Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, September 7, 2010

Pelajar dan Guru Cemerlang di DUN Kuang

Seramai 220 orang pelajar dan 16 Guru menerima Anugerah Cemerlang tahun 2009 yang disampaikan oleh YB Tuan Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN Kuang (N13) yang berlangsung di Anjung Bestari Kg.Setia Kuang.Pelajar ini merupakan mereka yang bersekolah di kawasan DUN Kuang dan merupakan pelaj...ar yang mendapat keputusan 5A bagi UPSR, 7A,8A bagi PMR dan SPM. Hampir 500 orang menghadiri majlis ini. Turut sama dalam majlis ini ialah Sdra.Wan Kamal Bin Wan Ibrahim selaku Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Selayang serta Setiausaha UMNO Bahagian Selayang Sdra.zawawi Bin Mohamed.Mereka juga diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama YB.

Di DUN Kuang YB Tuan Abdul Shukur bin Hj.Idrus seorang yang prihatin kepada isu-isu yang melibatkan soal pendidikan dan kebajikan rakyat di kawasannya. Beliau sangat mengambil berat soal ini, kerana ilmulah yang akan membantu kita di masa akan datang.Semoga pengorbanan yang beliau tunjukan ini menjadi rangsangan dan memastikan rakyat di bela serta mendukung wadah perjuangan "Rakyat didahului, pencapaian diutamakan"

"UMNO akan terbela jika tanggungjawab terhadap rakyat tidak diabaikan... insyallah.

No comments:

Post a Comment