Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Wednesday, March 31, 2010

Rajin Turun Padang, Antara Empat Ciri Utama Perlu Pada Wakil Rakyat - PM

Rajin turun padang, adalah antara empat ciri utama yang perlu ada kepada setiap wakil rakyat bagi membolehkan mereka diterima secara menyeluruh oleh rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, seseorang wakil rakyat perlu rajin turun padang meninjau sendiri masalah rakyat di kawasan mereka.

"Bunyinya mudah tetapi kadang-kadang tidak juga dilakukan oleh kita dengan sepenuhnya, "katanya lagi, seseorang wakil rakyat sepatutnya mudah dihubungi bagi menyelesaikan masalah rakyat dan mereka perlu juga sentiasa menunaikan janji.

Beliau bercakap sewaktu di Hotel Grand Dorsett merasmikan Malam amal badan amal selangor "KASIH" yang ahlinya terdiri daripada isteri-isteri wakil rakyat DUN dan Parlimen di negeri Selangor.

Najib berkata, isteri wakil rakyat dan bekas-bekas pemimpin perlu sentiasa bergerak aktif dalam badan-badan amal seperti KASIH kerana ia boleh membantu tugas suami mereka sebagai wakil rakyat.

Hadir sama majlis ini ialah Ketua Penerangan UMNO Selangor YB Abdul Shukur bin Hj.Idrus.

Tuesday, March 30, 2010

Najib Umum MEB Untuk Jadikan Malaysia Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Petikan Bernama,30hb Mac2010;

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Selasa mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang sememangnya dinanti-nantikan yang akan mengubah ekonomi menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata MEB akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif pada peringkat serantau dan global yang menghasilkan manfaat bagi semua rakyat Malaysia di mana pendapatan per kapita masing-masing boleh meningkat kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad, daripada AS$7,000 sekarang ini.Di bawah MEB itu, katanya kerajaan tidak lagi boleh menerima amalan perbuatan merentir dan "patronage", yang telah lama mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).MEB bakal menjadi inklusif di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat dari pertumbuhan ekonomi yang mesti merupakan elemen fundamental sebarang pendekatan ekonomi baharu," katanya semasa berucap pada persidangan "Invest Malaysia 2010" di sini.

Antara intipati MEB ialah:

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut;

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan;

* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang;* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos Penyelenggaraannya;

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandaraya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion;

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan;

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta;

* Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat;Khazanah Nasional perlu mencapai kemajuan yang lebih laju untuk melupuskan aset bukan teras bagi meningkatkan kecairan kaunter berkenaan, kata Najib.

Katanya kerajaan juga akan menilai semula sistem subsidi dan melebarkan asas mengumpul perolehan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).Ini akan menempatkan Malaysia sebaris dengan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan tidak mampan pada sebilangan kecil industri, perniagaan dan pembayar cukai.

Katanya Malaysia juga perlu keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan yang akan menjadi satu kedudukan tidak menentu bagi sebarang negara di dalam ekonomi global yang baharu, yang bermakna mengejar dasar ekonomi industri berpengetahuan pada masa depan yang menawarkan pekerjaan yang manawarkan upah yang tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi oleh semua pihak.

Perdana Menteri berkata MEB yang digubal oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (Neac) yang bebas, akan diintegrasikan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh dengan wawasan jangka panjang yang akan dipanjangkan sehingga ke Rancangan Malaysia Ke-sebelas."Ini boleh menstransform ekonomi untuk menjadi satu dengan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan berkualiti bagi tempoh dekad akan datang," katanya.Najib berkata Malaysia perlu melakukan lonjakan kuantum dari pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun."Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini...cabarannya ialah bagaimana kita melakukannya," katanya.

Katanya usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi bermakna upah yang tinggi pada keseluruhan ekonomi kerana pertumbuhan dicapai bukan sahaja melalui modal malah daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan yang bertambah baik, penjenamaan yang lebih kukuh dan pematuhan dengan standard antarabangsa dan hak harta intelek.Najib melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia."Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang."Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik" yang menjelaskan sebab usaha meningkatkan kualiti perlu menjadi sebahagian model ekonomi, katanya.

Negara kita masih aman: Subahan



SELAYANG PERMA I- Negara kita yang mempunyai pelbagai bangsa dan perbezaan politik, sehingga hari ini masih dalam keadaan aman di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, beliau sedih dengan situasi yang berlaku di Selayang apabila terdapat pihak menghebahkan program berkaitan untuk menyelamatkan negara, baru-baru ini. “Saya tengok kain rentang program ‘Selamatkan Malaysia’ ada di merata tempat yang menjemput orang ramai hadir ke program itu untuk mendengar ceramah, seolah-olah negara kita ini tidak selamat.

“Saya percaya ia hanya untuk mengelirukan penduduk,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Gotong-Royong dan Mesra Rakyat Pejabat ADUN Taman Templer bersama warga Kampung Selayang Permai, di sini, kelmarin. Hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Gombak, Ishak Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Selayang Baru, Mohd Riduan Jamaludin serta wakil setempat.

Subahan berkata, Barisan Nasional (BN) paling banyak memberikan bantuan di kawasan Parlimen Selayang iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer dan Kuang oleh ADUN, Abdul Shukur Idrus. Menurutnya, walaupun terdapat cakap-cakap sinis sesetengah pihak, namun beliau percaya hanya UMNO satu-satunya parti orang Melayu yang dapat memperjuangkan nasib bangsanya. “Saya sedih apabila banyak rungutan terhadap BN termasuk UMNO, sedangkan yang salah bukan parti, sebaliknya segelintir pemimpin yang silap sebelum ini.

“Sebab itu penting sekarang ini untuk kita bersatu bukan kerana parti, tetapi kerana kita orang Melayu dan beragama Islam. Jangan percaya dakyah politik yang menghasut untuk menampakkan kita tidak kuat,” katanya. Beliau juga kesal dengan penganjuran program pihak tertentu yang banyak mengumpat dan mencari salah orang lain. Subahan berkata, dalam masa terdekat pihaknya akan memanggil panel jemputan untuk memberikan penerangan sebenar berkaitan isu semasa kepada penduduk kawasannya.

Apa kata anda dan fikir-fikirkan.....


Tidak wajar UMNO meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana secara tradisinya kawasan itu diwakili calon MIC, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Menurutnya, keadaan itu termaktub melalui persefahaman antara parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan. “Saya fikir ia tidak wajar dipertimbangkan memandangkan kawasan tersebut diberi kepada MIC dalam konsep persefahaman dan perkongsian kuasa antara kaum.

“Tiada siapa pun mahu kalah tetapi apa erti kemenangan jika prinsip ikat- an persefahaman antara kaum yang dibina sejak 1957 dimusnahkan begitu sahaja hanya kerana mahu menang satu kerusi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Isu calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor timbul apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mencadangkan timba- lannya, Datuk G Palanivel sebagai calon di kawasan yang pernah diwakilinya selama tiga penggal sebelum ini. Pada masa sama, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib turut disebut-sebut sebagai calon pilihan. Kerusi Ahli Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak, minggu lalu.

Menurut Dr Khir, sekiranya ia berpegang kepada prinsip ikatan antara kaum pengundi BN akan memperoleh kemenangan seperti dalam pilihan raya kecil Ijok 2007 lalu. Beliau berkata, BN perlu meletakkan calon dari komponen MIC yang bukan sahaja popular di kalangan pengundi India tetapi berupaya meyakinkan pengundi Melayu dan Cina bahawa mereka juga akan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripadanya. Beliau percaya jika wakil rakyat bukan UMNO dari komponen lain memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua kaum, pengundi Melayu tiada masalah untuk mengundi sesiapa calon BN.

“Masalah kepada sebahagian wakil rakyat bukan Melayu BN di kawasan majoriti Melayu ialah mereka membiarkan hanya UMNO ke hadapan dalam kawasan pengundi Melayu. “Ini menyebabkan pengundi Melayu rasa kecil hati dan berpendapat wakil rakyat bukan Melayu daripada BN tidak mempedulikan mereka dan di sinilah timbul suara-suara mahukan wakil rakyat Melayu,” katanya.

Najib guna 'denyut nadi rakyat' pilih calon - Hulu Selangor

Sinar Harian 30/3/2010:

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menggunakan ‘denyut nadi’ rakyat untuk memilih calon yang sesuai bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti. “Kita kena buat kajian dululah, sebab itu saya tidak boleh jawab soalan ini sekarang.

Kita kena teliti, rasa denyut nadi rakyat dan sebagainyalah. Tinjau, tinjau dulu,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini, semalam. Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon yang paling sesuai mewakili BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor nanti. Beliau berkata, faktor utama Rakyat Didahulukan akan digunakan dalam pemilihan calon itu nanti. :Mengenai cadangan UMNO Selangor yang ingin mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Najib meminta supaya diberi sedikit lagi masa untuk membuat keputusan yang tepat.

“Saya kena kaji segala perkembangan, yang penting ialah kemenangan untuk BN dan ini yang saya utamakan,” katanya.

Sunday, March 28, 2010

Perlawanan persahabatan Sukan Menembak antara pejabat ADUN Kuang dengan Kem Tentera Batu Arang




Batu Arang ( Kem.Tentera ),

Perlawanan persahabatan dalam sukan menembak telah diadakan antara pejabat ADUN Kuang dengan Kem Tentera bagi mengeratkan hubungan. Sukan ini terbagi kepada katogeri lelaki dan wanita, individu dan berkumpulan.
YB Abdul Shukur tidak ketinggalan bersama isterinya mengambil bahagian di dalam sukan ini. Beliau berpuashati mendapat tempat ke-3 di dalam sukan menembak piring berkumpulan. Apa-apapun sukan ini memberi keseronokan kepada peserta, lebih-lebih lagi mereka yang pertama kali melakukannya.

Antara mereka yang berjaya meraih hadiah:

1. Sdra.Zawawi Bin Mohamad - Tempat ke-4 berkumpulan
2. Sdra.Hamiji - Tempat ke-2 berkumpulan
3. Sdra.Rahim Murat - Tempat pertama berkumpulan
4. Isteri YB - Tempat pertama berkumpulan (Kategori Wanita)

Semoga usaha "sukan dalam persahabatan" ini diteruskan serta dijadikan acara tahunan.

Hari Keluarga JKKKP Bt.Arang dan sumbangan JKM



Batu Arang,
Hari keluarga JKKKP dan sumbangan JKM kepada rakyat di Dewan MCA Batu Arang.Sejak awal pagi lagi berbagai aktiviti telah diadakan.

Kehadiran YB A.Shukur selaku ADUN Kuang telah menyerikan lagi majlis itu. Dalam ucapan beliau, ia mengajak masyarakat memberi sokongan kepada BN, kerana BN banyak membantu serta memastikan golongan yang memerlukan bantuan dibela.
Saya selaku wakil rakyat terpaksa memegang amanah yang diberikan tuan/puan pada pilihanraya 2008 dan memastikan tuan/puan terbela. Saya juga mengharapkan pilihanraya ke-13 tuan/puan memberi sokongan kepada BN. Hari ini, berapa banyak duit kerajaan pusat diberi kepada tuan/puan, kerana ini semua untuk memastikan tuan/puan juga tidak disisirkan dan inilah janji kerajaan BN.
Tuan/puan lihat apa yang kerajaan PR buat, mereka hanya berpolitik semata-mata, sehingga lupa tanggungjawab mereka untuk membantu rakyat yang memerlukan. Beliau mengajak masyarakat menolak pembangkang pada pilihan raya akan datang.
Pemimpin diperingkat akar umbi perlu bekerja keras serta turun padang bagi memastikan masyarakat yang memerlukan bantuan terbela. Dengan cara ini sahaja masyarakat akan yakin dengan kita, ujar beliau...

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Tmn.Desa 2 - Bandar Country Homes



Bandar Country Homes,

YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus telah di minta merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-3 SMK Taman Desa 2. Dalam majlis ini beliau meminta supaya guru-guru serta Ibubapa memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak dan memastikan mereka benar-benar belajar.
Jangan jadikan kehidupan susah sebagai alasan kita tidak mahu belajar, kata beliau. Bukan senang ingin melihat kehadiran Ibubapa yang ramai pada hari ini, ia membuktikan keperihatinan Ibubapa dalam soal pelajaran anak-anak mereka.
Beliau mengharapkan PIBG berperanan, bukan tempat berebut jawatan, akhir kerja tak buat. PIBG perlu berperanan membantu guru-guru dan memastikan pelajaran anak-anak mereka sempurna. Dalam majlis ini juga beliau berjanji memberi sumbangan sebuah gelanggang bola keranjang bagi memastikan pelajar-pelajar dapat mengimbangkan antara sukan dan pelajaran.

Friday, March 26, 2010

Taklimat Konvensyen BN - Sayangi Selangor, yakini BN




Shah Alam (Pejabat UMNO Negeri),
Satu taklimat telah diadakan, membincangkan "Konvensyen Barisan Nasional Selangor" yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 7hb April 2010
Masa : 8pagi - 6ptg
Tempat : Konvensyen Centre Shah Alam
Tema : Sayangi Selangor, Yakini BN
Taklimat ini disampaikan oleh pengerusi program YB Dato'Seri Ir.Mohamad Zin Bin Mohamed. Semua Ketua-Ketua Bahagian,Ketua-Ketua Komponen Parti,Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Penyelaras-Penyelaras DUN, Setiausaha-Setiausaha BN dan Wakil pemuda hadir pada majlis taklimat.

Bantuan dihulur kepada yang memerlukan - YB Abdul Shukur



Kg.Seri Kundang,
Sumbangan kerusi roda dan tongkat kepada Ibu tunggal yang mengalami kemalangan jalanraya, sebelum ini pihak YB juga pernah membantu dalam pemberian mesin jahit bagi meringankan beban beliau.
Perasaan terharu apabila melihat YB hadir mengziarahi beliau, semoga pemberian ini dapat meringankan bebanan yang beliau tanggung.
Turun padang ini penting bagi kita melihat sendiri masalah rakyat seperti yang disarankan oleh PM kita baru-baru ini.Cara ini membuatkan rakyat yakin kepada pimpinan kita.

Orang Asli Kuang tidak dilupakan dalam program Rahmat Jumaat

Kg.Orang Asli Kuang,

Dalam program Rahmat Jumaat bermula jam 9.00 pagi,seramai 80 keluarga penduduk orang Asli menerima bantuan barang keperluan harian yang disampaikan oleh ADUN Kuang YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus.

Dalam ucapan beliau, Orang Asli Kuang tidak disisirkan dalam pembangunan malah mereka ini sentiasa diberi perhatian.Saya mempunyai sikap terbuka dan sesiapa sahaja boleh berjumpa dengan saya jika anda mempunyai masalah, kata beliau.Beliau juga meminta sesiapa yang belum mendaftar sebagai pemilih, pastikan anda mendaftar.

Beliau juga merakamkan terima kasih ke atas kehadiran mereka, selepas ini kita akan mengadakan banyak lagi program untuk memastikan kaum orang asli ini terbela. RM5000.00 peruntukkan saya luluskan bagi mengadakan program kemasyarakatan dan sumbangan membeli kerusi.

Lihat lagi gambar klik disini

Thursday, March 25, 2010

Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad Meninggal dunia - Ahli Parlimen Hulu Selangor


Al-Fatihah..

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr.Zainal Abidin Bin Ahmad meninggal dunia jam 9.27 malam tadi di kediamannya di batu 9 1/2 Jalan Cheras Kajang akibat barah otak.
Beliau 71 tahun ,adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dan merupakan orang kuat UMNO ketika menjadi Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Pada Mac 2005 beliau mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.Beliau bertanding pada piliharaya yang ke-12, di Parlimen Hulu Selangor atas tiket PKR dan berjaya mengalahkan calon BN dari MIC dengan majoriti undi 198.
Seluruh Ahli UMNO Bahagian Selayang mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Amin.

