Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Saturday, September 25, 2010

Melayu Perlu Sedar, Hentikan Bertelagah


Semua orang-orang Melayu tanpa mengira kedudukan atau idealogi politik mereka perlu mengambil ingatan dan sedar bahawa masa hadapan tidak akan terjamin sekiranya tidak dirancang dan dilakukan dengan baik pada hari ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah menjelaskan, ketidaksepakatan dan kegagalan melaksanakan perpaduan akan memudahkan pihak lain mengelirukan masyarakat dan seterusnya berperanan dalam menguasai kerajaan.

“Kita akui bahawa ekoran daripada beberapa kesilapan yang dilakukan telah mengakibatkan adanya pihak-pihak yang tidak berpuas hati hinggakan tidak mahu bersama dalam perjuangan parti apatah lagi untuk melihat UMNO terus berkuasa,” katanya kepada umno-online.com.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli-ahli parti agar menumpukan usaha ke arah perpaduan bukan hanya dalam UMNO tetapi juga kepada masyarakat umum.

“Pemimpin atasan telah berulang kali mengingatkan bahawa kuasa orang Melayu hanya akan terjamin jika UMNO berkuasa dan sebaliknya akan berlaku sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentadbiran negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Terang beliau lagi, pakatan pembangkang yang sebelum ini banyak mengutarakan pelbagai janji telah terbukti gagal melaksanakannya apabila mendapat kuasa dan menjadi pemerintah.

“Kita bercakap berdasarkan apa yang berlaku sebagaimana di Negeri Kedah yang dikuasai oleh mereka tetapi gagal melakukan apa-apa perubahan. Malahan, keluhan masyarakat tempatan yang kedengaran dengan ketidakpuasan hati terhadap pelaksanaan kepimpinan mereka,” katanya.

Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar melihat kelembapan dan tiadanya pembangunan dilakukan oleh pembangkang perlu dijadikan sebagai satu manifestasi kepada UMNO untuk bangkit.

“Kerajaan Negeri Kedah hari ini tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab selain mengabaikan urusan-urusan yang mereka anggap kecil misalnya kutipan sampah di sekitar Bandaraya Alor Setar dan juga kegagalan pengurusan sistem saluran air hingga mengakibatkan beberapa kejadian banjir biarpun hanya hujan sekejap.”

Jelasnya, sekiranya ada pembangunan dan kemajuan di Negeri Kedah sekarang ini maka sebenarnya ia adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) kerana menteri besarnya, Azizan Razak gagal merencana apa-apa.

“Kerajaan Kedah hari ini memang tidak berbuat apa-apa biarpun sebelum mendapat kuasa pelbagai janji dibuat. Kalau ada pun mereka hanya mengadakan perjumpaan dan ceramah-ceramah biasa sebagaimana yang dominan dengan Pas.

“Konflik yang berlaku dalam parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau pusat sekalipun jangan sampai menjadi penyakit yang memusnahkan parti sebaliknya ia perlu dirawat agar parti terus kukuh dan rakyat kembali yakin untuk terus menyokong UMNO.”

“Masyarakat setempat mula membuka mata dan melihat sendiri kepincangan negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang, iaitu hanya tahu berkata seakan melepas batuk di tangga sedangkan untuk merealisasikan perubahan mereka telah gagal,” ujar beliau lagi.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyelar mana-mana individu yang gagal mendapat kuasa atau kehendak tertentu agar tidak bersikap negatif dengan menjadikan UMNO sebagai musuh mereka.

“Konflik yang berlaku dalam parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau pusat sekalipun jangan sampai menjadi penyakit yang memusnahkan parti sebaliknya ia perlu dirawat agar parti terus kukuh dan rakyat kembali yakin untuk terus menyokong UMNO.”

Jelas beliau, keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin pulih dan kita sewajarnya bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran iaitu menyediakan jentera lengkap menghadapi musuh yang benar-benar memusuhi kita iaitu penentang kepada perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Orang Melayu tidak kiralah dalam parti mana sekalipun akan gagal mempertahankan kedudukan mereka sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab ini semakin berjaya memecahkan kunci kedaulatan negara iaitu perpaduan,” tegasnya. – MediaUMNO.

No comments:

Post a Comment