Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, March 23, 2010

Tekat tawan semula DUN Selangor



Keratan Akhar Sinar Harian 5/3/2010.

KUANG – UMNO Bahagian Selayang proaktif untuk mempertahankan dan mengekalkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuang dan Taman Templer dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang kini ditadbir Pakatan Rakyat (PR) sejak Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12) lalu. Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, pentadbiran UMNO Bahagian Selayang akan dimantapkan untuk memberikan kemudahan dan menyelaraskan gerak kerja yang lancar di 130 cawangan UMNO seluruh Bahagian Selayang yang melibatkan tiga DUN iaitu DUN Kuang, DUN Rawang dan DUN Taman Templer. “Hubungan antara kepimpinan bahagian dan sayap yang baik akan memudahkan untuk melaksanakan pelbagai program secara berpasukan terutamanya dalam usaha menawan semula negeri ini yang kini di bawah tampuk pentadbiran PR. “Dalam masa yang sama, UMNO Bahagian Selayang melaksanakan dan merencana pelbagai program bersama semua lapisan masyarakat dalam pelbagai aktiviti melibatkan kebaji- kan, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan dan merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Selayang di Kampung Setia, dekat sini. Menurutnya, bangunan itu mula beroperasi pada Februari lalu yang menempatkan semua kepimpinan UMNO Bahagian Selayang melibatkan Ketua Puteri UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Wanita bagi memudahkan mereka bekerja di bawah satu bumbung. “Saya menasihatkan kepimpinan UMNO supaya tidak mengejar populariti sebaliknya berjuang bersama untuk memperkukuhkan perjuangan UMNO seperti melakukan penyelarasan kerja dengan lebih tersusun. “Kita mempunyai hasrat bagi mempertahankan dan mengekalkan dua DUN iaitu Kuang dan Taman Templer yang kini di bawah pentadbiran BN dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang ditadbir oleh pembangkang. “Kita yakin, atas usaha yang bersungguh-sungguh mendekati masyarakat, kita akan dapat mengembalikan semula keyakinan mereka kepada UMNO sekali gus kembali kepada BN,” katanya. Shukur berkata, pembukaan pejabat itu adalah bukti dan komitmen berterusan BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya akar umbi. Katanya, pembukaan pejabat di lokasi yang baru ini memberi kesan yang besar demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat di Parlimen Selayang.

No comments:

Post a Comment