Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, April 6, 2010

Siapakah calon MIC di Hulu Selangor?





Calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor masih dalam teka-teki namun Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerusi itu mungkin akan diberikan kepada MIC.
Oleh itu, sejak kebelakangan ini beberapa nama daripada MIC telah disebut- sebut oleh media massa sehingga memberikan tekanan kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Walaupun, Samy Vellu mencadangkan nama Timbalannya, Datuk G. Palanivel bagi kerusi tersebut, difahamkan ramai penduduk Hulu Selangor termasuk ahli- ahli MIC sendiri tidak begitu gembira dengan cadangan itu. Ini kerana kebanyakan mereka mengharapkan seorang pemimpin yang muda dan dinamik untuk menjadi wakil rakyat kawasan itu.
Sumber dalaman MIC berkata, Samy Vellu mula menerima maklum balas yang berlainan daripada ahli-ahli partinya berhubung cadangan itu dan ia mengakibatkan beliau berada dalam keadaan tertekan.
''Presiden MIC tidak begitu happy kerana ramai yang memberi cadangan berlainan berhubung calon Hulu Selangor. Ramai yang tidak menyokong calon yang beliau cadangkan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Tambah sumber itu lagi, kini Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan turut disebut-sebut bagi kerusi itu kerana berpengalaman luas dalam bidang politik serta beliau merupakan anak kelahiran Hulu Selangor.
''Beliau mempunyai penyokong dari akar umbi kerana sifatnya yang sangat peramah dan hubungan baik dengan akar umbi parti serta penduduk Hulu Selangor,'' katanya.
Menurut sumber lain, nama Ketua Pemuda MIC, T. Mohan turut disebut-sebut bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor kerana beliau boleh dianggap sebagai seorang ahli politik yang popular di kalangan masyarakat India di negara ini.
''T. Mohan memang berbakat dan mempunyai ramai penyokong bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.
''Beliau selalu turun padang untuk mendengar masalah masyarakat tidak kira Melayu, Cina atau India. Oleh itu, ramai penduduk dari Hulu Selangor mahukan T. Mohan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor,'' katanya.
Dalam hal berlainan, sumber itu berkata, Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan turut disebut-sebut bagi kerusi itu memandangkan Mugilan juga merupakan anak jati Hulu Selangor.
''Walaupun Mugilan masih muda dalam arena politik, tetapi beliau mengenali kebanyakan penduduk Hulu Selangor terutamanya di Kerling, Rawang dan Batang Kali,'' jelasnya.
Sementara itu, kata sumber itu lagi, Ketua Pemuda MIC Selangor, Shanker Raj Ayanger kini dicadangkan oleh ahli- ahli MIC Selangor bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.
''Beliau juga mempunyai penyokong sendiri di kalangan ahli MIC. Tetapi kami difahamkan kebanyakan penduduk di Hulu Selangor tidak mengenali beliau,'' katanya.
Bagaimanapun, kata sumber MIC itu, Samy Vellu masih tetap dengan keputusan dengan menyokong timbalannya bagi kerusi Parlimen itu.
''Kami berharap Presiden MIC akan menitik beratkan pendapat masyarakat awam terutamanya pendapat penduduk Hulu Selangor dalam memilih calon bagi kerusi itu. Ia kerana, calon yang dipilih itu, mampu mengubah nasib BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tersebut,'' katanya.

No comments:

Post a Comment