paling popular untuk dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, pada 25 April ini.
Bagi penduduk di Hulu Selangor, pemuda berusia 35 tahun itu sudah tidak asing lagi kerana telah menerajui Pemuda MIC bahagian berkenaan hampir 10 tahun.
Selain itu, difahamkan Mugilan yang menetap di Hulu Selangor disenangi oleh rakyat di kawasan Parlimen berkenaan.
Malah beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda MIC kebangsaan turut tidak asing di kalangan penduduk kerana pernah menjadi pengurus kempen semasa Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel bertanding di kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.
Sebelum ini, beberapa nama turut disenaraikan untuk menjadi calon. Mereka ialah Palanivel, Ketua Pemuda MIC, T.Mohan dan Ketua Penerangan MIC, P.Kamalanathan.
Hari ini, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa kerusi Parlimen berkenaan akan ditandingi oleh calon daripada MIC.
Pilihan raya kecil tersebut diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu kerana barah otak.
Dalam pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) merampas kerusi berkenaan yang dikuasai oleh BN sejak empat penggal lalu selepas menewaskan Palanivel dengan majoriti 198 undi.

No comments:

Post a Comment