Menteri, pegawai digalak dekati rakyat - PM






Petikan UM 25/3/2010

Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan semua menteri dan pegawai kanan kerajaan menyertainya melakukan tinjauan mesra bagi mendekati rakyat.
Selain itu, kata Perdana Menteri, menteri dan pegawai kanan terbabit juga boleh melakukan tinjauan mesra secara berasingan bagi melihat secara lebih dekat segala masalah yang dihadapi orang ramai.
"Janganlah kita hanya mewakilkan tugas dan tanggungjawab kepada orang lain untuk dilaksanakan.
"Pada waktu-waktu tertentu yang sesuai, seseorang itu harus berada di bawah bagi memahami kehendak-kehendak rakyat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan dan pengangkutan," katanya dalam entri terbaru blog www.1malaysia.com.my hari ini.
Menurut Najib, menteri dan pegawai kanan kerajaan terbabit turut digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka ketika melakukan tinjauan mesra dengan seluruh rakyat.
"Ini boleh dibuat menerusi saluran yang sesuai seperti saya yang melakukannya melalui blog 1Malaysia dengan menyertakan gambar dan video ketika tinjauan mesra.
"Saya juga akan terus melakukan tinjauan mesra dengan melawat sebanyak mungkin tempat pada tahun ini bagi melihat pelbagai aktiviti yang dilakukan penduduk dan bagaimana mereka hidup dan bekerja.
"Saya juga ingin turut serta ketika penduduk pelbagai latar belakang budaya dan sosioekonomi makan dan minum bagi mengetahui minat dan isu-isu yang menjadi perhatian mereka.
"Ketika pertemuan tidak formal ini, saya juga ingin berkongsi pandangan saya mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat dan apa yang telah dilakukan kerajaan bagi meningkat taraf hidup mereka," katanya.
Menurut beliau, tinjauan mesra yang dilakukan itu telah mengimbau kenangan terhadap bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika menjadi Perdana Menteri telah melawat pelbagai lapisan masyarakat dan bertemu dengan penduduk kampung di seluruh negara.
"Saya menghargai segala pengalaman yang telah diceritakan oleh bapa dan berasa bersemangat apabila mendengarnya," ujar beliau.
Dalam pada itu, Najib berharap, pertubuhan yang mewakil pelbagai kaum dapat bekerjasama bagi membantu penduduk yang memerlukan bantuan di negara ini.

Wednesday, March 24, 2010

Membuka Minda ahli UMNO.....


1 Malaysia, 1 Israel: Apa yang kalut sangat?

MARAHKAH Anwar Ibrahim apabila 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel? Mengapa beliau sensitif sangat? Dalam dunia tanpa sempadan sekarang macam-macam idea boleh menjadi sama. Apa yang peliknya? Ketua pembangkang (yang ikut buku sudah patut turun kerusi) mempertikaikan gagasan itu yang dikaitkannya dengan slogan negara Yahudi tersebut.
Samakah konsep di Malaysia dengan negara Yahudi itu? Di Israel, ia hanya mengiktiraf satu bangsa sahaja iaitu Yahudi yang agung. Anwar takkan tidak tahu perkara ini, kan beliau mempunyai ramai rakan berpengaruh dari keturunan itu.
Mengapa secara tiba-tiba beliau mahu mempertikaikannya? Jika idea itu bagus - apa salahnya kita pakai. Israel marahkah kita guna slogan itu? Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan umatnya supaya menimba ilmu dari mana-mana tempat sekali pun asalkan ia boleh memberi manfaat kepada umatnya.
Kita belajar ilmu fizik dari orang Yahudi, Einstein. Malah orang Iran yang membina reaktor nuklear pun perlu belajar ilmu itu. Jadi, apa yang hairan sangat.
Seperti yang semua kita sedia maklum, Anwar membangkitkan isu itu hanya semata-mata mahu mencabar minda orang Melayu Islam di Malaysia supaya membenci pemerintah. Israel dan Yahudi memang menjadi tabu - ketakutan, kebencian - orang Melayu Islam di negara ini. Seorang kenalan berbangsa Amerika pernah memberitahu saya bagaimana hasratnya mahu memperisterikan seorang gadis Kelantan gagal setelah keluarga gadis itu di saat-saat akhir mengetahui dia seorang berketurunan Yahudi. Akhirnya dia membawa diri ke Filipina dan mengahwini gadis di sana. Mereka hidup aman damai di New York hingga ke hari ini.
Jadi untuk membangkitkan rasa benci mereka kepada kerajaan kaitkan apa-apa saja dengan Yahudi atau Israel, pasti orang Melayu Islam akan marah.
Anwar kan bijak dengan perang sarafnya. Psy-warnya, atau dalam bahasa mudah ilmu putar-belitnya, memang hebat. Semua orang mengiktiraf kehebatannya dengan permainan itu. Ingat lagikah dengan isu pendakap leher, isu racun arsenik dan lain-lain..?
Oleh itu, apa yang kalut sangat di Parlimen itu. Orang kita, termasuk para pemimpin kerajaan cukup kalut apabila Anwar membangkitkan soal-soal macam ini. Mereka cukup cepat merasa defensif atau mengalah.
Sepatutnya, baguslah Anwar membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya beliau sudah secara tidak langsung mengakui pengaruh yang ada pada 1Malaysia itu.
1Malaysia pun yang pada mulanya disangsi oleh banyak pihak termasuk mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, kini diterima sebagai satu gagasan yang bijak. Orang Cina dan India menerima gagasan itu dengan senang hati.
Pakatan pembangkang melihat 1Malaysia sebagai musuhnya. Mereka sebenarnya takut dengan gagasan itu dan sedang berusaha keras mahu memecahkannya.
Mereka tahu kekuatan yang hanya boleh mereka capai ialah apabila orang Cina dan India membenci orang Melayu. Orang Melayu membenci orang Melayu; orang Melayu membenci orang Cina dan India; dan orang India membenci orang Melayu dan Cina. Serta, orang Iban membenci orang Bidayuh; orang Sarawak membenci orang Semenanjung dan Sabah.
Itulah yang mahu dilihat oleh pakatan pembangkang yang masih diketuai oleh Anwar. Bencinya rakyat kepada kerajaan, bermakna kemenangan kepada mereka.
Oleh itu, jangan jadi kalut tak tentu pasal.

