Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, May 11, 2010

UMNO perlukan pembaharuan


Ahli-ahli UMNO disaran keluar daripada kepompong tradisi parti dan cuba melakukan pembaharuan yang lebih berani serta efisien dalam usaha mengekalkan kestabilan parti dan semangat perjuangan di kalangan orang Melayu.

Pembaharuan dimaksudkan termasuklah memberi lebih banyak peluang dan kepercayaan kepada ahli wanita serta golongan muda untuk menjadi pemimpin. Sudah tiba masanya barisan kepemimpinan UMNO menonjolkan kumpulan baru untuk seiring dengan orang-orang lama menerajui parti keramat itu.

''Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai yang telah berjaya. Kita percaya mereka boleh menarik pengundi di luar sana yang rata-ratanya berpendidikan dan matang dalam dunia politik.

Jika UMNO memilih untuk berubah ke arah itu Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang pasti memberi kemenangan besar kepada UMNO. ''Ahli-ahli lama tidak perlu risau tentang kebolehan golongan muda untuk menjadi pelapis, golongan itu hanya perlu dibimbing dengan cara yang betul,''.

Pembaharuan di dalam UMNO sangat penting untuk parti itu terus kekal relevan. Perubahan tersebut bukan sahaja dalam bidang politik malah di dalam kerajaan serta pelbagai dimensi lain bagi memastikan parti sentiasa selari dengan pembaharuan dunia dari aspek ekonomi dan persekitaran antarabangsa.

''UMNO perlu konsisten untuk berubah sepanjang masa, jika ini berjaya dilakukan oleh parti kita yakin UMNO akan mempunyai tempat di dalam hati setiap orang Melayu,'' . UMNO sangat berperanan dalam membangunkan bangsa dan negara, justeru cara lama yang tidak sesuai perlu diberi nafas baru tetapi prinsip asasi masih perlu dipertahankan.

UMNO perlu mengalih tumpuannya daripada kumpulan pemodal atau usahawan kepada kumpulan tidak berpengaruh atau masyarakat luar bandar. Ketika era Tun Abdul Razak, golongan tidak berpengaruh itu sering didahulukan dalam segala perkara tanpa ada agenda yang tersirat.

''Namun, sejak akhir-akhir ini, kumpulan berkenaan semakin terpinggir malah sokongan mereka kepada UMNO juga sudah mula terhakis kerana UMNO mahu mengejar kemajuan negara. ''Kita bimbang jika perkara ini berlarutan terutama ketika pembangkang cuba menarik perhatian pengundi, kumpulan besar ini semakin menjauh dan UMNO akan berhadapan dengan masalah yang besar,''.

No comments:

Post a Comment