Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Sunday, August 22, 2010

Haram Doakan Bukan Islam Sejahtera -Harussani

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.

“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Moin Ismail, 70, antara ratusan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Menora, Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Jun lalu mendakwa khatib mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta rakannya dalam kerajaan negeri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menyiasat dakwaan berkenaan bagi mengenal pasti sama ada tindakan terbabit dibuat atas arahan pihak tertentu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi pula, berkata perbuatan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bertujuan menghina Raja selaku penaung agama Islam di negara ini.
Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata khutbah Jumaat tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan politik kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan orang Islam.

“Saya amat terkejut membaca laporan akhbar beberapa masjid di Pulau Pinang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS menyokong penuh satu siasatan dilakukan bagi membuktikan laporan nama Guan Eng digunakan di dalam khutbah di Pulau Pinang. -Bharian

No comments:

Post a Comment