Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Tuesday, April 27, 2010

Adilkah minta tolong BN tetapi undi pembangkang? - Fikir-fikirkan...

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor sekali lagi menampakkan Barisan Nasional (BN) memperolehi undi yang mengecewakan daripada pengundi-pengundi Cina.
Walaupun terdapat sedikit peningkatan berbanding 2008, namun ia tidaklah menyeluruh, sebaliknya menunjukkan bahawa masih terdapat penolakan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ini jelas apabila di peti undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru yang pengundi Cina adalah majoriti (8,146 pengundi), BN tewas. Keputusan paling rendah dalam pilihan raya kecil berkenaan juga datang dari DUN tersebut iaitu bagi peti undi Rasa, apabila BN hanya mendapat 49 undi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) 319 undi.
Sama ada hendak diakui atau tidak, MCA dan Gerakan masih gagal meyakinkan pengundi Cina untuk kembali kepada BN. Keadaan itu berbeza dengan DAP yang dilihat pemimpinnya mendapat sambutan hangat di DUN tersebut.
Pendirian pengundi-pengundi Cina di dalam memilih BN masih lagi berada di tahap yang rendah dan segala-galanya kerana di Hulu Selangor, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi sudah menabur 'racun' di situ.
Antara lain beliau mahu pengundi Cina meminta apa sahaja kepada kerajaan BN tetapi menyebelahi PKR ketika mengundi. Mungkin inilah yang dilakukan oleh pengundi-pengundi Cina di Hulu Selangor.
Walaupun pelbagai tuntutan termasuklah mendirikan sekolah jenis kebangsaan Cina diluluskan oleh kerajaan BN tetapi keseluruhan mereka tidak membalasnya dalam bentuk undi.
Mereka tetap tertarik dan terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang sudah pastinya mengamalkan politik sempit dalam memastikan pengundi Cina tidak menyebelahi BN.
Keadaan itu menunjukkan apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa 50 peratus pengundi Cina akan menyebelahi BN tidak menjadi kenyataan, sebaliknya dakwaan pembangkang bahawa mereka menguasai 75 peratus undi kelompok tersebut adalah benar.
Oleh itu timbul persoalan, apakah selepas ini dalam kempen-kempen pilihan raya, BN perlu memberi tumpuan kepada pengundi Cina dan memenuhi apa sahaja tuntutan mereka tetapi tidak mendapat apa-apa undi?
BN perlu faham bahawa parti itu bernasib baik kerana pengundi Melayu dan India memberikan sokongan padu kepadanya. Jika peningkatan sokongan tidak berlaku di kalangan kedua-dua masyarakat berkenaan, sudah pasti BN akan kecundang di Hulu Selangor.
Adalah sesuatu yang malang, apabila dalam keadaan kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membela nasib rakyat melalui gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pengundi Cina masih belum mahu menyebelahi BN. Mereka masih dilihat mahu mengekalkan sokongan kepada parti-parti pembangkang yang mereka tahu tidak mampu melakukan apa-apa untuk kehidupan mereka.
Pada 2008, kita akui mereka berhak menolak BN kerana pelbagai kemelut yang berlaku ketika itu. Tetapi sekarang kepimpinan negara berada di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri sendiri sudah menunjukkan komitmennya untuk memastikan semua rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.
Majoriti pengundi Cina di Hulu Selangor bukannya tidak tahu perkara ini, tetapi mereka masih mahu kekal bersama-sama pembangkang.
Justeru sudah tiba masanya BN menukar strateginya dengan memastikan segala peruntukan dan bantuan hanya diberikan kepada peti undi-peti undi yang pengundi Cina benar-benar menyokong BN.
Kepada kawasan-kawasan yang peti undi dilihat ketara menyokong pembangkang, biarlah mereka meminta bantuan dan peruntukan daripada pakatan berkenaan terutamanya di Selangor.
Mungkin keadaan ini kelihatan tidak adil tetapi bagaimana dengan sikap mereka yang hanya tahu meminta itu dan ini tetapi bila mengundi masih mahu menyebelahi pembangkang? Adakah itu adil kepada BN?

Thursday, April 22, 2010

P94 : Calon bersama warga Tentera



TPM merasmikan Balai Bomba di Kuala Kubu Baharu







P94 : TPM Bersama masyarakat India SRJK (T) Ladang Sg.Choh







Jaminan PM kepada Pengundi Hulu Selangor


UM--

HULU SELANGOR 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kepada para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor bahawa Barisan Nasional (BN) akan menunaikan segala janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu diadakan.
Untuk menunjukkan keseriusan kerajaan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN melantik Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Noh Omar sebagai pengawas yang akan memastikan semua janji itu ditunaikan.
Beliau berkata, langkah tersebut dilakukan kerana salah satu isu di kawasan Parlimen berkenaan ialah pengundi bimbang jika janji yang dibuat tidak ditunaikan walaupun pelbagai pengumuman dibuat.
"Saya hendak beritahu kepada pengundi di Hulu Selangor, jangan gusar BN akan tetap tunaikan semua janji. Selama ini, rekod kita menunjukkan apabila ada pilihan raya kecil, kita berjanji, kita tunaikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan dengan jentera BN Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Bukit Sentosa, di sini, hari ini.
Dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan Ahad ini, calon BN, P. Kamalanathan akan berhadapan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan turun padang bagi memastikan segala janji yang telah dibuat oleh kerajaan dilaksanakan.
''Jika tidak cukup peruntukan, saya sebagai Menteri Kewangan akan meluluskan peruntukan bagi membolehkan apa yang dijanjikan itu dilaksanakan," katanya.
Najib berkata, langkah melantik Noh dilakukan bagi memberi keyakinan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor bahawa kerajaan BN akan menunaikan janji yang dibuat.
''Inilah isu utama di sini iaitu sama ada BN mampu menyelesaikan masalah pengundi atau tidak, maka saya memberi jaminan pada malam ini sebagai ketua kerajaan, kita tetap akan melaksanakan semua janji kepada pengundi.
''Tolong sampaikan perkara ini, pemberita-pemberita tolong laporkan, inilah janji kita," katanya sambil menyifatkan isu-isu lain seperti cabar-mencabar dan tuduhan oleh pembangkang bukanlah isu utama.
Beliau berkata, ketika ini permuafakatan antara parti komponen BN amat baik kerana boleh bertolak ansur walaupun Parlimen Hulu Selangor mempunyai 53 peratus pengundi Melayu.
''Tetapi kita bagi kepada MIC kerana kalau hendak kira majoriti, tidak ada satu pun kerusi Parlimen yang orang India menjadi majoriti, oleh itu sampai bilakah mereka akan mempunyai wakil di Parlimen, sampai kiamat pun mereka tidak ada wakil," katanya.
Najib berkata, berdasarkan kepada perkiraan itu, BN membenarkan calon MIC bertanding kerana kerusi seperti Hulu Selangor amat berharga jika MIC mahu mendapat pengaruh dalam politik negara.
''Semua warganegara Malaysia berketurunan India mesti sokong calon kita (BN) kerana mereka tidak ada banyak kerusi Parlimen," katanya.
Dalam ucapan itu, Perdana Menteri menasihatkan orang Melayu dan kaum Cina supaya tidak bimbang memandangkan Kamalanathan ialah calon untuk semua kaum.
''Orang Melayu sudah ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Hulu Bernam dan Batang Kali), orang Cina ada satu ADUN (Kuala Kubu Baru) di kawasan Parlimen ini, maknanya lengkap Malaysia, Parlimen ada, DUN ada," katanya.
Dalam ucapan itu juga, Najib berkata, BN kini berada dalam keadaan yang cukup baik bagi berhadapan dengan pembangkang dalam pilihan raya kecil tersebut.
''Oleh itu kita jangan fikir hal lain sebab PKR sekarang dalam keadaan 'libang-libu' (kelam-kabut), sebab kita sudah tahu semua rahsia PKR. Semasa lawatan ke Washington dua ahli Parlimen Bebas iaitu Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ikut bersama-sama saya.
''Malam-malam selepas program rasmi, mereka datang ke bilik saya, dia buka segala-gala cerita. Sekarang ini saya sudah tahu segala-galanya. Jadi janganlah tembelang, janganlah tipu, kerana saya tahu semuanya," kata beliau.
Najib berkata, berdasarkan apa yang diceritakan, beliau sudah mengetahui bagaimana Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang melakukan fitnah dan politik pembunuhan karakter ke atas beliau.
''Tetapi saya tidak mahu huraikan kerana biarlah saya tahu, dia tahu dan Allah tahu," katanya.

Pengundi Cina Kelumpang Sudah Kecewa, Serik

Dua tahun sudah cukup untuk pengundi Cina menilai parti manakah yang benar-benar boleh membela nasib rakyat dan parti manakah yang hanya pandai menabur janji. Itulah kesimpulan yang dibuat oleh Pengerusi Kelab Sosial Orang-orang Cina Kalumpang, Chia Yow Cheok ketika diminta pandangan berkenaan Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April ini.
Beliau yang ditemui di Kampung Baru Cina Kalumpang berkata, sudah banyak permasalahan rakyat dikemukakan ke pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor tapi tiada satu pun tindakan diambil untuk menangani masalah tersebut. “Kita sudah sokong dia pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sebab kita percaya janji yang diberikan tapi bila menang dia tak ambil peduli masalah kita.


“Sudah cukup…dua tahun kita sudah tahu parti mana boleh buat kerja untuk kita,” katanya di sini, hari ini. Jelas beliau lagi, pada PRU lalu adalah pertama kalinya PKR menang di kawasan Kampung Baru Cina Kalumpang.
“Sokongan pengundi Cina dulu berubah kerana percaya pada janji mereka. Sebelum ini mereka tidak pernah menang di sini.
“Tapi saya rasa pengundi mungkin akan berubah hati bila tahu banyak janji mereka adalah janji kosong. Saya yakin mereka sudah kecewa,” ujarnya.
Justeru beliau mengakui terdapat perubahan ketara di kalangan pengundi Cina khususnya di Kampung Baru Cina Kalumpang ini.

P94 : PM melawat Sub Command Centre di Hulu Bernam


P94 : PM Sembahyang Maghrib di Masjid Bukit Sentosa


P94: DS Shahrizat Bersama Skuad Sayang di Kg.Pasir Putih Kelumpang



P94: Kempen di Kg.Pasir Putih Kelumpang - Peter Chin Fah Kui






Wednesday, April 21, 2010

Kujungan Calon ke PDM Sg.Choh


Calon bersalaman dengan petugas Wanita UMNO Bhg.Selayang.

Tim.ketua UMNO Bhg. Selayang Dato'Subahan Kamal bertanya sesuatu kepada calon.

Beberapa wakil Pemuda UMNO Bhg. Selayang tersenyum, mungkin ada sesuatu yang dikatakan oleh calon.


Calon juga sempat beramah mesra dengan AJK UMNO Bhg.Selayang.