Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Sunday, March 21, 2010

Sembang-sembang petang bersama pemimpin - UMNO Taman Kanching Jaya


Ahad, 21 Mac 2010,
Program yang dianjurkan oleh UMNO Caw.Tmn.Kanching Jaya telah memberi ruang pada penduduk bersemuka dengan pemimpin dan juga dapat mengutarakan permasalahan setempat mereka.
Berbagai soalan telah diajukan, walaupun program ini pendekatannya secara santai, banyak pengajaran serta kesannya yang perlu ahli UMNO beri perhatian.Sebagai seorang Ketua Bahagian beliau tidak mampu melaksanakan tugas berseorangan, maka pemimpin diperingkat akar umbi perlu membantu.Beri perhatian serta bantu masyarakat, jangan kita hanya mempunyai sesuatu kepentingan lain.
Di Rawang, walaupun kita kalah, kita ada wakil seperti juga DUN yang kita menang, wakil-wakil ini juga perlu memberi perhatian kepada kawasan mereka, perlu ada pusat khidmat wakil rakyat dan perkara ini perlu diwar-warkan kepada masyarakat, supaya masyarakat tahu apa yang kita buat untuk rakyat.
Bukan masanya lagi kita hendak bercakap tu tak betul, ni tak betul... sudah-sudahlah berilah perhatian dan pastikan bahawa kita akan menang pada PRU ke-13 ini.Semua ketua-ketua cawangan di DUN rawang telah dimaklumkan bahawa setiap cawangan diperuntukkan sebanyak RM2000.00 untuk menjalankan aktiviti mendekati rakyat dan ahli, RM1000 datang dari peruntukkan UMNO Bahagian dan RM1000 dari wakil yang dilantik oleh pusat di DUN Rawang.
Golongan-golongan yang perlu diberi bantuan, harus dimaklumkan supaya kita dapat membantu mereka ini dengan menggunakan kemudahan agensi yang berkaitan seperti JKM atau sebagainya.Dengan cara ini mereka merasakan diri mereka tidak diabaikan, malah kita perlu hampiri mereka.
Kita sebagai pemimpin perlu turun dan ziarah mereka yang susah atau memerlukan pertolongan, cara ini lebih berkesan dan kita dapat memastikan mereka benar-benar yakin dengan perjuangan UMNO.
"UMNO tidak akan mati melawan musuh, sebaliknya akan mati disebabkan ahlinya sendiri"
fikir-fikirkan.....

No comments:

Post a Comment