Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Friday, July 9, 2010

MELAYU perlu berfikir...

Berapa bilionkah yang akan dihabiskan supaya calon Melayu boleh menewaskan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang?

Demikian soalan blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz (gambar) yang turut mempersoalkan berapa banyak wang, masa dan tenaga orang-orang Melayu yang akan dihabiskan untuk tujuan berperang sesama Melayu. ''Exco Kanan Kelantan, Datuk Husam Musa dalam ceramah terbukanya di Taman Guru tidak lama dulu berkata, dia akan cari RM20 juta untuk memerangi UMNO supaya parti itu tumbang.

"Saya sendiri pernah menulis bahawa Husam memberitahu saya dia perlu dapatkan RM200 juta untuk bawa Pas ke Putrajaya. Kalau seorang ekonomis seperti Husam menyasarkan jumlah itu, bagaimana pula puluhan ekonomis di dalam UMNO?" soalnya. Beliau berkata demikian dalam entri terbarunya di http://kickdefella.wordpress.com mengenai Agenda Melayu: Menang Sorak, Semenanjung Tergadai.

Katanya, perebutan orang Melayu Islam di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang melibatkan 109 kerusi Parlimen. Katanya, perebutan itu akan melibatkan 65 kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO dan 23 yang dimenangi Pas.

Parti Keadilan Rakyat pada suatu ketika memiliki 20 kerusi yang dimenangi oleh calon Melayu Islamnya dan Bebas satu kerusi, yang dimenangi oleh Datuk Ibrahim Ali atas nama Pas. "Pas sekarang memiliki 23 kerusi di Dewan Rakyat manakala UMNO pula memiliki 65 buah kerusi yang dimenanginya di Semenanjung Malaysia. Jadi Pas ada peluang untuk bertanding lebih banyak kerusi dan ada kemungkinan untuk menang lebih besar dari DAP dan PKR.

"Untuk memperoleh kerusi lebih banyak, Pas perlu menyandarkan nasibnya kepada pemilih bukan Melayu dan bukan Islam serta pada waktu yang sama berusaha menyedapkan hati orang-orang Islam dengan menjemput beberapa kerat orang Cina dan India untuk membaca sepatah dua al-Quran kepada orang-orang Islam," katanya.

Syed Azidi bagaimanapun menyoal, adakah Pas yakin bahawa pemilih-pemilih bukan Melayu akan membiarkan parti itu menunggangi mereka untuk menjadikan Parti Islam Se-Malaysia sebagai parti tunjang pakatan pembangkang. Beliau memberitahu, agenda Melayu sukar dilaksanakan kerana komposisi ahli Parlimen Melayu dan Islam yang berada di dalam kerajaan Pusat hanyalah 39 peratus.

"Sedangkan daripada 222 ahli Parlimen, jumlah keseluruhan ahli Parlimen dari keturunan Melayu dan beragama Islam ialah ialah 58 peratus daripada keseluruhan ahli Dewan. "Ini bererti hampir 19 peratus ahli Parlimen Melayu dan bumiputera Islam lain berada di luar kerajaan manakala 17 peratus ahli Parlimen bukan Melayu, bukan bumiputera dan bukan Islam membentuk sebuah pakatan yang akhirnya menambah sukarnya agenda Melayu dilaksanakan," katanya.

No comments:

Post a Comment