Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, July 13, 2010

Cukai pintu: Kerajaan negeri dibidas tidak tunai janji

petikan UM:
Kerajaan negeri hari ini dibidas kerana masih gagal menunaikan janji untuk mengurangkan kadar cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus yang dibuat pada pilihan raya umum lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idros berkata, mereka juga berdolak dalih ketika ditanya mengenai janji mengurangkan cukai pintu dan tidak dapat memberi jaminan bila perkara itu akan dilaksanakan. "Apabila saya tanya (Ronnie Liu Tian Kiew DAP-Pandamaran) dalam sidang Dewan tadi, mereka kata memang dah buat janji tetapi tidak beritahu bila masanya.

"Mereka kata ia juga boleh dibatalkan kerana tiada tarikh yang ditetapkan dalam manifesto itu. "Inilah perangai mereka... Nanti pada pilihan raya akan datang mereka pun akan buat janji macam-macam lagi tetapi mereka tidak tulis situ bila dan masanya nak buat. Saya harap rakyat jangan tertipu lagi," kata beliau. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Annex di sini selepas diarahkan keluar dari persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Terdahulu, Ronnie pada persidangan itu berkata, kerajaan negeri masih mengkaji untuk menurunkan kadar cukai pintu dengan memberikan alasan kedudukan kewangan peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) belum kukuh.

Menurut beliau, berdasarkan Penyata Kewangan PBT sehingga 31 Disember 2009, hanya lima PBT mampu beroperasi sekiranya hasil cukai pintu tidak dikutip iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (5.94 bulan), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (3.21 bulan), Majlis Perbandaran Kajang (4.06 bulan) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (5.45 bulan). Sementara itu, tujuh PBT lain kata beliau, tidak dapat menampung operasi sekiranya tiada cukai dikutip dalam tempoh setahun.

"Kerajaan negeri sedang mengambil langkah memastikan kutipan cukai pintu semasa mencapai sasaran 90 peratus dan tunggakan cukai dikutip sehingga 70 peratus," kata beliau. Beliau menjawab soalan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang menurunkan kadar cukai pintu seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang Selangor.

No comments:

Post a Comment