Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Saturday, May 8, 2010

Hayatilah penderitaan mereka - sebarkan...


Petikan dari :http://mahaguru58.blogspot.com....


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, warganegara Malaysia sekelian.Besarlah harapan saya agar tuan puan berkeadaan sihat sejahtera bersama ahli keluarga sekelian.Begitu juga doa saya agar tuan puan semua berkemampuan dari segi material duniawi untuk membantu seorang anggota polis negara kita yang kini terlantar sakit, tidak berupaya berkata kata, lemah terbaring baru beberapa lama dapat mencelikkan mata, hanya mampu melihat tanpa berupaya bersuara.Koperal 104747 Khalid bin Che Rus dilanggar lari pada 29hb April 2009 di Jalan Keramat AU dan bergelimpang kaku diatas jalanraya akibat terhentak kepalanya jatuh terpelanting dari motosikal yang ditunggang beliau balik bertugas sebagai anggota polis Balai Ampang!Pemandu kenderaan yang melanggarnya cabut lari meninggalkan Koperal Khalid Che Rus koma diatas jalan, lengkap beruniform.

Orang ramai yang berlalu lalang cuma melihat atau berlalu pergi tanpa menghulurkan bantuan kepada anggota polis ini sampai sejam berlalu!Jenis kategori apakah masyarakat kita ini boleh membiarkan seorang anggota polis pengsan koma terhentak kepalanya diatas jalanraya bertar yang keras itu tanpa memanggil ambulans atau mendail 999?Akibat terbiar tanpa pertolongan cemas atau rawatan doktor selama sejam lebih, hari ini Koperal Khalid baru sedar dari koma beberapa bulan yang lalu setelah setahun ditimpa kemalangan yang telah meragut keupayaannya untuk berdikari atau bertugas menjaga keselamatan negara dan menyara anak isteri beliau yang tercinta!

Saya berkesempatan mengetahui cerita duka beliau ini dari OCPD Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan dan Ketua Polis Balai Ampang Cif Inspektor Norazman Zakaria semasa saya membuat tinjauan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam.Saya kesana untuk mewawancara pegawai pegawai polis didalam penyiasatan saya sebagai seorang penulis blog menangani kes remaja yang ditembak mati tempohari.Bilamana saya dimaklumkan bahawa ada satu kes dimana ada anggota polis yang dilanggar lari setahun sudah dan sekarang baru sedar dari koma, maka saya mengalihkan perhatian saya untuk mengetahui keadaan Koperal 104747 Khalid bin Che Rus yang telah saya paparkan didalam bentuk video di atas.Saya pohon agar setiap pembaca blog saya ini serta rakan rakan blogger menyebarluaskan video ini melalui blog masing masing.

Saya mengalu alukan pihak media supaya menyiarkan semula video ini di rangkaian masing masing.Saya mempelawa peguam peguam 'Juara Rakyat' untuk turut membantu Koperal Khalid Che Rus sepertimana mereka membuktikan diri mahu 'membantu' rakyat ter'aniaya' didalam kes remaja Shah Alam itu!Bantulah Koperal Khalid Che Rus!Hubungi isteri Koperal Khalid @ Puan Satona di talian 014-223 5120Alamat berek kediaman mereka : No. 111, Blok 9, Jalan AU 1A/1, Taman Keramat, 54200, Kuala Lumpur.Nombor Akaun Bank Koperal Khalid bin Che Rus untuk kemasukan terus wang derma ikhlas anda adalah :

Akaun Maybank : 1621-8839-5589
Akaun BSN : 1415-7298-8710-4416

Diatas kesudian tuan puan membantu Koperal Khalid bin Che Rus ini, bersama sama lah kami memohon doa restu dari Ilahi agar membalas budi dan jasa tuan tuan dan puan puan semua diampunkan sekelian dosa, dipanjangkan umur, dimurahi rezeki, dikekalkan iman dan dibalas dengan ganjaran Jannah Al Firdaus, Insya Allah!Amin Ya Rabbal Alamin.Saya menyampaikan amanah Puan Satona sekeluarga serta Ketua Polis Balai Ampang OCS Cif Inspektor Norazman bin Zakaria serta Tuan OCPD ACP Abdul Jalil bin Hassan serta seluruh tenaga anggota polis Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya, rakan rakan setugas Koperal 104747 Khalid Che Rus.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment