Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Monday, July 12, 2010

Usul Khir bahas isu pasir ditolak!...Kerajaan negeri cuba tutup isu ini ??????

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kesal apabila usulnya untuk membahaskan isu pasir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan bermula esok, ditolak. Beliau berkata, usul itu yang dikemukakan 14 hari lalu telah ditolak oleh pihak DUN atas alasan ia masih dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).''

Alasan ini tidak munasabah. Saya rasa kerajaan negeri cuba tutup isu ini daripada pengetahuan awam dan sebab itu ditolak dibahaskan di sidang dewan," kata beliau.Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor Mengenai Isu Pasir di sini, hari ini.Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Mohamad Khir turut mengumumkan tempoh penggantungannya dari menghadiri sidang DUN Selangor tamat pada 14 Julai dan bermakna akan menyertai persidangan itu pada Khamis ini.Dalam pada itu, kata beliau, ADUN BN Selangor mengambil ketetapan untuk mendesak kerajaan negeri menghentikan semua aktiviti perlombongan pasir di atas tanah milik kerajaan di negeri ini.Selain itu, kata beliau, pihaknya juga mahu satu jawatankuasa bertindak bagi mencari jalan memulihkan lombong-lombong pasir dengan segera.Ujarnya, mereka juga mendesak agar Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) ditutup dan kuasa pengendalian galian dan mineral di Selangor termasuk pasir dikembalikan kepada Pejabat Tanah dan Galian.

Menurut beliau, ini berikutan syarikat itu gagal menguruskan pasir dengan baik dan tidak meningkatkan hasil pendapatan kerajaan negeri.''Kita juga rasa hairan dan aneh dengan sikap membisu sebahagian badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis alam sekitar sedangkan banyak kawasan telah menjalankan perlombongan pasir secara besar-besaran dan membawa implikasi serius kepada rakyat pada masa akan datang.''Dulu semasa pemerintahan BN, kumpulan ini banyak mengadakan bantahan dan kritikan biar pun perlombongan dijalankan di atas tanah persendirian tetapi kini hanya memejam mata apabila tanah milik kerajaan dijadikan lombong pasir," katanya.

No comments:

Post a Comment