Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Friday, September 24, 2010

ADUN Kuang rai Aidilfitri di sekolah



Kira-kira 11,000 pelajar dari 11 buah sekolah akan diraikan dalam Majlis Mesra Aidilfitri Warga Sekolah anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus bermula hari ini.

Menerusi program itu, Abdul Shukor akan melawat sekolah-sekolah berkenaan yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kuang untuk mendekati guru dan pelajar di sekolah terbabit.

Program itu akan bermula esok dengan Sekolah Kebangsaan Sri Kundang menjadi sekolah pertama.

Menurut Abdul Shukor, sebanyak tujuh sekolah rendah dan empat menengah, termasuk Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi Rawang di Bandar Tasik Puteri akan terlibat dalam program itu.

Menjelaskan mengenai program itu, Abdul Shukor berkata, ia merupakan program julung-julung kali diadakan khusus bagi golongan pelajar dan guru.

Menerusi program itu, katanya, pihaknya akan membayar kepada pengurusan kantin sekolah makanan dan minuman yang diambil oleh warga sekolah pada hari berkenaan.

"Sekurang-kurangnya, pelajar-pelajar ini dapat menabung perbelanjaan mereka untuk hari tersebut.

"Selain itu, saya juga akan menyerahkan bantuan RM3,000 untuk Tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terlibat.

"Sumbangan ini adalah khas untuk menampung bayaran tuisyen pelajar yang tidak mampu menjelaskan yuran tuisyen," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya lagi, perbelanjaan untuk program itu adalah daripada peruntukan DUN dan juga program mesra rakyat.

Menerusi program itu, Abdul Shukor akan melawat sekolah-sekolah terlibat sehingga 8 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment