Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Friday, August 6, 2010

Sikap penipu pembangkang - mereka gunakan masjid, kita pula dipersalahkan

UMNO tidak memerlukan masjid atau surau untuk berpolitik kerana ia merupakan tempat umat Islam beribadat dan berhimpun tanpa memikirkan tentang fahaman politik di antara setiap jemaah yang hadir. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ini jelas menunjukkan pendirian UMNO berbeza dengan Pas yang banyak menyalahgunakan masjid untuk kepentingan parti mereka. Menurutnya, UMNO tidak pernah menggunakannya untuk berpolitik atau berceramah, kerana semua sudah sedia maklum masjid atau surau ini ada institusi untuk keagamaan untuk awam.
“Malah kami memberi sumbangan untuk membantu menambah baik surau dan bantuan itu sepanjang masa dan sepanjang tahun. Apa juga bantuan kami cuba usahakan untuk membantu surau masjid. “Saya juga ingin menegaskan di sini kami tidak pernah menggunakan wang masjid untuk aktiviti kami, malah program anjuran AJK masjid. malahan saya yang memberikan sumbangan peribadi untuk surau dan masjid.
“Kami hanya datang membantu sebagai umat Islam dan Melayu kerana melibatkan diri dalam aktiviti masjid adalah fardu kifayah, perkara yang baik. Aktiviti gotong-royong tempoh hari pun bersama persatuan penduduk, bukannya aktiviti UMNO malah segelintir Pemuda Pas turut hadir bersama-sama di program gotong-royong itu.
Kenyataan beliau turut disokong Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus yang menyifatkan UMNO sentiasa menghormati keputusan jemaah dalam apa juga keputusan dan tidak pernah campur tangan urusan masjid atau surau. Sebaliknya Abdul Shukor berkata, ahli Pas menyalah gunakan dengan menggunakan mimbar masjid atau surau untuk berceramah oleh rakan mereka, isu pemilihan jawatankuasa serta duit tabung masjid.
“Saya tidak nampak UMNO salah guna masjid, pernahkah UMNO menolak keputusan pemilihan atau sebagainya? Kami menerima sesiapa sahaja walaupun kami tahu kebanyakan yang dipilih adalah penyokong Pas. “Begitu juga duit tabung masjid berkurangan sejak mereka mentadbir kerana mereka menggunakan duit tersebut untuk membayar penceramah di kalangan mereka setiap hari,” katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Melor Sari, Bandar Sungai Buaya, Hairudin Majusi melahirkan rasa kesal dengan sikap ahli Pas yang meletakkan kesalahan mereka kepada pemimpin UMNO. Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin UMNO sebenarnya dilakukan oleh Pas, ini kerana majoriti ahli jawatankuasa masjid atau surau di Selangor adalah terdiri dari ahli Pas.
“Ini kerja orang Pas, sebab majoriti ditadbir oleh mereka di negeri ini. Sebelum ini mereka kata UMNO teruk, tetapi sekarang ini jelaslah bahawa mereka lebih teruk dari UMNO,” katanya. “Sebagai contoh di kawasan saya, dulu masa pentadbiran BN kita ada sebuah masjid tetapi atas permohonan ahli Pas, satu lagi surau dibina berdekatan kononnya tidak mahu bercampur dengan orang UMNO dan pelbagai dakwaan lagi. Tetapi di bawah pentadbiran mereka juga, banyak percanggahan pendapat berlaku di masjid dan surau itu,” katanya. Hairudin berkata, ini jelas menunjukkan ahli Pas sebenarnya menggunakan nama Islam demi kepentingan perjuangan politik mereka.

No comments:

Post a Comment