Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Thursday, April 8, 2010

6 inisiatif 'Deklarasi Darul Ehsan'


Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor menggariskan enam inisiatif sebagai ketetapan bagi memastikan parti itu terus kukuh dan dapat meneruskan aspirasi serta mengembalikan keyakinan rakyat.
Inisiatif yang dikenali sebagai 'Deklarasi Darul Ehsan' itu dibuat atas usaha serta kesedaran seluruh ahli serta kepimpinan BN Selangor ekoran landskap politik yang kini dilihat berkecamuk kesan dasar destruktif pakatan pembangkang genap dua tahun mentadbir negeri itu.
Deklarasi yang dibacakan serentak lebih 2,000 ahli serta pemimpin daripada parti-parti komponen BN di hadapan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menggariskan enam inisiatif bagi mencapai matlamat tersebut iaitu berubah dan melakukan transformasi menjadi barisan hadapan juarai isu rakyat; bersungguh dan ikhlas berkhidmat membela nasib rakyat; memacu menggerakkan gagasan 1Malaysia.
Selain itu, inisiatif lain ialah mengembalikan maruah dan peranan negeri Selangor sebagai pemangkin kemakmuran ekonomi negara; memulih keyakinan rakyat dalam kelancaran pentadbiran dan keharmonian antara kaum; menilai dan memperkukuhkan strategik terbaik untuk menjamin kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Deklarasi tersebut diserahkan kepada Najib oleh Setiausaha UMNO Bahagian Sepang, Mohd. Arifin Mohd. Razid sebagai simbolik terhadap kesungguhan dan azam keseluruhan ahli serta pemimpin BN negeri itu agar parti terus diharapkan dan diyakini rakyat.
Deklarasi Konvensyen BN Selangor 2010:
  1. Berubah dan melakukan transformasi untuk menjadi "barisan hadapan" dalam menjuarai isu rakyat
  2. Bersungguh dan ikhlas berkhidmat demi membela nasib rakyat
  3. Memacu gagasan "BN mampu berubah - Sayangi Selangor, Yakini BN" bagi meletakkan kembali rakyat Selangor ke landasan sebenar agar aspirasi dan kebajikan mereka terus terbela, selaras gagasan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"
  4. Mengembalikan maruah dan peranan Selangor sebagai pemangkin kemakmuran ekonomi negara agar nikmat kemajuannya dapat dirasa oleh semua bangsa
  5. Memulih keyakinan rakyat supaya kelancaran pentadbiran, keharmonian antara kaum, prospek kemakmuran yang dinikmati Selangor mampu diteruskan
  6. Menilai dan memperkukuhkan strategi terbaik bagi menjamin kemenangan mutlak dalam PRU-13 nanti

No comments:

Post a Comment