Tuesday, March 23, 2010

Tekat tawan semula DUN Selangor



Keratan Akhar Sinar Harian 5/3/2010.

KUANG – UMNO Bahagian Selayang proaktif untuk mempertahankan dan mengekalkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuang dan Taman Templer dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang kini ditadbir Pakatan Rakyat (PR) sejak Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12) lalu. Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, pentadbiran UMNO Bahagian Selayang akan dimantapkan untuk memberikan kemudahan dan menyelaraskan gerak kerja yang lancar di 130 cawangan UMNO seluruh Bahagian Selayang yang melibatkan tiga DUN iaitu DUN Kuang, DUN Rawang dan DUN Taman Templer. “Hubungan antara kepimpinan bahagian dan sayap yang baik akan memudahkan untuk melaksanakan pelbagai program secara berpasukan terutamanya dalam usaha menawan semula negeri ini yang kini di bawah tampuk pentadbiran PR. “Dalam masa yang sama, UMNO Bahagian Selayang melaksanakan dan merencana pelbagai program bersama semua lapisan masyarakat dalam pelbagai aktiviti melibatkan kebaji- kan, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan dan merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Selayang di Kampung Setia, dekat sini. Menurutnya, bangunan itu mula beroperasi pada Februari lalu yang menempatkan semua kepimpinan UMNO Bahagian Selayang melibatkan Ketua Puteri UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Wanita bagi memudahkan mereka bekerja di bawah satu bumbung. “Saya menasihatkan kepimpinan UMNO supaya tidak mengejar populariti sebaliknya berjuang bersama untuk memperkukuhkan perjuangan UMNO seperti melakukan penyelarasan kerja dengan lebih tersusun. “Kita mempunyai hasrat bagi mempertahankan dan mengekalkan dua DUN iaitu Kuang dan Taman Templer yang kini di bawah pentadbiran BN dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang ditadbir oleh pembangkang. “Kita yakin, atas usaha yang bersungguh-sungguh mendekati masyarakat, kita akan dapat mengembalikan semula keyakinan mereka kepada UMNO sekali gus kembali kepada BN,” katanya. Shukur berkata, pembukaan pejabat itu adalah bukti dan komitmen berterusan BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya akar umbi. Katanya, pembukaan pejabat di lokasi yang baru ini memberi kesan yang besar demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat di Parlimen Selayang.

