Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, March 30, 2010

Negara kita masih aman: Subahan



SELAYANG PERMA I- Negara kita yang mempunyai pelbagai bangsa dan perbezaan politik, sehingga hari ini masih dalam keadaan aman di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, beliau sedih dengan situasi yang berlaku di Selayang apabila terdapat pihak menghebahkan program berkaitan untuk menyelamatkan negara, baru-baru ini. “Saya tengok kain rentang program ‘Selamatkan Malaysia’ ada di merata tempat yang menjemput orang ramai hadir ke program itu untuk mendengar ceramah, seolah-olah negara kita ini tidak selamat.

“Saya percaya ia hanya untuk mengelirukan penduduk,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Gotong-Royong dan Mesra Rakyat Pejabat ADUN Taman Templer bersama warga Kampung Selayang Permai, di sini, kelmarin. Hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Gombak, Ishak Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Selayang Baru, Mohd Riduan Jamaludin serta wakil setempat.

Subahan berkata, Barisan Nasional (BN) paling banyak memberikan bantuan di kawasan Parlimen Selayang iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer dan Kuang oleh ADUN, Abdul Shukur Idrus. Menurutnya, walaupun terdapat cakap-cakap sinis sesetengah pihak, namun beliau percaya hanya UMNO satu-satunya parti orang Melayu yang dapat memperjuangkan nasib bangsanya. “Saya sedih apabila banyak rungutan terhadap BN termasuk UMNO, sedangkan yang salah bukan parti, sebaliknya segelintir pemimpin yang silap sebelum ini.

“Sebab itu penting sekarang ini untuk kita bersatu bukan kerana parti, tetapi kerana kita orang Melayu dan beragama Islam. Jangan percaya dakyah politik yang menghasut untuk menampakkan kita tidak kuat,” katanya. Beliau juga kesal dengan penganjuran program pihak tertentu yang banyak mengumpat dan mencari salah orang lain. Subahan berkata, dalam masa terdekat pihaknya akan memanggil panel jemputan untuk memberikan penerangan sebenar berkaitan isu semasa kepada penduduk kawasannya.

No comments:

Post a Comment