Hujan lebat awal pagi semalam, menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Pekan BBK (Bandar Baru Kundang). Ia berpunca dari laluan sungai yang sempit. Perkara ini bukan perkara baru malah ia sering berlaku apabila berlakunya hujan lebat.
Penduduk berharap perkara ini dapat diberi perhatian pihak yang berwajib. Hadir sama menyaksikan kejadian ini ialah YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN Kuang. Beliau melahirkan rasa simpati dan akan berusaha cuba mengatasinya.
Beliau yang sejak awal lagi telah berada di tempat kejadian meminta masyarakat di situ bersabar dan beri peluang kepada beliau memikirkan cara terbaik mengatasi masalah ini. Masalah rakyat kita perihatin kata beliau.
YA KA ADA KAT SITU? BAGI BANTUAN PUN PILIH BULU.. RAMAI LG TAK DPT BANTUAN..NAK BANTU BANTULAH BETUL2.. BUKAN 3 KALI..DAH 4 KALI DLM MASE 2 MINGGU NI.. BESARKANLAH SUNGAI..DALAM KAN SUNGAI..BELI RUMAH MAHAL2 TKKAN NK HADAP KEROSAKAN JE. BIL AIR NK BERSIHKAN PUN SENDIRI. PERABOT BRG RUMAH ROSAK SEMUA SENDIRI. KERETA ROSAK TENGGELAM. RAMAI LG YG TAK DAPAT APA2. TOLONGLAH JGN PILIH2 SIAPA NK DPT BANTUAN.
ReplyDelete