Monday, March 22, 2010

Peruntukkan infrastruktur Bandar Tasik Puteri - Kerajaan BN

Jalan sementara ke Masjid(2 lori batu kelikir)

Projek naik taraf Jalan dari

Bandar Tasik Puteri ke Batu Arang

Lampu gelanggang Bola Tampardi Blok 27B

Bantuan kepada Sek.Agama Darul Thulab Medan GVP

Bantuan kepada Sek.Rendah Islam As-Solihin Blok 27B

Bantuan Kepada Taska Kemas Blok 27B

Bantuan Kepada pembesaran SurauAl-Fuqan Blok 28

Pembinaan Tangga di Blok 19Pinewood

Bandar Tasik Puteri,

22 Mac 2010:

Masyarakat Bandar Tasik Puteri (BTP), harus berbangga dengan apa yang telah diberikan oleh pimpinan kerajaan BN yang diterajui oleh DUN Kuang YB Abdul ShukurBin Hj.Idrus. Banyak infrastruktur yang telah dibangunkan walaupun hampir 2 tahun menjadi ADUN Kuang.Sebelum ini, banyak perkara juga telah dilakukan oleh BN-UMNO antaranya:

  1. Pembinaan Masjid BTP
  2. Pembinaan Sek.Rendah dan Menengah
  3. Kedudukan gerai-gerai penjaja
  4. Sek.Agama Rakyat
  5. Gelanggang Futsal di blok 18 dan Blok 27A
  6. Kemudahan Pondok Polis
  7. Dan sebagainya

Penduduk perlu sedar, di bawah kepimpinan BN-UMNO banyak perkara yang telah dilakukan bagi membela rakyat khasnya di BTP. Rahmat Jumaat yang diilhamkan oleh YB banyak memberi kesan kepada beliau sebagai wakil rakyat. Program ini yang menjadikan program ziarah rakyat serta memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah penduduk di BTP.Kesan dari ziarah ini, beliau dapat melihat sendiri serta merasai kesusahan yang dialami oleh masyarakat setempat.

Walaupun kerajaan negeri diterajui oleh pihak pembangkang, bagi beliau, itu bukan satu alasan tidak turun ke padang mengziarahi rakyat.Rakyat harus dibela baru mereka yakin kepada kita (BN-UMNO).Kita tetap tunaikan janji kita walaupun kita kalah di Selangor, bagaimana atau apa caranya kita akan fikirkan, kata beliau.

Kita mengharap pengundi-pengundi di BTP kembali memberi sokongan kepada BN-UMNO dan memastikan pilihanraya ke-13 kita kembali berkuasa di Selangor.Kita belum nampak setakat ini kerja yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri selangor bagi membangunkan BTP. Mereka lebih bermain politik dari berkerja untuk rakyat.Pemimpin mereka yang ada (PAS-PKR), hanya berebut mengambil tanah TOL di sepanjang jalan keluar masuk di BTP, bukan untuk memikirkan bagaimana membantu permasalahan masyarakat di BTP.

Banyak masalah yang perlu difikirkan, bukan terangkan kawasan dan akhirnya tempat penghijrahan burung pun musnah serta suasana kehijauan pun hilang.Jika pemimpin seperti mereka ini yang dikatakan membantu masyarakat BTP,.. hentikan, kerana mereka ini lebih mementingkan diri sendiri.Tanah sekangkang kera itu yang mereka pentingkan dari memikirkan bagaimana membantu masyarakat BTP, walaupun berlainan fahaman politik, masukkan juga bantuan atau dana kewangan dari PAS atau PKR ke BTP untuk membantu masyarakat di sini.

Hanya masukkan pemimpin, dan mencaci orang, itu mereka pandai...

Kami BN-UMNO berharap masyarakat BTP perlu menolak kepimpinan mereka ini dan perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO, jika ingin melihat orang melayu itu kuat dan berkuasa.

Kita perlu fikirkan bersama, dan bagi saya selaku YB, sentiasa berlapang dada dan akan memastikan rakyat terbela di DUN Kuang termasuk di BTP.