Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, September 7, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kelab Sukan Komuniti (KSK) dan NGO PEMANIS

Majlis berbuka puasa bersama kelab sukan komuniti DUN Kuang (KSK) yang diadakan di Kafe D'Manggis di jalan Bt.17 Kuang. Saya ucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa yang sudi menjemput saya hadir di majlis ini. kita mengharapkan satu badan NGO yang dapat menarik golongan belia supaya mereka merasakan mereka tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan. PEMANIS yang ditubuhkan sebagai badan NGO juga harus berperanan dalam menarik minat golongan beliawanis.

Saya harap kedua-dua NGO ini, samada KSK atau PEMANIS berperanan dan jangan sekadar nama tetapi tidak tahu hendak menjalankan tugas yang diamanahkan. Semoga kedua-dua menjadi badan NGO yang membantu pembangunan belia dan beliawanis di dalam DUN Kuang, Khasnya Bahagian Selayang.Saya selaku ADUN Kuang sentiasa akan membantu dan hari ini saya luluskan sejumlah peruntukan bagi membantu menjayakan apa jua aktiviti yang akan dijalankan.

"Allah akan memberi rahmat kepada mereka yang jujur serta tahu bersyukur.

No comments:

Post a Comment