Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, July 13, 2010

Bekerjasamalah Pas dan UMNO demi kepentingan ummah

KERJASAMA yang lebih erat di antara Pas dan UMNO dalam menangani isu-isu tertentu yang membabitkan kepentingan orang Melayu dan Islam di peringkat nasional dan antarabangsa sangat dialu-alukan. Meskipun mempunyai ideologi berbeza, Pas dan UMNO masih mempunyai titik pertemuan terutama dalam aspek yang bukan berkaitan politik. Kerjasama Pas dan UMNO dalam menangani isu Palestin misalnya membuktikan kedua-dua parti tersebut bukanlah bermusuh dalam erti kata sebenar. Kedua-dua parti orang Melayu ini hanya bertentangan pandangan dalam soal politik dan pentadbiran negara sahaja.

Sebab itu, banyak pihak ingin melihat Pas dan UMNO mengadakan lebih banyak kerjasama demi kepentingan umat Islam dan Melayu pada masa akan datang. Untuk itu, digesa lebih banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mengaturkan pertemuan-pertemuan antara Pas dan UMNO bagi membincangkan isu-isu yang bukan berkaitan politik. Selama ini kita lihat Pas dan UMNO terlalu mementingkan politik undi daripada politik ummah. Cukup-cukuplah perbalahan, hentam menghentam antara sesama pihak Islam. Pas dan UMNO mempunyai hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam, ia lebih mudah dicapai jika Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Hasrat murni itu sukar direalisasikan jika Pas bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hakikatnya kedua-dua parti pembangkang itu mempunyai perjuangan yang berbeza iaitu DAP menolak Islam manakala PKR asyik memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpinnya. Malah cita-cita Pas untuk melaksanakan hukum Islam tidak mungkin terlaksana. Untuk berjaya membentuk kerajaan dan menubuhkan negara Islam seperti diharapkan, Pas memerlukan kuasa dua pertiga di Parlimen.

Memang Pas pernah terluka tetapi demi agama dan bangsa, Pas dan UMNO perlu berbaik-baik dan melupakan peristiwa hitam pada 1970-an. Pas dan UMNO adalah parti Islam dan akidah mereka adalah akidah Islam. Jadi seperti kata bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin, kerjasama antara kedua-dua parti itu boleh dibuat menerusi penubuhan sebuah jawatankuasa khas supaya kedua-dua parti orang Melayu itu boleh bersama mengatasi isu-isu berkaitan dengan Islam serta kepentingan umatnya. Jika golongan pemikir Islam negara kita sendiri mengalu-alukan kerjasama ini sejajar dengan konsep ibadah dalam berpolitik untuk menyatukan ummah dan bukan memporak-perandakan masyarakat, maka apa yang ditunggu lagi oleh pemimpin tertinggi Pas dan UMNO.

Apakah kita mahu terus membiarkan usaha untuk menemukan Pas dan UMNO sejak lebih sedekad yang lalu itu masih gagal dilaksanakan? Ketepikanlah alasan dan kepentingan politik. Masalah perpaduan dan tekanan yang dihadapi oleh orang Melayu dan Islam perlu mendapat pembelaan daripada Pas dan UMNO. Banyak kerugian yang ditanggung oleh umat Islam negara ini apabila pemimpin politik Melayu berpecah.

Jadi, pemimpin Pas dan UMNO kena insaf. Mereka tidak harus terus bercakaran.

No comments:

Post a Comment