Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Friday, September 3, 2010

Nasihat ikhlas buat Nik Aziz, Mursyidul Am Pas


APA yang ingin saya nyatakan di sini ialah isu berhubung orang bukan Islam masuk ke masjid atau surau.

Baru-baru ini seorang mufti dalam negara telah menjawab isu ini, beliau tidak bersetuju bagi orang bukan Islam memasuki masjid atau surau dengan memberi 'tazkirah' atau peringatan di dalam masijd atau surau.

Tetapi berbeza pula apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, beliau mengatakan boleh orang bukan Islam memberi tazkirah di dalam masjid dan orang Islam yang menjadi pendengarnya.

Dia mengatakan orang lain jahil dan tidak mengetahui. Beliau menyifatkan lagi bahawa bahawa inilah cara yang paling baik untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam.

Cuma yang perlu diluruskan ialah sekiranya bukan Islam itu masuk ke masjid untuk mendengar para guru agama mengajarkan ajaran Islam disebabkan dia ingin mengetahui tentang Islam tidaklah menjadi kesalahan.

Tapi yang terjadi sebaliknya, mereka yang memberi tazkirah (peringatan) manakala kita orang Islam yang mendengarnya.Kita yang perlu berdakwah kepada mereka bukannya mereka yang mengingatkan kita. Ini bercanggah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam".Bila seseorang menjadi muslim maka kedudukannya lebih tinggi dan mulia dari penganut agama lain.

Perlembagaan juga menjelaskan hakikat ini dengan mengatakan Islam agama persekutuan yang memberi maksud orang Islam yang berhak berdakwah kepada orang lain.Barangkali yang benarnya beliaulah yang tersasar dalam meluruskan hal ini dan tersalah dalam menegakkan hujah disebabkan kekurangan pengetahuan dalam hal ini.Apa yang hendak disoalkan kepada beliau di sini, pernahkan Nik Aziz dalam menegakkan hujah agamanya merujuk dahulu kepada fatwa-fatwa ulama-ulama muktabar yang disegani dalam dunia Islam?

Apakah beliau telah meletakkan diri beliau sebaris dengan kibar ulama dunia?
Dan, apakah apabila kita mengetahui sedikit hal agama maka dengan sebebasnya boleh mengeluarkan sesuatu fatwa?

Oleh itu nasihat saya untuk beliau supaya jangan tergopoh-gapah dalam mengeluarkan sesuatu hukum, hendaklah juga merujuk kepada fatwa-fatwa kibar ulama dalam hal ini dan janganlah sentiasa memberi pandangan yang boleh menyebabkan masyarakat Islam keliru.

AHMAD TAJUDDIN IDRIS AL-MANHAJI
Ketua Biro, Sekretariat
Ulama Muda UMNO (iLMU)

No comments:

Post a Comment