Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Saturday, May 15, 2010

Kerana politik, Pas biar isu kalimah Allah dipersendakan


Petikan UM 15/5/2010:

PENGGUNAAN isu kalimah Allah oleh pihak Gereja Katolik hanya reda untuk seketika. Kini isu ini menjadi modal politik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu. DAP sudah membangkitkan isu sensitif kalimah Allah ini untuk meraih undi.

Sama ada pemimpin pakatan pembangkang sedar atau tidak, tindakan mereka itu menghina mahkamah yang sedang memproses tuntutan rayuan kes tersebut.

Melihat perkembangan kurang sihat itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menggesa semua pihak termasuk pembangkang menghentikan isu penggunaan kalimah Allah sebagai modal politik.

Katanya, isu kalimah Allah tidak sepatutnya ditimbulkan lagi terutamanya bagi tujuan meraih sokongan politik kerana pendirian mengenai perkara itu telah diputuskan oleh pucuk pimpinan Pas selain ia merupakan isu sensitif.

Walaupun Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bukan ahli Pas dan bukan lagi anggota PKR, tetapi sebagai umat Islam beliau berhak menyuarakan kekecewaannya dengan sikap Pas yang sanggup bersekongkol dengan DAP untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah.

Apakah Pas tidak boleh dikritik oleh umat Islam lain? Jika perbuatan itu boleh menggugat dan memperlekehkan kesucian Islam, apakah kita hanya berdiam diri sahaja?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

Jadi isu penggunaan kalimah Allah ini jelas. Malah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyatakan bahawa sesiapa (orang Islam) merelakan Kristian menggunakan nama Allah dengan maksud yang membawa kepada syirik (konsep trinity Kristian) boleh menjadi kufur.

Semua parti politik sepatutnya sudah matang dan faham bahawa isu agama adalah sensitif dan perlu berhati-hati bila memperkatakannya.

Janganlah kerana hendak memberi kemenangan kepada calon rakan pembangkang, Pas membiarkan DAP sesuka hati membelasah apa sahaja kenyataan tentang isu kalimah Allah.

Masih banyak modal lain untuk memikat hati orang ramai menyokong pakatan pembangkang.

Sebagai umat Islam, kita minta Pas tidak bersikap bercakap lain di depan orang Islam berhubung isu kalimah Allah, tetapi di depan bukan Islam lain pula kenyataan mereka.

Sebenarnya banyak pihak menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian. Tentangannya bukan sahaja daripada UMNO tetapi juga pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, ahli akademik mengambil pendirian berlawanan, iaitu tidak membenarkan penggunaan kalimah itu oleh orang lain.

Apa pun, sudah nampak ada pendirian yang berbeza-beza di kalangan tokoh ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Selain Haron Din - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin Tantawi adalah beberapa pemimpin Pas yang ke hadapan menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Tetapi pendirian Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang - mewakili pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pengikut agama-agama lain itu 'harus', khususnya agama warisan Nabi Ibrahim (Kristian dan Yahudi).

Apakah Pas yang menjadi harapan orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam, sanggup bersekongkol dengan DAP dalam menentang prinsipnya sendiri?

Adalah merugikan jika Pas terus terperangkap dalam isu kalimah Allah, dan merelakan nama Allah digunakan dalam konsep trinity. Pas sendiri pun tahu hakikat isu kalimah Allah boleh menggugatkan iman, tetapi demi kuasa - Pas tergamak menjual maruah agama yang menjadi denyut nadi perjuangannya.

No comments:

Post a Comment