Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Monday, September 20, 2010

Kasihan Nik Aziz, keliru antara agama dan bangsa

SAYA tidak fikir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah cukup tua untuk menjadi nyanyuk tetapi anehnya beliau sering ngawur bila bercakap.

Namun beliau sendiri sedar dirinya sudah tua dan letih. Ertinya secara fizikal beliau kekurangan tenaga. Cuma akalnya saja yang masih kuat untuk berlawan dengan UMNO.

Begitulah Nik Aziz yang sedang menghabiskan masa tuanya untuk menentang UMNO, parti politik yang sebangsa dan seagama dengannya.

Tetapi sementelahan beliau tidak berbangga menjadi Melayu mungkin hati nuraninya tidak memihak kepada bangsa Melayu. Dengan kata lain, mungkin beliau menyesal dilahirkan sebagai bangsa Melayu.

Kasihan Nik Aziz. Beliau tidak dapat membezakan antara agama dan bangsa. Justeru beliau berasakan secara kebetulan dan automatik menjadi Melayu.

Kita tidak tahu selama ini Nik Aziz tidak menganggap dirinya Melayu. Namanya saja Melayu. Ertinya beliau tidak menyukai namanya sendiri. Jadi apa pengenalan diri Nik Aziz sebenarnya?

Nik Aziz tidak percaya pada pengenalan bangsa. Sebab itu katanya beliau membina sebuah masjid di Rantau Panjang menggunakan reka bentuk Cina dalam usaha menghilangkan masalah perkauman.

Mengapa menggunakan reka bentuk Cina kalau mahu menghapuskan identiti bangsa? Jika tidak percaya pada wujudnya bangsa, kenapa tidak menggunakan reka bentuk Islam?

Saya rasa Nik Aziz menghadapi krisis identiti. Beliau menganggap dirinya seorang Islam, tetapi bukan berbangsa Melayu. Ini pengakuan beliau sendiri. Beliau mahu dikenali sebagai seorang Islam, bukan seorang Melayu.

Aneh! Sesudah lebih 20 tahun menjadi menteri besar baru sekarang beliau mendakwa dirinya tidak berbangga sebagai Melayu. Ini seharusnya menyedarkan orang Melayu Kelantan bahawa menteri besar mereka tidak bangga dengan dengan bangsa Melayu.

Mungkin ada yang menganggap saya cuba memutar-belitkan kenyataan. Tetapi itulah yang saya fahami daripada berita yang tersiar dalam Utusan Malaysia, 18 September yang lalu.

Ada manusia yang tidak suka dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Tidaklah diketahui mengapa beliau tidak menyukai bangsanya sendiri. Mungkin ada faktor yang menyebabkan beliau jadi begitu.

Mungkin atas sebab itulah juga beliau menolak agenda perpaduan Melayu walau pun Melayu itu Islam.

No comments:

Post a Comment