Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Sunday, August 22, 2010

Risalah ‘Pasir Hak Rakyat’ Cubaan Khalid Ibrahim Tutup Kelemahan



SHAH ALAM: Bukan untuk mempertahankan diri tetapi menasihati Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan emosi dalam menangani isu pasir di Selangor dan beriya-iya sangat mempertahankan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), kata Ketua Pembangkang Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

”Mereka dakwa hasil pendapatan pasir zaman saya sangat kurang berbanding sekarang. Memanglah kurang kerana pengeluarannya kurang dan dilakukan atas tanah persendirian. Malah di zaman saya, kita banyak tutup lombong haram.

Dahulu PTG hanya mengutip RM3 setiap meter padu daripada pengusaha pasir kerana ia adalah tanah persendirian. Sekarang ini kerajaan negeri mengutip RM7 kerana ia dilakukan atas tanah kerajaan.

“Yang tidak pernah dijelaskan ialah berapa banyak pasir dikeluarkan sekarang berbanding zaman saya dahulu? Kalau hendak dapat duit banyak dari pasir, koreklah satu Selangor ini maka akan bertambah dengan banyaklah pendapatan hasil pasir,” ujarnya ketika mengulas isu penyebaran risalah bertajuk ‘Kesan Lombong Tanpa Kawalan Zaman BN’ .

Risalah ini diterbitkan oleh Pejabat Pengerusi Jawatankuasa tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor. Risalah ini disebarkan di masjid-masjid dan surau di negeri Selangor.

“Ini merupakan tindakan terdesak mereka untuk menutup kelemahan kerajaan negeri di bawah pimpinan mereka. Kenapa baru sekarang nak terbitkan risalah selepas kita timbulkan isu penyelewengan dan kemusnahan alam sekitar akibat perlombongan tanpa kawalan yang diuruskan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

“Kenapa Khalid beriya-beriya mempertahankan sangat KSSB ini tanpa melihat kepentingan rakyat Selangor. Jika hendak tingkatkan pendapatan pasir tidak perlu KSSB atau tokoh korporat terkemuka, pegawai PTG pun tahu sebab yang perlu dibuat ialah keluarkan permit banyak-banyak dan kutip cukai RM3 untuk satu meter padu.

“Soalnya, apakah ini pengurusan hasil negeri yang betul? Meningkatkan hasil pasir dengan melombong secara besar-besaran?,” ujarnya kepada UMNO-online.

Sehubungan dengan itu, beliau sekali lagi mencabar Khalid dan kerajaan negeri buktikan dan mendakwa kerajaan BN dibawah pimpinannya sebelum ini telah melakukan perlombongan pasir secara haram.

“Yang pasti secara jelas hari ini ialah Kumpulan Semesta Sdn Bhd merompak wang rakyat dengan menjadi orang tengah dalam industri perlombongan pasir. Pasir dilombong atas tanah kerajaan, tetapi royalti yang diterima oleh pejabat tanah hanyalah RM 3 satu tan sama seperti royalti pasir atas tanah persendirian.KSSB ambil lagi RM 4 tanpa perlu melakukan apa-apa kerja kecuali menyediakan draf perjanjian dan mencari kontraktor.

Kerajaan sebagai tuan tanah hanya mendapat RM 3 bagi setiap tan metrik pasir dikeluarkan, manakala KSSB sebagai broker mendapat RM 4. Apakah ini bukan perompak wang rakyat? “.

Dalam masa yang sama, Khir mendakwa kerajaan negeri kini telah merasuah ketua-ketua kampung dengan elaun RM1, 300 sebulan yang bertujuan untuk menutup mereka.
”Dulu mereka dakwa BN amalkan rasuah, tetapi mereka lebih teruk kerana rasuah ketua kampong untuk menutup kesalahan mereka.

“Saya sendiri akan membawa rakan-rakan wartawan melihat sendiri kawasan SD1, kawasan perlombongan yang Khalid rasmikan KSSB dulu. Kita nak tengok, benarkah dakwaan mereka kononnya mereka akan memperbaiki dan membaik pulih kawasan-kawasan perlombongan pasir ini,”. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment