Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Melayu akan hilang kuasa jika pembangkang memerintah sebagai satu peringatan sangat tajam dan tepat pada masanya.
Justeru, tegas beliau, jika orang Melayu masih enggan menginsafinya maka tidak hairanlah pada pengakhirannya mereka akan terima padah apabila tidak lagi mempunyai kuasa.
"Ketika itu orang Melayu jangan salahkan orang lain jika kuasa pemerintahan telah dipegang oleh bukan bangsa sendiri.
"Walaupun pada dasarnya sesebuah negara itu akan diperintah oleh parti politik berdasarkan majoriti penduduk tetapi itu semua bukan mustahil untuk tidak lagi dinikmati oleh orang Melayu," katanya ketika ditemui di Angkasapuri di sini, hari ini.
Rais diminta mengulas ingatan Dr. Mahathir terhadap orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mpemerintahan negara.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee meminta semua pihak terutama pemimpin UMNO supaya berlapang dada dan jangan sesekali menganggap ingatan Dr. Mahathir itu sebagai satu lagi tindakan campur tangannya terhadap kerajaan.
Sebaliknya, menurut beliau, ia merupakan realiti yang harus dipandang serius oleh semua pemimpin Melayu.
Katanya, negarawan itu bukannya bercakap kosong tetapi berasaskan kepada persekitaran politik semasa terutama selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu yang jelas menunjukkan tahap sokongan orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin terhakis.
"Realitinya hari ini orang Melayu mula mempersoalkan sejauh mana komitmen pemimpin Melayu terutama UMNO dalam menangani permasalahan rakyat,"
No comments:
Post a Comment