Mereka ini adalah seperti pelanggan tetap yang Pemimpin parti sentiasa perlu ambil hati mereka dan ikut kehendak mereka. Di PR 2008 ramai pengundi tegar tidak keluar mengundi disebabkan Pucuk pimpinan Parti gagal memahami keluhan dan rintihan pengundi tegar parti. Pengundi atas pagar pula, selalunya generasi muda dan sukar memenangi hati dan jiwa mereka. Mereka ini berubah ikut arus politik nasional. Sekiranya dapat memenangi hati pengundi duduk atas pagar ini, ia akan memberi impak politik yang besar pada keputusan Pilihan raya nanti.
1. Kekurangan pengetahuan dalam poltik bukanlah sebab utama menjadi "pengundi atas pagar".
2. Mereka berposisi nuetral dalam pandangan dan pendirian politik.
3. Golongan Pengundi Duduk Atas Pagar adalah golongan oportunis. Selalunya mereka membuat keputusan siapa perlu undi pada saat-saat terakhir.
4. Keputusan memilih calon selalunya dipengaruhi oleh kedudukan soal-soal berkisar tentang ekonomi.
Bagaimana mengenali "Pengundi Di atas Pagar'?. Kita boleh buat tafsiran dari temu-bual atau ingin mendapatkan pendapat mereka, semasa berkempen rumah ke rumah, on-line atau perseorangan. sila ikuti contoh keluhan pengundi atas pagar:
a. "Undi orang macam saya tidak mungkin boleh mempengaruhi polisi kerajaan".
b. "Orang kerajaan tidak akan mengambil peduli apa yang saya memikirkan".
c. "Kerajaan dan politik terlalu compleks dan orang kebiasaan macam sukar memahami politik".
d. "Bila memikirkan undi ini akan menentukan arah tuju kerajaan; saya merasai begitu buntu".
e. "Siapa yang akan menang tidak mustahak bagi saya, kerana keadaan tidak akan berubah".
f. "Kerajaan pusat selalunya tidak memahami kehendak orang tempatan".
g. "Politik adalah permainan untuk satu kumpulan ahli politik. Ramai pengundi seperti saya tidak ada kena mengena dengan masalah kumpulan ini. Maka politik bukan hal saya".
h. "Pada masa ini Ahli Politik apa saja berjanji untuk dapatkan undi".
"Maka bagi pejuang-pejuang UMNO/BN yang berkempen di Hulu Selangor harap-harap persiapkan jawapan-jawapan pada soalan di atas. Insyallah kita boleh memenangi hati pengundi duduk atas pagar di PRK Hulu Selangor. Salam Perjuangan".
No comments:
Post a Comment