Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Monday, May 9, 2011

Pemandu lori abai muatan - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pantauan kembali
























KUANG – Sikap pemandu treler dan lori besar yang membawa muatan batu dari kuari melalui kawasan kampung di Jalan Kuang kerana tidak menghiraukan had muatan dibenarkan amat dikesali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau sering menerima banyak rungutan daripada penduduk mengenai sikap pemandu yang tidak mengendahkan peraturan membawa had muatan tidak boleh melebihi 10 tan di kawasan itu.

“Kita khuatir kegiatan lori kuari kembali beroperasi biarpun sebelum ini berkurangan selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat pantauan. Sikap mereka memandu dengan laju juga merunsingkan penduduk.

“Kita difahamkan pemandu lori mahu mengejar trip. Pendapatan pemandu akan bertambah jika trip lebih banyak, namun ini juga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung aduan penduduk yang bimbang dengan kegiatan lori kuari melalui kawasan kampung di sini yang semakin giat beroperasi.

Menurutnya, beliau berharap anggota JPJ kembali membuat pantauan di Batu 20, Jalan Kuang supaya pemandu lori kuari yang membawa lebihan muatan di situ dapat disekat.

Difahamkan, terdapat kabin disediakan sebagai pondok kawalan JPJ bagi mengawal kegiatan lori kuari di Batu 20 berhampiran Klinik Kesihatan Kuang sebelum ini, namun ia kini kosong sejak lebih setahun lalu.

Dalam pada itu, Abdul Shukor turut melahirkan kekesalan berikutan lori kuari yang banyak melalui kawasan kampung turut merosakkan permukaan jalan raya dan memberi kesan terhadap struktur jambatan di Sungai Kuang dan Sungai Plong.

“Wakil penduduk mendapati terdapat keretakan tiang dua jambatan itu di sebelah bawah. Kita risau kemudahan terbabit yang sering menampung kenderaan melebihi had, boleh merosakkannya,” katanya.

Abdul Shukor berkata, beliau berharap tindakan mengatasi masalah lori kuari sudah mula beroperasi sejak 10 tahun itu tidak hanya diambil setelah berlaku sesuatu tidak diingini atau kejadian meragut nyawa.

Katanya, bagi mengatasi masalah itu, pihak bertanggungjawab diharap dapat membuat halangan yang sesuai terhadap lori kuari melebihi had.

“Kerajaan Negeri sepatutnya jangan hanya memikirkan keuntungan atau royalti di sebalik aktiviti kuari oleh pengusaha ini. Patut ada jalan alternatif diwujudkan untuk laluan lori berkenaan.

“Mereka boleh bincangkan untuk bina laluan alternatif dari kuari ke lebuh raya berhampiran. Saya percaya jika ini dilakukan, masalah dihadapi penduduk kampung ini boleh diselesaikan,” katanya lagi.

1 comment:

  1. saya tinggal di Bandar Tasik Puteri. baru-baru ni saya ada melihat satu kemalangan yang melibatkan 2 motosikal. punca kemalangan adalah kerana lubang besar ditengah jalanraya masuk ke Bandar Tasik Puteri. Ada segelintir penduduk mengatakan punca lubang besar di jalanraya adalah berpunca daripada lori keluar masuk ke BTP (Bandar Tasik Puteri).Sebagai ADUN Kuang,apa cadangan YB Syukur mengenai kes ini? perlukah perkara ini dibawa ke MPS untuk selesaikan permasalahan ini?

    ReplyDelete